Tajuk : Orked Buat Hud
Penulis : Sha Ibrahim
Helaian : 486
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Terbitan : Januari 2018
SINOPSIS:
Yang ‘hantu’ itu Hud, itu persepsi Orked terhadap lelaki itu pada pertemuan pertama mereka. Gelaran itu diberi kerana Hud makan di tengah hari di bulan puasa.Bagi Orked, dia tidak menganggap Hud sebagai musuhnya, dia cuma tidak sukakan lelaki itu. Tapi, setiap kali bertemu Hud, ada saja perang mulut terjadi.“Hati saya kuat mengatakan encik memang tak puasa.”– Orked"Nasib baik aku fikir ni kampung kau. Kalau tak, tahu lah nasib kau.” – Hud.Dan apabila tiba-tiba ada wakil dari keluarga Hud datang melamarnya, Orked bagaikan tak percaya. Apatah lagi wakil itu datang atas permintaan Hud sendiri!“Kenapa saya?” - Orked“Sebab yang namanya Orked Delisha binti Ahmad Faiq tu adalah Orked.” - HudKata Hud, dia mahu Orked bersamanya, memimpin tangannya mencari redha Allah. Tapi, apa pula kata Orked?“Bagi saya masa.” – Orked.“Boleh, sayang. Abang akan tunggu.” - HudBelum apa-apa sudah ber abang sayang. Itu yang buatkan Orked rasa geli.Macam mana nak panggil abang kalau selama ini dia selesa dengan panggilan encik?Apa sebenarnya yang menyebabkan Hud tiba-tiba berubah hati dan mahu mengahwini Orked?
Book Review Orked Buat Hud by Sha Ibrahim
Mengisahkan Hud yang mengambil mudah hal agama dan tertangkap tidak puasa oleh Orked ketika bulan ramadan. Sejak itu, Orked jadi anti dengan Hud dan Hud pula tak suka dengan mulut laser Orked. Hal ini menyebabkan mereka bergaduh setiap kali bertemu. tapi itulah gaduh-gaduh sayang, dari benci Hud terjatuh hati dan mahu memikat Orked.
Watak utama dalam novel ini sangat menarik. Orked yang lasak dan unpredictable. Hud yang perangai macam hantu bak kata Orked tapi mula berubah ke arah kebaikan. watak lain yang best adalah Izwan, kawan baik kepada Hud yang perangai lebih kurang Hud juga tapi baik sikit tapi selalu support Hud dan banyak menceriakan keadaan.
Permulaan cerita, masing-masing dengan perangai gila-gila mereka tapi mula berubah ke arah kebaikan. banyak selit nilai islamik dan pengajaran, konflik tak berat sangat. overall sesuai untuk bacaan santai dan kena dengan mood bulan puasa ni.
**MY RATING: 5/5**
3 Comments
Menarik jugak... nama pun klasik orked dan hud... kekadang nama pun main peranan jugak bila nk beli novel ni... hehe
ReplyDeletekannn sedap nama klasik macam ni tapi kadang tu jumpa nama sampai kita pun berbelit nak sebut. spoil juga mood nak baca..hahaha
Deletekalau jadi orked pun macam tibehhhhh mamat ni
ReplyDelete