Senarai Drama Adaptasi Novel Karya Siti Rosmizah

Bagi peminat novel mesti sudah lama kenal dengan Siti Rosmizah yang banyak menulis kisah konflik rumah tangga dan kekeluargaan dan kalau baca novel karya beliau tak sah kalau tak berjurai air mata, sedih tengok watak yang tersakiti dan teraniaya.

Setakat ini, Siti Rosmizah telah menulis 12 novel dan sebahagian besarnya telah diterbitkan sebagai drama tv. Antara drama yang paling popular adalah 7 Hari Mencintaiku yang berjaya diterbitkan sehingga musim ketiga.

Senarai Novel Karya Siti Rosmizah Yang Diadapatasi Ke Drama Bersiri


1. Cinta Kau Dan Aku (2013)

Senarai Drama Adaptasi Novel Karya Siti Rosmizah

Dibintangi oleh Sara Ali, Fizz Fairuz dan Fazren Rafi, Cinta Kau Dan Aku ditayangkan di TV1 pada 15 Februari 2013.

Mengisahkan Risya hidup dalam serba kekurangan dan sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar selepas kematian bapanya. Risya tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Farish Hakimi.

Risya kemudiannya berkahwin dengan Farish namun perkahwinan mereka tidak kekal lama kerana fitnah yang ditabur oleh orang yang mencemburui hubungan mereka.


2. 7 Hari Mencintaiku (2016)

Senarai Novel Karya Siti Rosmizah Yang Diadapatasi Ke Drama Bersiri

7 Hari Mencintaiku ditayangkan di slot Akasia TV3 dan dibintangi oleh Siti Saleha, Shukri Yahaya, Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly.

Mengisahkan Mia Adriana terpaksa menerima Khuzairi sebagai suaminya untuk menutup malu apabila tunangnya tidak muncul pada hari pernikahan mereka. Perangai Mia yang sombong tidak disukai oleh ibu mertuanya dan pelbagai konflik terjadi dalam perkahwinan Mia bersama Khuzairi.


3. Lafazkan Kalimah Cintamu (2018)

Senarai Novel Karya Siti Rosmizah Yang Diadapatasi Ke Drama Bersiri

Lafazkan Kalimah Cintamu dibintangi oleh Nelydia Senrose, Farid Kamil dan Nadiya Shahab memulakan tayangan di slot Megadrama Astro Ria pada tahun 2018.

Mengisahkan Tengku Aqilah yang disisih dan dibenci oleh bapa kandung sendiri sejak dilahirkan. Tengku Aqilah terpaksa berkahwin dengan tunang kakaknya, Tengku Ryan kerana wasiat bapa Ryan yang juga bapa saudaranya.

4. 7 Hari Mencintaiku 2 (2020)

Senarai Drama Adaptasi Novel Karya Siti Rosmizah

Kesinambungan kisah Mia dan Khuzairi yang diuji pelbagai konflik dalam rumah tangga mereka ditambah pula dengan desakan Mak Leha yang mahu Khuzairi berkahwin dengan calon menantu pilihannya.


5. Curi-Curi Cinta (2019)

Senarai Drama Adaptasi Novel Karya Siti Rosmizah

Dibintangi oleh Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, Curi-Curi Cinta mengisahkan Intan Raihana yang dilahirkan dalam keluarga susah merancang untuk merampas Daniel Hakim yang merupakan kekasih sepupunya kerana harta kekayaan lelaki itu.

Daniel terperangkap dan terpaksa berkahwin dengan Intan. Daniel tekad mahu membalas dendam dan memberi pengajaran kepada Intan.


6. Cukup Derita Itu (2021)

Senarai Drama Adaptasi Novel Karya Siti Rosmizah

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara. Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba oleh Mak Ngah. 

Konflik timbul ketika Zarul yang sepatutnya menikahi Ellana mengalami perubahan hati dan memutuskan untuk mengahwini Ellani. Sejak itu, Mak Ngah dan Ellana berjanji akan merosakkan perkahwinan Zarul dan Ellani.

Dibintangi oleh Ruhanies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong dan Jasmin Hamid.


7. Rindu Awak Separuh Nyawa (2021)

Senarai Drama Adaptasi Novel Karya Siti Rosmizah

Dibintangi oleh Uqasha Senrose, Shukri Yahaya dan Marsha Milan mengisahkan Maisara yang tekad untuk berkahwin dengan Nazril kerana tercabar dengan musuhnya.

Pelbagai cara dilakukan untuk mendekati Nazril tanpa mengetahui keluarga Nazril sudah memilih Nurul Huda sebagai calon isteri buat Nazril dan bakal disatukan selepas keduanya tamat pengajian.


8. Jangan Menangis Cinta (2022)

Senarai Drama Adaptasi Novel Karya Siti Rosmizah

Mengisahkan Riyana dan Zafran kerana aturan keluarga mereka dan cinta mula berputik selepas berkahwin. Perkahwinan mereka bahagia sehinggalah diduga dengan kelahiran Cinta Aryana tanpa sebelah kaki.

Zafran tidak dapat menerima anaknya sehingga sanggu membuang anak tersebut. Demi anaknya, Rihana sanggup berkorban meninggalkan Zafran.

Dibintangi oleh Amyra Rosli, Remy Ishak, Halim Radzi dan Rita Nadira.


9. Andai Itu Takdirnya (2023)

Senarai Drama Adaptasi Novel Karya Siti Rosmizah

Mengisahkan Syed Aizril terpikat dengan kecantikan Aleya namun hasutan dari kenalannya menyebabkan Syed Aizril memandang serong gadis tersebut. Mereka disatukan kerana satu kejadiannya menyebabkan Syed Aizril membenci dan menyeksa Aleya yang sudah menjadi isterinya. [SINOPSIS PENUH]

Dibintangi oleh Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Puteri Sarah Liyana dan Idzham Ismail.


Selain itu, Astro juga telah mengumumkan bakal menerbitkan satu lagi karya Siti Rosmizah iaitu TAKDIR ITU MILIK AKU yang bakal ditayangkan pada tahun ini.

Post a Comment

3 Comments

  1. Penat lah baca novel dia sebab banyak sangat konflik keluarga sampaikan stress bila baca jadi selalunya memang tak habis kecuali yang pertama je Iaitu andai itu takdirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak sempat nak baca semua buku dia tapi perasan juga buku dia ni watak dan jalan cerita lebih kurang je..

      Delete
  2. Cinta kau dan aku antara fav novel sy... tp x pernah lg tgok dramanya

    ReplyDelete