Doctor Cha (2023) | Review Drama Korea

Doctor Cha (2023) | Review Drama Korea

Title : Doctor Cha
Director : Kim Dae Jin, Kim Jung Wook
Network : JTBC/ Netflix
Aired : 15 April - 4 June 2023
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Genre : Comedy, Romance, Medical
Cast : Uhm Jung Hwa, Kim Byung Chul,  Min Woo Hyuk,  Myung Se Bin,  Song Ji Ho,  Jo Aram, Baek Joo Hee, Park Joon Geum, Kim Mi Kyung, Lee Seo Yeon

SYNOPSIS:
Cha Jung Sook is married to Seo In Ho, who works as a chief surgeon at a university hospital. He has a strict, sensitive and thoroughgoing personality. Cha Jung Sook has been a full time housewife for the past 20 years, giving up her career as a doctor during her medical resident years. After all those years, she decides to restart her medical resident course.

Doctor Cha (2023) | Review Drama Korea

Doctor Cha mengisahkan Cha Jung Suk (Uhm Jung Hwa), seorang doktor pelatih yang membuat keputusan berhenti kerja untuk menjadi suri rumah dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarganya.

Selepas 20 tahun, Jung Suk jatuh sakit dan memerlukan pembedahan hati untuk sembuh. Waktu ini baru dia sedar dan terasa dengan perangai emak mertuanya yang bertegas tak mahu suaminya mendermakan hati untuknya. suami dia pula jenis anak emak yang ikut je cakap emak dia nasib la lepas tu dia dapat penderma dan boleh melakukan pembedahan.

Selepas sembuh, Jung Suk membuat keputusan untuk enjoy life dia dengan perabih duit laki dia. iyelah selama ini banyak berkorban untuk keluarga sampai tak ada masa untuk diri sendiri tapi end up tak ada orang hargai langsung.

Tidak lama kemudian, Jung Suk membuat keputusan untuk jadi doktor semula walaupun bukan mudah dan ramai yang membantah termasuk suaminya yang tak yakin dia akan berjaya kerana faktor usia.

Doctor Cha (2023) | Review Drama Korea

Hubungan Jung Suk dan suaminya, Seo In Ho (Kim Byung Chul) sudah lama dilanda krisis. Jung Suk menyangkakan perasaan cinta dah makin pudar seiring usia perkahwinan yang dah masuk 20 tahun tapi Jung Suk tak tahu Seo In Ho ada affair dengan kekasih lama dia.

Seo In Ho merupakan pakar bedah, anak mereka iaitu Jung Min (Song Ji Ho) doktor pelatih di hosptal yang sama. Seo In Ho dari awal lagi membantah keputusan Jung Suk untuk menjadi doktor semula lagi pula Jungsuk apply di hospital sama tempat dia bekerja.

tapi terpaksa juga terima bila Jung Suk berjaya dalam temuduga then tak sangka masuk jabatan dia dan satu batch dengan anak mereka. Seo In Ho minta hubungan mereka dirahsiakan di tempat kerja.

Doctor Cha (2023) | Review Drama Korea

Dr Roy Kim (Min Woo Hyuk) merupakan pakar bedah dan juga doktor yang merawat Jung Suk. lepas tu dia tukar ke hospital yang sama dengan Jung Suk dan Seo In Ho. kiranya di hospital tersebut cuma dia seorang sahaja yang tahu hubungan mereka bertiga anak-beranak. 

actually atas galakan dan sokongan Dr Kim juga, Jung Suk membuat pertimbangan untuk jadi doktor semula. Dari first scene Dr Kim muncul, sis dah suka dia dan suka tengok cara dia layan Jung Suk. paling suka tengok Dr Kim punya reaction bila tengok drama anak-beranak ni di hopistal.

Doctor Cha (2023) | Review Drama Korea

Waktu universiti, Seo In Ho couple dengan Choi Sung Hee (Myung Se Bin) tapi termengandungkan Jung Suk, hal ini yang menyebabkan mereka berkahwin. Seo In Ho bertemu semula dengan Sung Hee ketika menghadiri seminar di Amerika dan dalam diam mereka menjalinkan hubungan sulit.

Dalam drama ni, paling sakit hati dengan watak Seo In Ho dan emak dia. tapi kan pacik ni bila berlakon memang kelakar padahal scene tu tengah sedih tapi bila tengok muka pacik ni adoi boleh aku bantai gelak padahal watak dialah paling annoying dan menyakitkan hati sebenarnya.

Watak Sung Hee ni pun annoying juga, biasalah penyondol selalunya mana puas hati bila terpaksa menjalinkan hubungan secara rahsia. tapi lebih 10 tahun kot affair, macam manalah dia boleh bertahan pastu bila nampak Seo In Ho baik dengan Dr Cha kat tempat kerja mulalah nak cemburu bagai.

Doctor Cha (2023) | Review Drama Korea

memang sedih dan kesian sangat dengan Jung Suk sebab sanggup korbankan cita-cita untuk jadi suri rumah tapi last sekali keluarga sendiri tak pernah hargai pengorbanan. orang cakap senang jadi suri tapi sebenarnya penat bila tak dapat sokongan dari keluarga sendiri.

drama ni ada mesej yang bagus iaitu usia bukan penghalang untuk mengejar cita-cita. Walaupun ramai yang reject Jungsuk kerana usia dia tapi dia berjaya jadi doktor pelatih. tapi adakah JungSuk boleh survive dalam tempoh tersebut dan kejar cita-citanya untuk menjadi pakar bedah? yang itu kena tengok sampai habis.

Overall, jalan ceritanya sangat menarik dan suka barisan pelakon dia. seriusly tak sangka drama ni kelakar walaupun cerita dia sebenarnya sedih.

Post a Comment

0 Comments