Filem : KIL
Produksi : Grand Brlliance, Flux Visual LAB
Pengarah : Nik Amir Mustapha
Siaran : Netflix
Tayangan : 30 Mei 2013
Durasi : 1 jam 33 minit
Pelakon : Redza Minhat, Cristina Suzanne, Harun Salim Bachik, Dira Abu Zahar, Hasnul Rahmat, Anne James, Juliana Evans, Atilia Harun, Johan Iskandar, Ella
Filem KIL keluar tahun 2013, bila tengok balik kat Netflix aku ada view yang berbeza maybe masa yang mematangkan untuk aku relate dengan jalan cerita dan watak Akil tapi benda yang paling aku ingat pasal filem ni, dia punya mesej dan ending memang best.
KIL mengisahkan Akil (Redza Minhat) seorang pemuda yang mempunyai kecederungan untuk membunuh diri. Pelbagai percubaan membunuh diri dilakukan tapi semuanya gagal sehinggalah suatu hari Akil ternampak satu iklan tentang sebuah agensi yang membantu orang untuk membunuh diri. So Akil mengupah agensi tersebut untuk membunuh dirinya.
Tidak lama kemudian Akil berkenalan dengan Zara (Cristina Suzanne), sejak dari itu hidupnya yang penuh kesunyian berubah dan Akil mula jatuh cinta dengan Zara.
Dalam masa yang sama, Akil tidak tenteram kerana bila-bila masa sahaja nyawanya akan ditamatkan. Akil mula ragu-ragu dengan keputusan untuk membunuh diri dan mahu membatalkan perjanjian tersebut.
jalan ceritanya agak berat nak highlight tentang depression dan perasaan bersalah Akil atas apa yang berlaku pada emaknya. ditambah pula tiada kawan untuk meluahkan perasaan so dia rasa tak ada point untuk hidup kat dunia, penyelesaian yang dia rasa tebaik adalah dengan melenyapkan diri dari dunia ini. tapi penyelesaian terbaik sebenarnya Akil cuma perlukan seseorang untuk mendengar dan meluahkan perasaannya.
bagi aku, filem KIL ni agak advanced juga keluar pada tahun 2013 sebab dulu tak ramai yang mempunyai kesedaran tentang isu mental sebab tu juga filem ni kurang mendapat sambutan. bila tengok balik baru perasan dia punya shot kamera dan cinematography cantik giler. lagu soundtrack dia best kena dengan mood dan emosi jalan ceritanya.
maybe tak ramai suka dengan cerita slow paced macam ni tapi overall plot dan jalan ceritanya sangat menarik sebab sentuh tentang masalah depression dan bunuh diri.
Baca juga :
0 Comments