Review Drama | Serpihan Sayang (TV3)

Review Drama | Serpihan Sayang (TV3)

Drama : Serpihan Sayang
Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Amor Rizan, Saiqa Askari
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 22 Februari 2023
Episod : 15
Durasi : 42 minit
OST/Lagu Tema : Penipu (Shazz)
Pelakon : Fasha Sandha, Aeril Zafrel, Shahz Jaszle, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin, Ameerul Asyraf, Zizan Nin, Amirul Asyhwad, Tallisya, Nick Syaf, Auni Zahra, Syed Irfan

Review Drama | Serpihan Sayang (TV3)

Serpihan Sayang sebuah drama bergenre psiko thriller mengisahkan Nadia (Fasha Sandha) menghidap Postpartum Psikosis atau gila meroyan selepas kehilangan anak di dalam kandungannya. Emosi dan mental Nadia semakin tertekan apabila Marina (Zarina Zainoordin), bekas isteri suaminya tidak habis menganggu hidupnya.

Tujuan Marina cuma satu sahaja iaitu untuk mendapatkan wang dari Syakir (Shah Jaszle) dengan menggunakan nafkah anak sebagai alasan. Duit dia pun dah banyak habis sebab boyfriend dia Malik (Ameerul Ashraf) asyik pinjam.

Bila Syakir tak melayan permintaan Marina, Nadia yang menjadi sasaran Marina untuk mendapatkan wang.

Review Drama | Serpihan Sayang (TV3)

Syakir sendiri tertekan dengan perangai Marina yang tak habis menganggu ketenteraman rumah tangganya padahal duit belanja semua dia masukkan tiap bulan sampai pelik juga duit tak pernah cukup plus Marina sendiri bekerja sebagai pensyarah sepatutnya tak ada isu pasal duit.

Ada satu masa, Marina cuba pinjam duit dari Nadia sebab teman lelakinya terdesak. Nadia setuju untuk menolong sebab fikirkan dengan duit tersebut Marina akan berubah dan berbaik dengan dia tapi nasib baiklah Syakir dan adiknya, Alisa (Elisya Sandha) berjaya menghalang.

Review Drama | Serpihan Sayang (TV3)

Alisa seorang pelajar dan tinggal dengan kakaknya, dia sendiri rimas dengan perangai Marina yang tak habis mengganggu dan provoke emosi Nadia. Lagi malang apabila Marina menjadi pensyarah Alisa di kolej.

Nak dijadikan cerita kumpulan Alisa tidak dapat menghantar tugasan yang diberikan Marina apabila rakan kumpulannya, Farah tiba-tiba menghilangkan diri. Marina langsung tidak mahu menerima sebarang alasan dan terus menolak markah Alisa Hal ini juga menjadi konflik antara Alisa dan kawannya, Nina (Tallisya).

Review Drama | Serpihan Sayang (TV3)

Malik dan adik Marina iaitu Ashraf (Amirul Asyhwad) macam deal something maybe benda terlarang. Mereka semakin terdesak bila barang yang ada Farah sudah hilang dan mereka perlu mencari duit untuk membayar ganti rugi.

Masalah apabila Farah sudah dibunuh oleh seseorang, Ashraf yang tiba di tempat kejadian panik apabila melihat Farah sudah tidak bernyawa bertindak membuang mayat Farah ke dalam sungai. sampai kesudah Ashraf dan Malik tidak tahu mana Farah sembunyikan barang tersebut.

Ashraf juga teman lelaki kepada Nina tapi Nina tidak tahu Farah dan Asyraf saling mengenali. Alisa mencurigai Asyraf apabila melihat Ashraf dan Malik pergi ke hari pengebumian Farah.

Review Drama | Serpihan Sayang (TV3)

sampai episod 4, masih kabur lagi dengan watak Imran (Aeril Zafrel) dan motif dia. dari sinopsis macam Imran ada kena-mengena dengan Syakir so maybe dia gunakan Nadia dan Alisa sebagai target untuk membalas dendam pada Syakir.

Sejak menerima telefon dari Imran, keadaan mental Nadia bertambah teruk apabila Nadia percaya yang kegugurannya bukan berpunca dari kemalangan tersebut. lagi bertambah teruk apabila Nadia tidak menyedari ubatnya telah ditukar dan mula berhalusinasi.

Review Drama | Serpihan Sayang (TV3)

tengok barisan pelakon dan sinopsis dia nampak menarik. layanlah setakat 4 episod ni, watak Imran ni bagi aku sangat menarik dan misteri sebab curious betul apa dia nak buat sebenarnya. dia punya psiko sampai pergi culik orang tua yang tak ada waris untuk create family dia sendiri.

tapi agak bosan juga sebab circle diorang ni kecil sangat, pusing pi pusing mai masing-masing bertembung dengan orang tu juga. kalau kes Farah pun ada kena mengena dengan Imran pun memang tak terkejut sangat. tertanya juga dalam sehari tu berapa kali eh diorang jumpa orang yang sama? tak bosan ke..haha

fresh sikit nak layan drama macam ni kalau tidak bosan aku sebab kat tv sekarang ni tak habis drama pasal isu curang dan orang ketiga. part misteri sebenarnya yang menarik sebab nak tahu juga apa kaitan antara Imran dengan Syakir dan Nadia, dan apa motif sebenar Imran sampai bertindak macam tu sekali. menarik juga bila sentuh pasal isu mental dalam cerita ni.

Post a Comment

0 Comments