Ku Akad Kau Dengan Bismillah (TV3) | Sinopsis Drama

Ku Akad Kau Dengan Bismillah (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Pengarah : Osman Ali, Yus Yusop
Penulis Skrip : Mimie Zakaria, Farah Izzati
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 6 Februari 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Sophia Albarakbah, Aliff Aziz, Shah Iskandar, Jasmine Suraya, Zaki Azeman, Didi Astillah, Halim Radzi, Letchumi Sandraj, Jasper Supayah, Jasmin Hamid, Kuna Muzani, Shahidan Izwan, Hilal Azman, Zack Zabhas, Ayu Ayuni

Saksikan drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah diadaptasi dari novel karya Wawa Akil yang akan ditayangkan bermula 6 Februari ini, pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7.00 petang di slot Akasia TV3, juga boleh strim melalui aplikasi Tonton.

Ku Akad Kau Dengan Bismillah (TV3) | Sinopsis Drama

Osman Ali yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Ombak Rindu dan Sejoli: Misi Mencantas Cinta kini bergabung dengan Yus Yusop untuk menghasilkan drama terbaru di slot Akasia TV3. Manakala skrip ditulis oleh Mimie Zakaria dan Farah Izzati dan diterbitkan dibawah syarikat produksi Nuansa Sdn Bhd.

Ku Akad Kau Dengan Bismillah dibintangi oleh Sophia Albarakbah dan Aliff Aziz sebagai pelakon utama dan dibantu oleh Shah Iskandar yang memegang watak Adam Zikry, Jasmine Suraya sebagai Maira, Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim, Didi Astillah sebagai Aqilah, Halim Radzi sebagai Haikal dan ramai lagi.

Ku Akad Kau Dengan Bismillah (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Mengisahkan Raisya Hanna (Sophia Albarakbah) menghadiri parti hari jadi sepupunya, Maira (Jasmine Suraya) tapi dia terkejut apabila membuka mata, dia terbaring di atas katil bersama seorang lelaki. 

Sejak hari itu dirinya dibenci dan dipandang hina oleh keluarga sendiri sehinggi Raisya Hanna membuat keputusan membawa diri ke pinggiran pergunungan Kinabalu.

Selepas lima tahun, Raisya bertemu kembali dengan lelaki tersebut, Luth Mikail (Aliff Aziz). Lelaki yang dianggap penghancur kehidupan silamnya telah membina kembali sebuah sinar baru namun Raisya Hanna menganggapnya sebagai sebuah pembalasan dendam semata mata. 

Sejauh manakah ikatan cinta atas landasan dendam itu dapat berkekalan hingga ke hujung nyawa?

Post a Comment

0 Comments