Title : True Beauty
Director : Kim Sang Hyub
Screenwriter : Lee Shi Eun
Network : TVN/ Netflix
Release Date : 9 December 2020
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Genre : Romance, Comedy, Youth
Cast : Moon Ga Young, Cha Eun Woo, Hwang In Youp, Park Yoo Na, Im Se Mi, Kim Min Ki, Park Ho San, Jang Hye Jin, Oh Eui Shik, Kang Min Ah,Lee Woo Je, Lee Il Joon
SYNOPSIS:
"True Beauty" is a romantic comedy about a high school girl, Lim Ju Gyeong, who rises to pretty girl fame after she masters the art of make-up from YouTube. She turns into a goddess because of her makeup skills, but would rather die than reveal her bare face to anyone. It tells her love story with the only boy that saw her without makeup, Lee Su Ho. Lee Su Ho is an attractive and handsome boy who appears cold because of his dark past but is actually very caring. They grow when they meet each other, share their secrets and find love with each other, but can Su Ho make Ju Gyeong find her true beauty?
True Beauty mengisahkan Lim Ju Kyung (Moon Ga Young) yang menjadi mangsa buli di sekolah kerana rupa parasnya yang kurang cantik sampai dia hampir nak bunuh diri. Ju Kyung kemudiaannya dapat inspirasi untuk belajar make up dari video tutorial di youtube.
Kebetulan pula keluarganya terpaksa berpindah ke rumah lama mereka kerana masalah hutang ayahnya, so Lim Ju Kyung membuat keputusan menutup parut jerawat dengan kuasa make up untuk kelihatan cantik apabila masuk sekolah baru.
tapi bila masuk sekolah Ju Kyung tak sangka dia menjadi pelajar popular dan layanan pelajar yang lain juga berbeza sama sekali apabila menjadi pelajar yang cantik.
Ju Kyung sekelas dengan Lee Su Ho (Cha Eun Woo) yang merupakan top student tapi tak suka bergaul dengan pelajar yang lain. Mereka mempunyai minat yang sama iaitu suka membaca komik horror dan terjumpa di kedai komik di kejiranan Ju Kyung.
Waktu ni Ju Kyung panik sebab tak pakai make up dan takut Suho bocor rahsia dia. Rupa-rupanya Suho tak cam pun Ju Kyung tapi Suho pernah selamatkan Ju Kyung waktu nak bunuh diri so dia kenal Ju Kyung yang tak pakai make up ni.
Nak dijadikan cerita, Suho kemudiannya perasaan Ju Kyung di sekolah dan yang di kedai komik tu orang yang sama tapi dia tak bocorkan rahsia Ju Kyung. dari situ mereka semakin rapat sehingga masing-masing mula menyimpan perasaan sesama sendiri.
Drama ni sangat best kelakar dengan ragam budak-budak sekolah yang kurang matang tapi isu yang dibawa dalam True Beauty sebenarnya agak berat. selalunya drama high school memang takkan lari pasal isu buli.
seriusly menyampah bila budak perasan cantik dan paling popular target budak yang penampilan kurang cantik sebagai mangsa buli mereka. Trauma yang Ju Kyung kena hadap tu sampai dia takut nak dedahkan muka bare face dia takut kejadian lama berulang lagi.
tapi kan seriuslaah Moon Ga Young ni memang dah cantik kot, kalau muka macam Moon Ga Young kena cop hodoh tiba-tiba kita pula rasa insecure kalau tercampak kat korea.
dalam drama ni cuma masalahnya kulit muka Ju Kyung berjerawat. macam Su Ah cakap Ju Kyung kena pergi jumpa dermatologist bukan pakar plastic surgery untuk rawat kulit muka dia tapi pelik juga bila director nak tunjuk sampai habis sekolah pun kulit muka Ju Kyung masih lagi tak baik.
