Review Drama | Bukan Puteri Lindungan Bulan (TV3)

Review Drama | Bukan Puteri Lindungan Bulan (TV3)

Drama : Bukan Puteri Lindungan Bulan
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : The Playwrights Team, Eenaz Mokhtar, Nina Ithnain, Peet Mokhtar
Siaran : TV3
Tayangan : 21 Mac 2023
Episod : 40
OST/Lagu Tema : Tulus (Adi Priyo ft. Nabila Razali)
Pelakon : Janna Nick, Hisyam Hamid, Amar Baharin, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Niena Baharun, Zarina Zainuddin, Zack Kool, Nasz Sally, Ikhwan Lein, Azahar Amir, RJ Helmi

SINOPSIS:
Larasati Aisya yang juga dikenali sebagai Lara terpaksa meninggalkan sekolah undang-undang demi mengurus perniagaan arwah bapanya. Lara tidak menyukai isteri abangnya Lukman, Sabrina yang mengambil kesempatan atas kekayaan keluarga. Nasibnya berubah apabila dirogol oleh Zakuan, tetapi teman lelakinya Zafir tetap mengahwininya kerana cinta. Ini menjadi lebih rumit apabila Lara mengandung dan Zafir ragu-ragu dengan status anak itu, mendorongnya untuk mengahwini Tengku Farah tanpa kebenarannya. Farah mengawal Zafir dan anak-anak mereka dipisahkan dari Lara. Lara kini mesti tabah dalam mencari anak-anaknya.

Review Drama | Bukan Puteri Lindungan Bulan (TV3)

Diadaptasi dari novel karya Afiera Malik, Bukan Puteri Lindungan Bulan mengisahkan Puteri Larasati Aisya (Janna Nick) yang terpaksa melalui pelbagai dugaan dan keperitan dalam hidupnya. Lara dibesarkan dalam keluarga bahagia yang kaya tapi semuanya berubah apabila ayahnya meninggal dunia dan terpaksa berhenti belajar untuk mengambil alih syarikat keluarganya.

Walaupun ramai yang mengagumi kejayaan Lara menjadi CEO Puteri Emas dalam usia muda namun dia selalu merasakan kesunyian. Lara mempunyai konflik dengan ibunya, Datin Fariza (Zarina Zainuddin) kerana tidak dapat menerima ibunya berkahwin dengan kawan baik ayahnya.

Dalam masa yang sama kepulangan abangnya, Luke (Shah Iskandar) membawa kejutan besar pada Lara apabila Luke secara senyap berkahwin dengan Sabrina (Afifah Nasir) tanpa memberitahu sesiapa. Sukar untuk Lara menerima kehadiran Sabrina kerana ibu bapa Sabrina telah menipu bapanya yang akhirnya menyebabkan bapanya meninggal dunia.

Review Drama | Bukan Puteri Lindungan Bulan (TV3)

Zafir (Hisyam Hamid) sudah lama menyimpan perasaan pada Lara tapi kesian juga asyik kena friendzone memanjang dengan Lara.

Walaupun begitu, Zafir begitu setia menemani Lara dan selalu mendengar segala masalah dan luahan Lara. Zafir juga tahu mengenai masalah Lara dengan Datin Fariza dan cuba untuk menjernihkan hubungan dua beranak itu.

Review Drama | Bukan Puteri Lindungan Bulan (TV3)

Zakuan (Amar Baharin) merupakan kawan kepada Luke dan sejak sekolah lagi Zakuan sudah jatuh hati pada Lara. Kini Zakuan bekerja di syarikat Lara tapi seram juga dengan mamat ni sebab memanjang stalk  Lara dan ada kaitan juga dengan Sabrina sebab dua-dua kaki clubbing.

Review Drama | Bukan Puteri Lindungan Bulan (TV3)

Tak tahu apa kaitan keluarga Sabrina dengan Lara tapi obviously ibu bapa Sabrina mengambil kesempatan pada kebaikan ayah Lara. Sabrina berkahwin dengan Luke jelas ada tujuan tertentu tapi nasib baik bapa Lara cerdik sikit sebab company dan rumah semuanya atas nama Lara. Luke pula tak pernah kisah adiknya menguruskan syarikat keluarga tapi masalah juga bila dapat bini yang tamak haloba.

Sabrina memberitahu yang dirinya hamil tapi secara diam dia pergi berjumpa Zakuan untuk memberitahu sesuatu. Adakah bayi yang dikandungnya anak Zakuan?

Review Drama | Bukan Puteri Lindungan Bulan (TV3)

Kemunculan Tengku Farah (Niena Baharun) akan menambah lagi derita dalam kehidupan Lara. Adakah Lara akan menemui kebahagian dalam hidupnya?

Review Drama | Bukan Puteri Lindungan Bulan (TV3)

Drama ni agak menarik sebab highlight mengenai ketabahan Lara dalam mengharungi pelbagai dugaan yang datang dalam hidupnya walaupun jalan ceritanya agak klise. menarik juga sebab first time nampak Hisyam Hamid, Amar Baharin dan Janna Nick dalam drama yang sama.

Post a Comment

0 Comments