Tajuk : Natural Born Fighter
Penulis : Dhiya Zafira
Genre : Aksi, Thriller, Romantis
Helaian : 540
Penerbit : Poreng Kertas Publication
Tahun Terbitan : Februari 2023
BELI SINI: Novel Natural Born Fighter by Dhiya Zhafira
SINOPSIS:
Enam pembunuhan. Enam mangsa. Enam kematian. Licik, oportunis dan sentiasa satu langkah di hadapan. Dia seperti predator yang memburu manga dan terus bermaharajalela.Tapi untuk pertama kali, dia lakukan kesilapan. Dia fikir dia berjaya tetapi ternyata tidak. Gadis itu masih bernyawa. Dari seorang pemburu... dia kini diburu.ASP Ziyad Sidqi sedar, dia bertarung dengan masa. Dia harus bertindak pantas. Pertaruhan semakin tinggi. Emosi meledak menuntut pembalasan. Untuk kali terakhir, penguasaan Angel harus ditamatkan.Gadis itu ada jawapan. Gadis itu bakal menamatkan segala-galanya. Dan tugasnya memastikan gadis dan semua mangsa dapat pembelaan.Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah kemaafan dan perjuangan.
Review Novel Natural Born Fighter by Dhiya Zhafira
Ziyad Sidqi seorang anggota polis yang terlibat dalam kes pembunuh bersiri Angel menemui jalan buntu apabila tidak menemui sebarang klu untuk menjejaki pembunuh licik tersebut. Sehinggalah seorang mangsa ditemui selamat dan menjadi saksi penting kes tersebut, dia perlu melindungi gadis tersebut namun ada sejarah silam antara mereka.
Ziyad Sidqi dan Arissa
Sid dan Ari bertemu tiga tahun yang lalu dan berlaku sesuatu antara mereka sehingga Ari bertindak meninggalkan Sid. Selepas bertemu kembali, Sid mahu melindungi Ari dalam masa yang sama perbaiki semula hubungan mereka.
Angel si Pembunuh Yang Psiko
Angel seorang pembunuh psiko yang kejam menjadikan isteri orang sebagai target pembunuhannya dengan motif tertentu. Selepas membunuh enam orang wanita, modus operandi Angel telah berubah dan polis percaya Arissa bukan target sebenar tapi saksi pembunuhan yang dilakukan oleh Angel.
Airel dan Fazil
Kisah Fazil pula tentang suami yang menjadi mangsa penderaan isteri. so betullah aku teka ini kisah pembunuh tapi aku ingatkan kes suami nak membalas dendam rupanya ada plot twist yang penulis bagi.
Permulaan cerita penuh dengan persoalan siapa pembunuhnya dan apa hubungan sebenar Ari dan Sid, laju je aku baca sebab tak sabar nak tahu kebenarannya. flow dia dari satu bab ke satu sangat cantik.
Kisah Ari dan Sid ni, aishhh penyabar betul Sid melayan kerenah Ari beruntunglah siapa dapat suami macam Sid. tapi geram juga dengan perangai Ari yang tak habis nak salah Sid. boleh faham dia punya insecure dengan apa yang terjadi dalam hidup dia tapi itulah dalam kes ni salah sendiri juga buka ruang untuk orang luar masuk dalam hidup dia dengan Sid. Kalaulah dia bagi peluang untuk Sid jelaskan keadaan maybe hidup dia tak jadi complicated macam ni tapi sweet je kisah cinta Sid dan Ari.
sangat menarik plot dan jalan ceritanya. part Angel ingatkan berakhir dengan mudah rupanya begitu licik dan psiko dia punya rencana. dalam novel Haq takde la rasa special sangat dengan watak Ziyad Sidqi tapi sekali baca kisah dia nahh terus jatuh hati pula kita dengan dia..haha. Overall, nice story.
** MY RATING : 5/5**
Baca juga : Review Novel Haq by Dhiya Zafira
3 Comments
sy tag giveaway ya
ReplyDeletehttps://www.siinurul.com/2023/02/la-gourmet-hydration-bottle-giveaway-by.html
ooo lanjutan citer haq ke... Dhiya ni kalau tulis fiksyen memang best sampaikan kadang rasa macam tenguk movie je. Novel baru ke. kena carik ni
ReplyDeleteeh tak bukan sambungan, dalam Haq dia ada muncul beberapa kali. yg ni stand alone kisah Sid.
Delete