Walaupun watak family Ju Kyung menghiburkan tapi bagi aku, watak mak dia agak tosik sebab tak pernah nak ambil tahu masalah Ju Kyung di sekolah sampaikan distracting dengan benda lain, keluarga dia pun tak pernah tahu Ju Kyung hampir nak bunuh diri sebab kena buli.
agak annoying sebab mak dia asyik marah nak buang semua barang make up dia sebab selalu dapat markah tercorot dalam pelajaran, bila dapat tahu Ju Kyung nak jadi MUA atau make up artis kemain mak dia mengamuk kata anak dia buat benda tak ada faedah.
kalau cikgu kelas Ju Kyung tak panggil cerita masalah Ju Kyung di sekolah maybe sampai ke sudah mak dia tak tahu masalah anak sendiri. tapi oklah waktu tu baru mak dia insaf dan tahu kenapa barang make up tu penting untuk Ju Kyung.
lagi satu benda yang aku tak suka bila penulis rosakkan watak Kang Sujin (Park Yoona). permulaan cerita Kang Sujin antara watak favourite aku sebab dia jenis yang sempoi dan tak boleh tengok orang lain kena buli. dalam diam Su Jin mendapat tekanan dari bapa dia yang nak dia dapat nombor satu tapi dia tak boleh kalah Suho dan selalu dapat tempat kedua.
tapi bila dia terlalu obsess dengan cintanya pada Suho sampai sanggup khianat kawan baik sendiri, time ni memang tak boleh nak brain dengan watak Su Jin yang berubah sampai tu sekali.
sebab dari awal lagi dah tunjuk yang Sujin sangat pentingkan pelajaran sebab tak nak kecewakan bapa dia tiba-tiba bila dapat tahu Suho dating dengan Ju Kyung terus tak boleh nak kawal diri sampai study pun lingkup.
Han Seojun (Hwang In Yeop) rakan sekelas Ju Kyung juga dan merupakan seteru Suho. sebenarnya mereka berkawan baik dan mempunyai minat yang sama dalam muzik tapi lepas kawan baik mereka meninggal dunia terus jadi musuh disebabkan salah faham yang berlaku.
Seojun awal-awal mengorat Ju Kyung sebab saja nak bersaing tak nak tengok Suho bahagia tapi alih-alih dia pula terjatuh cinta dengan Ju Kyung. lepas dah berbaik dengan Suho, Seojun cuba terima hakikat yang hubungan dia dengan Ju Kyung tak lebih dari seorang kawan.
actually aku asyik fikir kat mana pernah tengok Hwang In Yeop rupanya dalam citer The Sound of Magic. make up dia dalam drama ni memang lain sangat tapi sesuailah dengan imej dia yang ala bad boy gitu. watak Seo Jun dengan make up dia mengingatkan aku pada watak Lee Joongi dalam drama My Girl, maybe penulis ambil inspirasi watak Seo Jun dari situ kot.
suka tengok chemistry Moon Ga Young dan Cha Eun Woo, watak masing-masing pula sangat comel. yang best dengan watak hero ni adalah dia boleh terima Ju Kyung seadanya tanpa kisah dengan penampilan dan rupa paras Ju Kyung.
best tengok diorang berkawan sampailah bercinta. comel dan kelakar. tapi lepas start dating secara terbuka macam boring dan slow sikit jalan cerita dia.
drama high school best sebab fun dan banyak positive vibe tapi kat hujung-hujung tu tak suka dengan vibe negatif macam watak yang tiba-tiba jadi obses sebab cinta plus plot yang Ju Kyung dan Suho kena berpisah bagi aku bukan isu besar pun.
sebab Suho nak breakup pun sebab nak jaga bapa dia yang sakit di luar negara dan tak nak Ju Kyung tertunggu dia. tak faham kenapa penulis nak buat watak Ju Kyung frust teruk sangat. lagipun masing-masing masih muda, just jadikan isu ni sebagai semangat untuk Ju Kyung fokus pada cita-cita dia sementara tunggu Suho kembali semula ke Korea.
benda yang aku suka dan tak suka dalam True Beauty sama banyak tapi overall terhibur sangat dengan jalan ceritanya terutama sekali waktu zaman sekolah. watak masing-masing jenis masuk air terutama sekali classmate diorang, banyak scene yang aku berdekah gelak sebab perangai masing-masing sangat kelakar.
satu lagi yang kelakar drama ni banyak parody drama lain contohnya macam Goblin, The King Eternal Monarch, Crash Landing On You dan banyak lagi la, ada scene tu yang aku rasa familiar tapi aku tak ingat drama apa.
Walaupun banyak benda yang aku complaint pasal drama ni tapi tolak isu yang mention kat atas tu. Overall, drama high school yang sangat menghiburkan.
Baca juga :
2 Comments
ada nampak juga drama ni dekat netflix dan masukkan dalam wish list..tapi tak start lagi nengoknya
ReplyDeleteIngatkan drama 'myID is gangnam beauty' cha eun woo jg jd hero, tema sama..
ReplyDelete