Review Movie | Seratus (Netflix)

Review Movie | Seratus (Netflix)

Filem : Seratus
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd, Unomedia Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Enaz Mokhtar
Siaran : Netflix
Tayangan : 6 Oktober 2022
Durasi : 1 jam 40 minit
Genre : Aksi, Drama
Pelakon : Sharul Kamal, Sara Ali, Marissa Yasmin, Fauzi Nawawi, Riz Amin, Wan Hanafi Su, Fify Azmi, Hafeez Mikail, Pablo Amirul, Kodi Rasheed, Meor Mohd, Daniella Sya, Syah Iskandar, Fadlan Hazim, Fara Nadiah

SYNOPSIS
Hafiz mahu menyelamatkan ibunya diculik. Satu-satunya ”klu” yang boleh membantu bagi menyelamatkan ibunya, ialah sekeping wang kertas RM100 yang ditinggalkan arwah bapanya. Kepingan RM 100 itu, mengandungi petunjuk yang boleh membawanya, untuk mencari wang tebusan yang dituntut oleh penculik itu

Seratus (2022) | Sinopsis Filem

Filem Seratus ada marketing yang bagus sebab ramai artis yang menjadi cameo antaranya Alif Satar, Beto Kusyairi, Bront Palarae, Adi Putra, Nadiya Nisaa, Shukri Yahaya, Siti Saleha dan ramai lagi. kredit juga kepada semua cameo yang sporting support movie ni walaupun muncul tak sampai 10 saat.

Seratus mengisahkan Hafiz (Sharul Kamal) mahu menyelamatkan ibunya yang diculik, semua ini ada kena mengena dengan kerja bapa dia, Azhar (Fauzi Nawawi) seorang wartawan yang ada bukti kegiatan jahat seorang dermawan terkenal, Dato Jaafar (Wan Hanafi  Su).

Sebelum meninggal dunia, Azhar ada tinggalkan klu atas duit kertas seratus ringgit pada Hafiz tapi Hafiz dah guna duit tersebut so dia mesti cari jalan untuk mendapatkan semula duit tersebut seterusnya menyelamatkan ibunya.

Review Movie | Seratus (Netflix)

Permulaan cerita sangat menarik tapi plot dia terlampau simple macam tagline dia 'Mana Duit Aku', itulah benda yang dicari oleh Hafiz. bila masuk pertengahan cerita agak penat sikit bila plot dia tak berkembang sangat.

filem ni ada potensi yang bagus jika penulis kembangkan plot dan watak Hafiz supaya lebih menyerlah dan nampak bijak. seriusly penat nak kira berapa kali duit tu ada kat tangan Hafiz, takkan kau tak boleh guna memori kau untuk 5 saat hafal klu yang bapa kau bagi. benda yang penting bukan duit seratus tu tapi klu tu.

scene Hafiz dan Sofia (Sara Ali) pergi rumah Azhar untuk cari klu macam takde point sebab ingatkan lepas berjaya log masuk laptop bapa dia ada rahsia besar diorang dapat tapi tak juga masing-masing terus lari lepas kena serang dengar orang Dato Jaafar.

aku ada expectation juga pada watak Hafiz untuk sambung kerja bapa dia, jadi hero dan bongkar sindiket Dato Jaafar tapi itulah watak dia takat gitu je la sebab dari awal lagi matlamat dia nak selamatkan mak dia so itulah misi dia padahal watak dia boleh berkembang lebih daripada itu.

but overall, still enjoyable..lakonan Sharul Kamal pun not bad sebenarnya tapi sebab cameo dia nama hebat-hebat so boleh nampak acting dia kena improve lagi. actually sis excited tengok cite ni sebab bersepah dia punya cameo..haha

Post a Comment

2 Comments