Andai Itu Takdirnya (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Andai Itu Takdirnya (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Andai Itu Takdirnya
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan,  Liza Ali
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 6 Mac 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 60
OST/Lagu Tema : Andai Itu Takdirnya (Vanessa Reynauld)
Pelakon : Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Puteri Sarah Liyana, Dayang Areeda, Idzham Ismail, Atikah Suhaime, Hariz Hamdan, Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Esma Daniel, Laila Nasir, Razman Mahayuddin, Nur Dhia Irdina

Saksikan drama Andai Itu Takdirnya yang akan bersiaran di slot Megadrama Astro Ria pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam menggantikan drama Akira Khan.


Andai Itu Takdirnya (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Andai Itu Takdirnya sebuah drama adaptasi karya Siti Rosmizah diterbitkan di bawah syarikat penerbitan SR One Sdn Bhd dibawah arahan Jamal Khan dan skrip ditulis oleh Wan Mahani Wan Hassan dan Liza Ali.

Drama ini turut menekankan kepentingan keikhlasan dan kejujuran di antara suami isteri serta keburukan ego yang akan menghancurkan kebahagiaan masing-masing. Kekuatan naratif dan pembawaan emosi dalam setiap episod berjaya dipaparkan oleh barisan pelakon berbakat yang menerajui drama ini iaitu Shukri Yahaya yang memegang watak sebagai Syed Adam Aizril dan Hannah Delisha sebagai Aleya.

Turut dibintangi oleh Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah, Idzham Ismail sebagai Ikram, Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin, Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Syed Abbas dan Aida Khalida sebagai Puan Sri Sharifah Aishah

Andai Itu Takdirnya (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya

Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan penampilan yang menarik. Sebagai anak kepada seorang tokoh korporat, dia sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan berbangga dengan kekayaan keluarganya. Dia mempunyai standard yang tinggi dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain. 

Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya. 

Demi cinta dan anak-anak, Aleya menerima juga Syed Aizril dalam hidupnya. Aleya dan Syed Aizril hidup bahagia bersama anak-anak selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam perkahwinan mereka.

Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Emilin yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?

Post a Comment

0 Comments