Sampatan Hua Jai (2018) | Review Drama Thailand

Sampatan Hua Jai (2018) | Review Drama Thailand

Title : Sampatan Hua Jai
English Title : Occupied Heart
Director : Theerasak Promngern
Screenwriter : Auangarun Smithsuwan
Network : Channel 7
Release Date : 28 April 2018
Episodes : 16
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Weir Sukollawat, Thisa Varitthisa, Jinna Navarat, Hana Lewis, Shane Nattawat, Ice Atichanan

SYNOPSIS:
On her way to sign a business contract, Rattawan was kidnapped along with her son by two men who took her to an island and tried to rape and kill her. However, she was saved by the owner of the island, Naboon. Both did not trust one another during her stay there but walls came down when Rattawan decides to tell Naboon her true identity.

Sampatan Hua Jai (2018) | Review Drama Thailand

Remake dari lakorn yang pernah popular pada tahun 1997, Sampatan Hua Jai mengisahkan Rattawan (Thisa Varitthisa) yang diculik bersama anaknya, Manpu (Aom Chanchamin) ketika dalam perjalanan menandatangani kontrak perniagaannya. Mereka dibawa ke pulau terpencil untuk dibunuh tapi berjaya diselamatkan oleh pemilik pulau tersebut iaitu Naboon (Weir Sukollawat).

Rattawan berasal dari keluarga aristoktrat terkenal di Phuket so tak hairan kalau dia menjadi sasaran penculik. Manakala juga dari keluarga kaya yang mempunyai bisnes hotel di Phuket. Naboon sebenarnya seorang navy tapi memilih untuk menguruskan perniagaan keluarganya dan sekarang dia berdepan masalah apabila bisnes sarang burung di pulau miliknya terancam apabila ada yang masuk mencuri hasil sarang burung berkualiti.

Sampatan Hua Jai (2018) | Review Drama Thailand

Pada mulanya mereka saling curiga, Rattawan syak Naboon adalah dalang disebalik penculikannya. Naboon pula syak Rattawan adalah pengintip yang menyelinap masuk untuk mencuri maklumat perniagaan sebab Rattawan berahsia tentang identitinya.

Semakin lama mereka semakub rapat dan Rattawan berterus terang tentang siapa dia sebenarnya. Rattawan kemudiannya syak Paramet (Chane Tawatson) yang merupakan suaminya mungkin orang yang merancang penculikannya.

Waktu ini, Naboon dah mula jatuh hati dengan Rattawan tapi bila tahu status sebenar wanita tersebut, dia memilih untuk memendam perasaannya sebab tak mahu nama baik Rattawan tercalar.


Selepas beberapa bulan tinggal di pulau, Naboon menghantar Rattawan dan anaknya pulang ke rumah. Naboon berjanji untuk melindungi Rattawan daripada ancaman bahaya tambahan pula mereka sudah tahu siapa penjahat sebenar jadi Naboon membuat perancangan rapi untuk mencari bukti pembabitan Paramet dalam kes penculikan Rattawan.

Sebenarnya Rattawan dan Paramet berkahwin kerana keluarga mereka sangat rapat tapi selepas Manpu dilahirkan, Rattawan semakin tawar hati dengan suaminya yang selalu curang dibelakangnya.

Paramet sangat licik sebab dia takkan semudahnya melepaskan Rattawan kerana isterinya itu sumber untuk mendapatkan duit apabila perniagaannya hampir lingkup dengan hutang keliling pinggan akibatnya hobinya yang gemar berjudi.


Patai dan Jira pula second couple dalam drama ni, Patai seorang Navy dan juga kawan baik Naboon yg banyak menolong Naboon dan pihak polis untuk menyiasat kes berkaitan human trafficking. Patai juga rapat dengan Jira dan mereka sebenarnya dah lama saling suka tapi Patai ada alasan sendiri yg buat dia tak berani nak meluahkan perasaan sendiri sampaikan Jira dah salah faham dengan Patai.

hubungan Patai dan Jira jadi complicated sebab masing-masing tak nak berterus terang tapi tak complicated sangat macam hubungan Rattawan dan Naboon kerana status Rattawan yg masih lagi isteri orang. Naboon lagi rela protect Rattawan dari jauh sebab tidak mahu memburukkan nama baik keluarga Rattawan.


watak baik dan watak jahat agak seimbang dalam drama ni, tak ada watak antagonis yg mendominasi keadaan sampai kau rasa stress nak tengok. dalam drama ni konfliknya bukan pasal Paramet seorang je tapi ada isu lain juga macam Naboon mencari orang yg cuba sabotaj bisnes dia dan ada juga kes berkaitan human trafficking. walaupun macam banyak isu tapi semua plot ni tersusun cantik dan saling berkaitan antara satu sama lain.

overall, lakorn ni memang menarik dan best dan juga masuk dalam list favourite lakorn aku. watak Weir dalam drama ni pula sangat matang dan gentleman, chemistry Weir dan Thisa sangat awesome.

Post a Comment

1 Comments

  1. Cerita thai selalu macam tu. Kalau kaya je mesti dalam ahli keluarga yang nak sabotaj hanya kerana nak bolot harta. Malahan kadang mak dan bapa dia sendiiri punya angkara. Tapi kadang plot citer buat kita eh tak sangka rupanya orang tu. Dan kadang hero dan heroin benci membenci tapi bila dah jatuh hati sanggup mempertahankan orang yang di sayang walaupun membahayakan diri sendiri. Best review buat akak nak tenguk je

    ReplyDelete