Esaret - Redemption (2022) | Review Turkish Drama

Esaret - Redemption (2022) | Review Turkish Drama

Title : Esaret (Redemption)
Director :  Ayhan Özen, Serkan Mut
Screenwriter : Başak Yazı Odası
Release Date : 27 November 2022
Episodes : 80
Cast : Mahassine Merabet, Cenk Torun, Hilal Anay, Melahat Abbasova, Pervin Mert, Yaren Yildirim, Yagmur Çelik

melayan drama ni di youtube, tak sure masih lagi on-going atau dah tamat tapi bila dah nampak sampai 70 lebih dia punya episod, seram pula kita nak follow.

Esaret - Redemption (2022) | Review Turkish Drama

Esaret atau Redemption mengisahkan Orhun (Cenk Torun) seorang usahawan terkenal yang berasal dari keluarga berpengaruh. Suatu hari, Orhun membuat keputusan untuk pergi ke Afrika membawa adik kembarnya, Nihan yang merupakan seorang doktor sukarelawan di sana pulang ke Turki.

Keluarganya dari awal lagi suruh Nihan pulang disebabkan keadaan tak stabil di sana tapi Nihan suka buat kerja kebajikan selalu mencari alasan untuk mengelak pulang ke Turki makanya terpaksa Orhun guna kuasa veto dia sebagai abang membawa Nihan pulang.

Semasa dalam perjalanan ke kem Nihan, Orhun menyelamatkan Hira (Mahassine Merabet), gadis turki yang menjadi hamba tawanan sejak kecil lagi di Afrika.

Esaret - Redemption (2022) | Review Turkish Drama

Sebaik sampai di kem, Orhun terkejut apabila mandapat tahu Nihan baru sahaja meninggal dunia dipercayai diracun oleh geng Cezzar yang berkuasa di kawasan tersebut kerana tidak suka Nihan campur tangan urusan penduduk di situ.

Part ni macam tak logik juga sebab semua orang kat kawasan tu takut dengan Cezzar yang dikatakan kejam tapi si Orhun terus pergi bunuh satu geng ni sebab nak balas dendam untuk adiknya.

Esaret - Redemption (2022) | Review Turkish Drama

Rakan sekerja Nihan beritahu Orhun yang Hira agak rapat dengan Nihan dan sebelum kejadian ada orang nampak Nihan makan biskut yang diberi oleh Hira. Orhun juga tahu Hira merupakan hamba kepada Cezzar so Orhun syak Hira sengaja beri racun tu pada Nihan.

Orhun bawa pulang Hira ke Turki dan sejak hari itu Hira terus menderita kerana dendam Orhun. Hira pula menerima segala perbuatan Orhun kerana dia sendiri rasa bersalah dan tidak tahu Cezzar telah menggunakannya untuk membunuh Nihan.

Esaret - Redemption (2022) | Review Turkish Drama

aku tengok drama ni sampai episod 2 pastu tak boleh nak terus sebab rasa trigger pula tengok Hira kena dera dengan Orhun. drama ni banyak sangat toxic, bukan setakat watak Orhun, emak dia punya perangai buat aku trigger.

Pendek cakap Hira sebenarnya mangsa keadaan, dah la kena torture dengan puak Cezzar baru nak merasa bebas sikit kena dera dengan Orhun pula. Kalau Orhun boleh bunuh Cezzar kenapa kau tak bunuh Hira dari nak seksa dia macam binatang. lepas tu nak buat cerita terjatuh cinta pendera dia. muak nak layan drama macam ni yang secara jelas ada domestic violence.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments