Bintang (TV3) | Sinopsis Drama lakonan Ruhainies dan Daniel Fong

Bintang (TV3) | Sinopsis Drama lakonan Ruhainies dan Daniel Fong

Drama : Bintang
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Haida Mazni Mohamad
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 6 April 2023
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 malam
Episod : 20
Pelakon : Daniel Fong, Ruhainies, Siti Hariesa, Keith Foo, Haidar Hasanudin, Natasha Elyzza, Ain Evon, Nadia Kesuma, Azri Iskandar, Faa Zaini, Azhar Sulaiman, Badrul Muhayat

Saksikan drama Bintang yang akan ditayangkan mulai 6 April 2023 bagi menggantikan drama Jaga Aku Selamanya, pada setiap hari rabu hingga sabtu jam 9.00 malam di slot Lestary TV3.

Bintang (TV3) | Sinopsis Drama lakonan Ruhainies dan Daniel Fong

Sinopsis Drama Bintang

Mengisahkan Iris dan Thirak yang belajar di sekolah yang sama dan jatuh cinta antara satu sama lain namun pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi dan mencemburui hubungan mereka.

Iris merupakan anak orang kaya di kampung tersebut manakala Thirak pula dari keluarga berada berketurunan Thailand. Pertemuan Iris dan Thiraak telah membibitkan perasaan cinta namun dalam masa yang sama Mustaffa juga mengejar cinta Iris.

Mustaffa memberitahu ibu bapa Iris tentang hubungan Iris dan Thirak menyebab hubungan mereka terputus apabila Iris dihantar ke luar negara.

Beberapa tahun kemudian, Iris pulang ke Malaysia setelah ibu bapanya meninggal dunia. Masih adakah peluang kedua bagi Iris dan Thiraak setelah berpisah selama beberapa tahun?

Dibintangi oleh Ruhainies sebagai Iris, Daniel Fong sebagai Thirak, Keith Foo sebagai Mustaffa, Siti Hariesa sebagai Raina dan ramai lagi. Ikuti kesudahan kisah Iris dan Thirak dalam drama Bintang.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Ala ruhanies ni orang tak minat le. Kadang rasa macam dia berusaha kuat nak berlakon cara natural tapi macam tak jadi je. Lain akak dia memang orang suka

    ReplyDelete