Missing: The Other Side 2 (2022) | Review Drama Korea

Missing: The Other Side 2 (2022) | Review Drama Korea

Title : Missing: The Other Side Season 2
Director : Min Yeon Hong, Lee Ye Rim
Screenwriter : Ban Ki Ri, Jung So Young
Network : TVN/ VIU
Release Date : 19 December 2022
Episodes : 14
Duration : 65 minutes
Genre : Thriller, Mystery, Supernatural
Cast : Go Soo, Heo Joon Ho, Ahn So Hee, Ha Joon, Kim Dong Hwi, Lee Jung Eun, Ji Dae Han, Im Seon Woo, Jung Eun Pyo, Chou Myung Bin, Kim Tae Woo, Lee Han Ik

SYNOPSIS:
3 Gongdan is a village where missing deceased people, including Kang Eun Sil and Oh Il Yong, stay. Meanwhile, Kim Wook, Jang Pan Seok, Lee Jong A, and Detective Shin Joon Ho try to find the bodies of the missing people and chase after the truth behind their deaths.


Dalam Missing: The Other Side 2, Kim Wook dan Jang Pan Seok telah menjumpai satu lagi kampung yang dihuni oleh roh orang mati yang mayat mereka tidak dijumpai bernama 3 Gongdan. ini menjawab persoalan musim pertama kenapa pacik Pan Seok tak jumpa anaknya, Hyunji di Kampung Duon.

Missing: The Other Side 2 (2022) | Review Drama Korea

Selepas mayat Hyunji dijumpai, Kim Wook (Go Soo) dan Jang Pan Seok (Heo Joon Ho) tidak dapat lagi melihat Kampung Duon dan roh orang mati tapi hal ini tidak memberhentikan sikap mereka yang suka membantu orang dalam kesusahan

Suatu hari, Wook membantu seorang macik yang menjadi mangsa voice phishing lalu bertemu dengan Oh II Yong (Kim Dong Hwi). Wook dan Pan Seok terkejut sebab tak pernah lagi mereka jumpa roh orang mati yang boleh keluar dari kampung mereka.

II Yong membawa mereka ke kampung 3 Gongdan dan bertemu dengan Kapten Kang (Lee Jeun Eun) yang menjadi ketua kampung di situ. Pan Seok jadi emosional sikit sebab tahu kampung tersebut pernah dihuni oleh roh anaknya malah ramai lagi kawan Hyunji yang masih berada di situ. Pan Seok dan Wook berjanji untuk mencari mayat mereka supaya roh mereka akan pergi ke tempat yang tenang.

Missing: The Other Side 2 (2022) | Review Drama Korea

Oh II Yong beritahu Wook tentang wanita berpakaian pengantin dan Moon Se Young (Im Seon Woo) yang diculik. Walaupun Wook bekerjasama dengan Detektif Shin mencari mangsa culik berdasarkan maklumat yang diberi II-Yong tapi Wook sendiri meragui motif dia sebab kenapa II Yong berada di tempat kejadian, apa yang cuba dilakukannya. paling pelik kenapa II Yong boleh bebas keluar masuk dari kampung tersebut.

akhirnya II-Yong beritahu juga kepada Wook yang ketua sindiket dadah bernama Kim Pil Joong (Jung Yoon Jae) a.k.a Goliath adalah kawan dia yang juga pembunuh dia. so II-Yong selalu follow Pil Joong sebab nak tahu mana mayatnya disimpan dalam masa yang sama dia tahu banyak kegiatan jahat Pil Joong sebab II-Yong pernah buat kerja jahat tapi dibunuh bila dia nak serah diri pada polis.

salah satu cara dia nak tebus kesalahan dia selepas mati ini adalah mencari Wook dan Pan Seok supaya mereka berdua dapat tolong roh orang mati di 3 Gongdan sebab dia pernah pergi jumpa Thomas, dari situ dia tahu banyak mengenai Wook dan Pang Seok.

Missing: The Other Side 2 (2022) | Review Drama Korea

Selepas kawannya diculik dan dibunuh, Lee Jong Ah (Ahn So Hee) menggunakan kepakaran dia dalam hacking untuk bekerjasama dengan Wook dan Pan Seok mencari mereka yang hilang. Lee Jong Ah buka kafe sendiri dan keuntungan yang dapat dia guna sebagai dana dalam kempen mencari kanak-kanak yang hilang. watak Jong-Ah ni best sebab dia sporting betul. 

Missing: The Other Side 2 (2022) | Review Drama Korea

Detektif Shin Joon Ho (Ha Joon) musim ni lebih relax dan santai, semua maklumat yang Wook bagi pun dia tak pernah persoalkan, yang kelakar Wook pula confius bila Detektif Shin tak terkejut langsung bila tahu informer dia hantu.

kes kali ni agak berselirat sebab banyak kes orang hilang yang Detektif Shin handle ada kaitan dengan kumpulan dadah Goliath. kat sini ada juga konflik dengan team yang handle kes dadah sebab tak nak kacau operasi mereka. Bila salah seorang detektif mereka hilang dalam misi tersebut, ketua team ni tak pilihan bila mereka kena percaya juga dengan Detektif Shin. Dari situ bukan setakat jumpa mangsa hilang sahaja sekali dadah mereka dapat.

jalan ceritanya ada kena mengena juga dengan musim lepas, orang yang Wook dan Detektif Shin sumbat masuk dalam penjara tak puas hati nak balas dendam pada mereka berdua so nyawa mereka juga dalam bahaya apabila kena serang dengan geng ini.

Missing: The Other Side 2 (2022) | Review Drama Korea

Dari awal lagi aku teka yang Oh II-Yong tak mati lagi dan maybe koma sebab dia seorang yang jadi special kes. kat hujung-hujung terbongkarlah kebenaran tapi saspen juga sebab nyawa dia sendiri dalam bahaya.

tapi yang tak expect pasal Kapten Kang dan Prof Jung (Jung Eun Pyo) sebab nampak dah redha dengan hidup mereka. tapi last-last ada cerita sedih kena khianat dengan orang yang paling rapat. itulah hati manusia bukan kita boleh teka. yang disangka kawan rupanya musuh dalam selimut.

Missing: The Other Side 2 (2022) | Review Drama Korea

production belum mengumumkan lagi sama ada drama Missing: The Other Side akan bersambung musim ketiga. tapi dia punya ending agak tergantung dan banyak hint pasal next season.

antara hint yang menarik seperti Jong Ah tak sedar yang dia boleh melihat benda orang lain tak nampak maybe sebab keikhlasan dia nak menolong mangsa yang hilang. Pan Seok dan Wook jumpa kampung lain. harapnya Kim Dong Hwi dikekalkan sebab suka watak II-Yong dalam musim kedua ni. overall, jalan ceritanya sangat menarik dan  barisan pelakon dia memang best dan mantap.

Post a Comment

0 Comments