The Legal Wife (2014) | Sinopsis Drama Filipina

The Legal Wife (2014) | Sinopsis Drama Filipina

Drama : The Legal Wife
Pengarah : Rory Quintos, Dado C. Lumibao
Penulis Skrip : Henry King Quitain
Tayangan : 27 Januari 2014 - 13 Jun 2014
Episod : 98
Durasi : 35 minit
Genre : Romantik, Melodrama

The Legal Wife (2014) | Sinopsis Drama Filipina

Pelakon Drama The Legal Wife

  • Angel Locsin sebagai Monica Santiago
  • Jericho Rosales sebagai Adrian de Villa
  • Maja Salvador sebagai Nicole Esquivel
  • JC de Vera sebagai Max Gonzales
  • Mark Gil sebagai Dante Ramos
  • Joem Bascon sebagai Javier Santiago
  • Bernard Palanca sebagai Miguel Zapanta
  • Louise Abuel sebagai Bunjoy De Villa
  • Janus Del Prado sebagai Bradley
  • Michael Flores sebagai Bob Rivera
  • Frenchie Dy sebagai Kelly
  • Ahron Villena sebagai Jasper Santiago

Sinopsis Drama The Legal Wife

Mengisahkan Monica Santiago dan Nicole Esquivel yang berkawan baik sejak dari kecil dan hubungan mereka dilanda konflik apabila mencintai lelaki yang sama.

Sewaktu Monica masih bayi, ibunya Eloisa melarikan diri dari suaminya dan meninggalkan dua anak lelakinya kemudian diselamatkan oleh kawan lamanya iaitu Dante Ramos. Dante membesarkan Monica seperti anaknya sendiri dan meninggalkan kekasihnya, Camille Esquivel tanpa mengetahui wanita itu mengandungkan anaknya. Selama itu juga, Nicole membesar tanpa kasih sayang ayah.

Apabila Monica berusia 7 tahun, Eloisa kembali semua kepada suaminya dan bertemu kembali dengan dua anak lelakinya. Javier menerima Eloisa kerana masih sayangkan isterinya namun Javi dan Jasper masih tidak dapat menerima kesilapan Eloisa meninggalkan mereka semasa kecil. Javi secara terang-terangan menunjukkan perasaan tidak puasa hati kepada Eloisa dan Monica.

Monica dan Nicole bertemu ketika sekolah dan mengetahui mereka berkongsi ayah yang sama iaitu Dante. Sejak itu, mereka berkawan baik sehingga meningkat dewasa. Monica bertemu dan jatuh cinta dengan Adrian kemudiannya membuat keputusan untuk berkahwin dengan Adrian.

Nicole yang membesar tanpa ayah mempunyai trauma dan mempunyai prejudis terhadap lelaki terutama sekali apabila selalu bertemu lelaki yang mengambil kesempatan kepadanya. Hubungan Nicole dan Monica dilanda konflik apabila mereka jatuh cinta kepada lelaki yang sama.

Walaupun Adrian mencintai isterinya namun tekanan yang dihadapi dalam hubungan dan keluarga mereka menyebabkan Adrian mula menjalinkan hubungan dengan kawan baik isterinya sendiri. Keadaan bertambah tegang apabila Monica mengetahui kecurangan Adrian bersama Nicole.

Post a Comment

0 Comments