Takdir Itu Milik Aku by Siti Rosmizah | Review Novel

Takdir Itu Milik Aku by Siti Rosmizah | Review Novel

Tajuk : Takdir Itu Milik Aku
Penulis : Siti Rosmizah
Helaian : 1055
Penerbit : SR Publication
Tahun Terbitan : Januari 2012

Beli Di Sini: Takdir Itu Milik Aku (Shopee)


Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Book Review : Takdir Itu Milik Aku by Siti Rosmizah


Buku ni dah lama juga aku beli, waktu pergi pesta buku dulu siap dapat sign penulis lagi. tapi seriusly tak ingat berjaya habiskan tidak sebab baca bab awal pun dah geram dengan perangai heroin yang terlebih lurus mengalahkan pembaris.

Takdir Itu Milik Aku mengisahkan Dian yang tidak habis didera oleh Kamsiah, emak saudara merangkap emak tirinya juga. Kamsiah tak bagi Dian sambung belajar jadi Dian bekerja sebagai orang gaji di rumah Zarif. Zarif pula benci gila dengan Dian yang tak setaraf dengannya.

Datin Marina mendesak Zarif untuk berkahwin sebab nak bolot harta ibu mertuanya. Atas cadangan kawannya, Zarif merasakan Dian paling sesuai dibuat isterinya sebab perangai lurus bendul Dian ni senang kena tipu. lepas misinya berjaya boleh tinggalkan Dian. 

So bermulalah misi Zarif memikat Dian sehingga Dian setuju berkahwin dengannya. Dian pun percaya dengan Zarif, lepas kahwin baru tahu dia kena tipu hidup-hidup dengan Zarif dan kisah hidup Dian yang susah bertambah sadis bila dicaci dan didera oleh suami dan ibu mertuanya.

seriusly penat baca novel ni sebab heroin yang terpaling lurus dan hero pula suami dari neraka. realitinya wujud ke watak macam Dian? kalau bab kena tipu ramai juga gadis jadi mangsa lelaki, sebelum kahwin perangai pijak semut pun tak mati tapi lepas kahwin nauzubillah. masalahnya dari awal Zarif tu tak habis hina dia dan tunjuk perangai sombong bongkak dia tapi bodoh betul heroin ni tak habis cakap Zarif tu baik nak tolong dia. aishhh memang minta maki perangai camni!!

kalau ikutkan novel ni sangat sadis dan sedih bila Dian jadi mangsa penderaan suami dan emak mertuanya. satu tahap dia tersedar dan pilih untuk berpisah. waktu tu banyaklah drama berlaku bila si suami sudah insaf mahu isterinya balik. pastu ada lagi konflik orang luar yang mahu mengganggu rumah tangga mereka. dipendekkan cerita happy ending. gitu..

Kalau dulu aku boleh terima ending macam ni tapi sekarang ni aku rasa kalau Dian pilih hidup dia sendiri lagi better dan lupakan Zarif si suami tak guna ni sebab bukan sikit Dian kena abuse sepanjang jadi isteri Zarif. sedarlah wahai wanita.. tapi biasalah drama novel pengakhirannya, yang buat jahat menerima balasan yang setimpalnya, Zarif dapat another peluang untuk hidup bahagia dengan Dian.

bila tengok trailer dan sinopsis drama Andai Itu Takdirnya baru perasan jalan cerita kedua-dua citer ni lebih kurang sama. aku tak baca lagi novel Andai Itu Takdirnya maybe takkan baca so harapnya watak Hannah Delisha tak lurus bendul macam si Dian ni.

**MY RATING : 2/5**

Post a Comment

4 Comments

  1. hahahaha sebab tu akak tak baca dah novel siti rosmizah sebab buat ahkak stress. Kadang macam tak lojik je kena tipu bukan sekali berkali2 emmm memang kena haruk je kalau citer macam tu. Lepas tu orang dah hina kita macam2 emmm nak terima juga emm baik tak yah le buat sakit hati teringat cerca nesta dia.....eh aku pulak yg lebih hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sakit hati kan baca cite macam ni. dah teruk kena abuse pun masih lagi nak terima orang yang sama. kalau kita lantak la kau nak taubat ke apa tapi payah nak lupa dan terima balik bila orang dah hina sampai naik tangan ni..

      Delete
  2. (warning : comment saya agak panjang d baca.. hahahaa)

    tgk dua comments kat atas d tulis just dlm bulan 3 tahun 2023.. so x lama mana la tempoh dr sy nk berikan komen saya ni.. saya pon baru baca novel ni .. gigih 3 hari menghabiskan 1055 pages tu.. dalam hari pertama dan kedua.. gigih n tekun baca setiap perkataan.. satu persatu baca perkataan.. tp mcm rasa lambat naw2 nak habis.. masuk hari ke tiga.. just baca yg jumpa simbol ",,,,,," ni je.. baca perbualan/kata2 je.. malas nk baca yg mcm ad ulasan tu..

    beli novel ni tahun 2013 bulan 3.. time ni bujang lagi.. beli kat kedai buku malaysia kat pudu central.. (mcm mn boleh ingat? sbb sy mmg jenis tulis setiap detail beli buku kat page terakhir)

    sbb tlampau tebal.. pernah baca sekali.. pastu x larat nk habis kan.. kemudian simpan je novel dalam kotak.. sampai la br2 ni kemas2 rumah.. jumpa balik.. dan rasa rugi duit + menyesal beli kalau dah beli tp x baca..

    kalau nk bg ulasan/review.. mmg panjang la nk bagi.. tp mmg setuju dengan 2 komen d atas ni.. mcm teruk naw layanan zarif tu kat dian.. tp at the end.. dian terima dgn hati terbuka.. sgt2 scripted.. org dah hina + kutuk + keji + ludah + campak mknn dlm tong sampah + sepak bola kat perut mengandung + x buka gate dlm hujan + tidur kat atas lantai + tidur kat bilik bawah + duit hantaran d ambik balik + eh mcm2 lagi la ha (maleh nk nulis).. tetap gak dian terima.. memula kemain nk mintak cerai..

    pedulik la org tu dah taubat ke.. lantak ko sana la.. mst ad yg tanya.. "habis tu?? nk buat ap? nk berdendam?? mcm tu??".. x.. mksud ak.. cerai.. buat haluan masing2.. ko ko.. ak ak.. sattle.. nek wan pon... halahhh.. x habis2 nk back up sangat zarif.. x habis2 "sabar dian.. sayang nek wan x.. kalau sayang kena ikut ckp nek wan..kalau nk cerai.. bukan mcm ni cara nya..".. halaahhhh.. klise.. veri ayat terpaling baik..

    lg 1.. yg musykil.. kenapa memula dian nampak bendul? (maaf ckp .. x nampak bendul.. tp more to nampak mcm budak lembam - again .. maaf cakap).. tp bila dah lepas anak mati n meroyan.. terus berubah karakter.. terus pandai bercakap hebat hebat kebabom.. nampak naw x logik..

    eh.. dah la.. penat ak nulis panjang.. bye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..first time dapat komen panjang gini tapi memang betul point sis, sakit hati betul bila watak langsung tak nampak cerdik dan tak ada logika. buku tebal kemain pun tapi repeat je jalan ceritanya.

      Delete