Nenek Bongkok Tiga (VIU) | Sinopsis Drama

Nenek Bongkok Tiga Episod 1 | Sinopsis Drama VIU

Drama : Nenek Bongkok Tiga
Produksi : Independent Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Yusry Abd Halim
Penulis Skrip : Azhar Amirulhisyam
Siaran : VIU/ Astro Ria
Mula Tayangan : 9 Februari 2023
Masa : Setiap Khamis
Episod : 10
Pelakon : Hun Haqeem, Sara Ali, Meerqeen, Fimie Don, Syafie Naswip, Ashraf Muslim, Syazwan Zulkifly, Sara Mack Lubis, Sherie Merlis, Sofia Jane, Rykarl Iskandar, Hana Tiha, Louisa Chong, Aida Aris, Esma Daniel

SINOPSIS:
Apabila lapan orang terjaga di sebuah rumah yang dihuni seorang nenek bongkok tua, mereka terpaksa memenangi siri permainan yang dicipta oleh nenek dengan harapan dapat kembali ke kehidupan sebelumnya.

Nenek Bongkok Tiga Episod 1 | Sinopsis Drama VIU

Dari tahun lepas lagi nampak VIU gigih promote Nenek Bongkok Tiga di media sosial, bila tengok barisan pelakon dan pengarahnya lagi tak sabar nak tunggu drama ni keluar.

Nenek Bongkok Tiga sebuah drama fantasi seram mengisahkan Zamir (Hun Haqeem) seorang pendaki berpengalaman mencari adiknya, Zaid (Rykarl Iskandar) yang hilang di Bukit Luruh. Bukit Luruh ini memang terkenal dengan kes orang hilang.

Zamir bertemu Samira (Sofia Jane) yang dikatakan kononnya pernah hilang di Bukit Luruh dan muncul kembali selepas 60 tahun, dalam satu rancangan bual bicara bersama Zainal Ariffin Ismail dengan harapan dapat klu tentang misteri kehilangan adiknya tapi hampa bila Samira bagi nasihat jangan masuk Bukit Luruh dan cari jawapan nanti bawa padah.

Nenek Bongkok Tiga Episod 1 | Sinopsis Drama VIU

Zamir yang sudah tahu selok-belok hutan Bukit Luruh tekad masuk ke situ untuk mencari adiknya. yang pelik bila kain yang dia buat penanda arah tiba-tiba hilang dan terjumpa biji saga so benda ni mengingatkan yang dia pernah ajar Zaid dulu untuk buat marking.

Actully benda ni yang guide Zamir ke satu pintu gerbang yang akhirnya disedut masuk ke dimensi yang lain. Apabila tersedar Zamir mendapati dirinya dalam bilik tahanan bersama tujuh individu yang lain iaitu Alis (Sara Ali), Adi (Meerqeen), Sani (Syafie Naswip), Maira (Sara Zack Lubis), Haikal (Ashraf Muslim), Mior (Fimie Don) dan Salim (Syazwan Zulkifly).

Masing-masing mempunyai kisah tersendiri yang menyebabkan mereka pergi ke Bukit Luruh yang akhirnya tersesat dan menjadi mangsa tahanan di situ.

Nenek Bongkok Tiga Episod 1 | Sinopsis Drama VIU

Mereka kemudiannya bertemu dengan Nenek (Sherie Merlis) pemilik rumah tersebut yang memberitahu tentang peraturan di situ dan cuma mahu melindungi mereka dari Tuan Tanah (Narangsa).

Zamir cuba membawa yang lain mencari jalan keluar dari Bukit Luruh tapi menemui kegagalan sebaliknya mereka terlibat dalam permainan yang diciptakan oleh Nenek. 

Apakah hadiah yang perlu mereka sediakan kepada Tuan Tanah?  Adakah mereka berjaya keluar dari situ sekiranya menurut segala kemahuan Nenek?

Nenek Bongkok Tiga Episod 1 | Sinopsis Drama VIU

baru tengok first episode dah rasa best dan menarik jalan ceritanya sebab lain dari drama melayu yang pernah aku tengok sebelum ini. barisan pelakon pun best, nampak side lain diorang punya lakonan contohnya macam Meerqeen selalu bawa watak hero jambu tapi dalam ni kemain gengster, kadang tu rasa nak pang je tiap kali dia mencarut.

Asraf Muslim selalunya bawa watak ustaz baik dan alim tapi dalam ni twist habis watak dia bila dia orang pertama yang faham assignment diberi oleh Nenek. Sara Mack Lubis walaupun masih baru tapi suka tengok dia bawa character Maira. yang lain malas nak komen sebab memang sentiasa best lakonan diorang..haha

Apakah pengakhiran kisah mereka? Tunggulah sis tengok drama ni habis dulu nanti sis buat full review kalau rajin. Selain di VIU, korang juga boleh tonton Nenek Bongkok Tiga di Astro Ria pada setiap hari khamis pukul 9.00 malam.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. tak sangka boleh jatuh cinta dengan Merqeen sebab lakonan dia padu! Hun Haqeem pun mantap sebagai Zamir

    ReplyDelete