Review Movie | Rasuk - Possessed (Netflix)

Review Movie | Rasuk (Netflix)

Filem : Rasuk (Possessed)
Produksi : Multimedia Films Production
Pengarah : James Lee
Idea Asal : Laili Noordin
Penulis Skrip : Muhamad Adib
Tayangan : 29 September 2022
Siaran : Netflix (Februari 2023)
Durasi : 1 jam 24 minit
Genre : Seram
Pelakon : Alif Satar, Ikmal Amry, Abbas Mahmood, Ayie Floor 88, Atiq Azman, Elisya Sandha, Alicia Amin, Taufik Hanafi, Syazwan Razak

layan filem ni sebab ternampak kat Netflix, ingatkan Rasuk ni macam kes rasuk histeria yang biasa terjadi di asrama. sekali amik kau, terkejut aku tengok hantu dia ekstrem sangat rupanya ceritanya pasal zombie yang merasuk pelajar lain.

Review Movie | Rasuk (Netflix)

Rasuk mengisahkan sekumpulan pelajar kolej yang terdiri daripada Adli (Ikmal Amry), Nik (Atiq Azman), Wari (Abbas Mahmood), Kechik (Ayie Floor88) dan Sam (Syazwan Razak) pergi berkelah di air terjun ditemani oleh kakak Adli iaitu Alia (Elisya Sandha) dan kawannya, Fiza (Alicia Amin).

Sewaktu berkelah, Wari masuk ke dalam hutan dan terjumpa satu botol ni dan sejak itu dia rasa macam ada benda mengikut dan memanggil namanya. Sehinggalah mereka tiba di hostel dan didenda mencuci toilet kerana balik lambat, Wari tiba-tiba mengganas dan menyerang pelajar lain.

Review Movie | Rasuk (Netflix)

Ustaz Nadzmi (Alif Satar) yang bercuti kerana mengalami kemalangan jalan raya pulang semula ke hostel apabila Warden ada emergency minta gantikan dia. Disebabkan tengah cuti semester, tak ramai pun budak yang dia kena jaga lebih kurang 27 orang.

Malam tu, Adli datang beritahu Wari tiba-tiba demam panas dan bila mereka sampai di dorm memang terkejut bila tengok Wari berubah jadi zombie dan menyerang Nik.

Masalah bila kawasan tersebut tak dapat liputan dan elektrik pula terputus jadi Ustaz Nadzmi kena berfikir macam mana nak dapatkan bantuan luar dan selamatkan pelajar yang masih ada dari serangan zombie.

Review Movie | Rasuk (Netflix)

Filem Rasuk ada idea yang menarik tapi storyline dia lemah sebab banyak fokus pada serangan zombie yang merasuk dan berjangkit kepada pelajar lain. Watak yang ada tak dikembangkan dengan baik begitu juga dengan jalan cerita. so inilah masalah yang biasa berlaku pada filem melayu.

susah juga aku nak engage dengan watak dan storyline dia lagi pula pacing filem ni agak laju. aku pun tak faham apa sebenarnya yang ada dalam botol Wari jumpa, hutan tu dah jadi tempat pemujaan puak mana. sadis juga bila tak pasal-pasal Wari terpilih dan jadi ketua zombie sebab masuk salah tempat.

itu belum lagi part Alia dan Fiza yang masuk hostel selepas mendapat panggilan telefon dari Adli. penat tengok citer bila watak dia kurang bijak. Dah orang tu telefon cakap dalam bahaya kenapa kau tak datang bawa backup.

Review Movie | Rasuk (Netflix)

dah la jalan cerita pun tak berapa jelas, ending pun sadis betul sebab tinggal berapa kerat je yang survive dari serangan zombie. nasiblah sis bukan kaki wayang, kalau tidak rasa tak berbaloi bayar duit tiket.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments