Kief by Dhiya Zafira | Book Review

Kief by Dhiya Zafira | Book Review

Tajuk : Kief
Penulis : Dhiya Zafira
Helaian : 458
Penerbit : Poreng Kertas Publication
Tahun Terbitan : 1 Disember 2016

Baca juga : Novel Kief by Dhiya Zafira


SINOPSIS : 
Apakah perasaan bila anda kemalangan pada hari pernikahan dan hanya sedar 5 tahun kemudian?

Apa yang dirasa bila anak yang ditatang dengan minyak yang penuh, tiba-tiba ada yang mendakwa itu bukan miliknya?

Apa yang harus dilakukan, bila masa silam yang cuba dilupakan kembali menghantui dan mengekori dalam diam?

Sesungguhnya dendam itu amarah yang marak apinya. Sama ada kita berjaya keluar atau hangus terbakar terperangkap di dalamnya.

Bagi Kief dan Arin, mereka hanya mahu mencari bahagia. Namun hidup yang baru bermula adakah sudah sampai ke penghujungnya?

"There are some things in life that are worth fighting for till the end."


Book Review : Kief by Dhiya Zafira

Kisah Kief dan Arin. Arin yang koma selepas terjatuh pada hari pernikahannya bangun selepas lima tahun mendapati banyak perubahan yang berlaku dan ramai insan yang disayangi sudah meninggalkan dirinya kecuali Kief yang masih setia memberi sokongan kepada Arin.

Kief bekas abang ipar Arin, selepas 13 tahun kakaknya meninggal dunia Kief masih setia dan membesarkan anaknya, Emma seorang diri. Kief kemudiannya menikahi Arin kerana rasa bertanggungjawab dan belajar mencintai Arin sebagai isterinya.

Kalau nak dibandingkan dengan buku penulis yang aku dah baca sebelum ni, Kief lebih kepada romance, babak  aksi tak banyak sangat. nak kata manis pun tak sangat tapi suka watak Kief sebab nampak dia seorang yang matang.

masuk Bahagian Kedua, banyak konflik yang berlaku bila ada orang berdendam dengan Kief dan mahu memporak perandakan keluarganya. tapi aku tak boleh nak hadam sangat motif penjahat dia sebab kemalangan yang berlaku bukan Kief seorang sahaja yang terlibat tapi tetap juga nak salahkan Kief atas kematian isteri dan anaknya. bila masuk bahagian kedua ni jadi geram juga dengan cara Kief handle masalah dia.

tapi overall menarik juga jalan ceritanya. banyak persoalan dan misteri di awal cerita buat aku tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Siapa Rais, siapa Muaz dan apa sebenarnya yang berlaku pada Arin? tapi itulah rasa kureng sikit sebab motif penjahat dia tak berapa kuat pastu pengakhiran dia macam senang sangat. aku punya reaction part tu sama dengan Hayat..haha

banyak pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis iaitu mengenai hubungan kekeluarga dan juga pentingnya komunikasi antara suami dan isteri dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

**MY RATING : 4.0 /5**

Post a Comment

1 Comments