Review Movie | Inang (Netflix)

Review Movie | Inang (Netflix)

Title : Inang (The Womb)
Director : Fajar Nugros
Screenwriter : Deo Mahameru
Network : Netflix
Release Date : 13 Oktober 2022
Duration : 1 hour 55 minutes
Genre : Horror, Thriller
Cast : Naysila Midad, Dimas Anggara, Lydia Kandou, Rukman Rosadi, Rania Putri Sadi, Pritt Thimothy, Totos Rasiti, Emil Kusumo

SYNOPSIS:
Grappling with an unplanned pregnancy, a woman turns in desperation to a mysterious older couple who promise to take care of her baby.


Filem Inang mengisahkan Wulan (Naysila Midad) yang mengandung anak luar nikah dan teman lelakinya pula tidak mahu bertanggungjawab. Wulan makin terdesak apabila dia tiada kerja dan dihalau dari rumah sewanya.

Melalui facebook group Support Hamil, Wulan bertemu dengan pasangan suami isteri yang tua berminat untuk mengambil bayi di dalam kandungannya sebagai anak angkat dan mereka sanggup untuk menjaga Wulan sehingga dia melahirkan anak kelak.

Pada mulanya, Wulan sangat selesa dengan layanan Eva (Lyndia Kandou) dan Agus (Rukman Rusadi). Walaupun tinggal di rumah besar, pasangan tersebut nampak serasi dalam menguruskan kerja rumah dan saling menyayangi. Wulan pula dari keluarga broken so dia nak anak dia dapat hidup bahagia dan setuju mahu menyerahkan anaknya kepada pasangan tersebut. 

Review Movie | Inang (Netflix)

Sehinggalah kemunculan Ki Ageng (Pritt Timothy), Wulan mula rasa tidak sedap hati apabila selalu bermimpi pelik seperti melihat seorang wanita dan bayi dalam kandungannya diambil orang. Dia cuba mendapatkan bantuan kawannya untuk menjemput dia dari situ tapi sampai kesudah kawannya tiba-tiba tidak dapat menghubungi. Wulan semakin buntu untuk melarikan diri dari situ.

Kepulangan Bergas (Dimas Anggara), anak kepada Eva dan Agus menambahkan syak wasangka Wulan tentang motif sebenar pasangan itu mahu mengambil anak angkat.

Bergas yang pada mulanya tidak mengendahkan kehadiran Wulan mula rasa sesuatu tidak kena seperti ibu dan bapanya menyembunyikan sesuatu darinya. Bergas dan Wulan bekerjasama untuk membongkar kebenaran yang disembunyikan oleh Agus dan Eva.

Review Movie | Inang (Netflix)

Dalam filem Inang ni tak ada pun hantu tapi jadi saspen juga sebab curious juga apa Eva dan Agus nak buat dengan bayi Wulan. tapi jalan ceritanya agak predictable juga sebab slowly dah boleh agak apa mereka nak buat plus kat intro ada mention pasal ritual Rebo Wekasan.

Rebo Wekasan dikatakan hari paling malang dan siapa lahir pada hari ini nescaya akan ditimpa kecelakaan dan untuk menolak bala ini perlu ada korban yang digunakan. Kiranya apa yang dibuat Agus dan Eva semuanya demi kasih sayang mereka untuk memastikan anak mereka selamat tapi ada harga perlu dibayar.

Overall, plot dia agak menarik tapi sebab pacing slow dengan durasi yang agak panjang jadi bosan sikit sebab jalan ceritanya predictable sangat.

Post a Comment

1 Comments