Have A Crush On You (2023) | Review Chinese Drama

Have A Crush On You (2023) | Review Chinese Drama

Title : Have A Crush On You
Director : Yang Yang
Screenwriter : Wang Jie, Zhang Chu Yu
Network : WeTV
Release Date : 10 February 2023
Episodes : 36
Duration : 45 minutes
Genre : Romance, Medical
Cast : Wang Chu Ran, Peng Guan Ying, Liu Rui Lin, Chuai Ni, Li Zhi Feng, Zhu Jun Lin, Mao Lin Lin, Du Yu Chen, Ling Chen

SYNOPSIS:
Ruan Liu Zheng returns to her hometown after seven years and becomes a neurosurgeon at Bei Ya Hospital. However, she did not expect to meet her ex-husband, Ning Zhi Qian, who is the most experienced neurosurgeon at Bei Ya Hospital. Ning Zhi Qian volunteers to be Ruan Liu Zheng's mentor in order to make up for the hurt he caused her. Ruan Liu Zheng is no longer a weak and timid girl and shows resolute determination in both her work and relationship.

Have A Crush On You (2023) | Review Chinese Drama

Have A Crush On You mengisahkan Ruan Liu Zheng (Wang Chu Ran) seorang doktor yang pergi ke Afrika untuk membawa pulang pesakit kemudiannya bertemu kembali  dengan Ning Zhi Qian (Peng Guan Yin), seorang doktor sukarelawan di sana dan juga bekas suami Liu Zheng.

Bila Liu Zheng memulakan tugas sebagai neurosurgeon di Beiya Hospital, Zhi Qian menjadi mentor dia. so nak tak terpaksa dia bekerja dengan bekas suaminya dan merahsiakan hubungan sebenar mereka dari staff yang lain.

Have A Crush On You (2023) | Review Chinese Drama

Waktu universiti dulu, Liu Zheng menyimpan perasaan pada Zhiqian yang juga seniornya tapi Zhi Qian bercinta dengan Dong Miao Miao (Du Yu Chen) dan merancang untuk berkahwin. tidak lama kemudian Miao Miao minta putus sebab dah jatuh cinta dengan orang lain. 

Zhi Qian sangat kecewa dan waktu ni juga Liu Zheng selalu teman Zhi Qian dan hubungan mereka makin rapat. tak lama selepas itu Liu Zheng membuat keputusan untuk meluahkan perasaannya dan mereka pun berkahwin.

Have A Crush On You (2023) | Review Chinese Drama

drama ni mengenai one sided love dan peluang kedua. kat WeTV dah sampai 20 episod tapi aku tengok tak sampai 10 episod lepas tu malas nak sambung sebab watak hero ni membosankan.

Liu Zheng crush gila-gila pada Zhi Qian sampai sanggup tolak tawaran sambung belajar di luar negara untuk berkahwin dengan Zhi Qian. Wedding mereka agak rushing, nampak macam Liu Zheng yang gigih berusaha untuk dapatkan cinta Zhiqian tapi Zhi Qian hurmmm.

Dong Miao Miao pernah datang jumpa Liu Zheng dan nasihat suruh pertimbang balik rancangan dia nak berkahwin sebab takut Zhi Qian jadikan Liu Zheng sebagai pengganti dan dia sendiri dah rasa penatnya nak kekalkan relationship bila Zhi Qian sendiri langsung tak bagi effort. tapi Liu Zheng yakin Zhi Qian akan jatuh cinta dengan dia kalau dia berusaha.

tapi itulah kahwin tak lama manapun sebab Zhi Qian sendiri asyik sibuk dengan kerja langsung tak pernah nak ambil berat perasaan isteri sendiri dan langsung tak ada komunikasi. scene yang aku geram dengan hero ni bila dia mengadu kat kawan dia, dia rasa pressure lepas kahwin. like seriusly??! kalau kau tak bersedia nak kahwin kenapa setuju dengan Liu Zheng. menyampah lelaki perangai macam ni. sis pula yang emo bila tengok scene ni.

Have A Crush On You (2023) | Review Chinese Drama

first episode nampak Zhi Qian masih ada perasaan pada bekas isterinya tapi setakat episod yang aku tengok langsung tak nampak effort dia nak tawan semula hati Liu Zheng. peluang yang ada bila dapat bekerja bersama tak diguna dengan sebaiknya tapi dibuli pula Liu Zheng.

lakonan Wang Chu Ran dan Peng Guan Ying sebagai watak utama dalam drama ni memang best tapi itulah aku tak suka watak hero dia dan tak nampak chemistry antara kedua pelakon ni. selalunya aku boleh je bertahan dengan slow romance tapi entahlah dalam drama ni tak ada scene yang buat aku crush sekali dengan hero dia. pendek cakap penat tengok hubungan yang pasangan dia langsung tak bagi effort.

Post a Comment

3 Comments

  1. Alahaiiiiii akak yang baca pun penat bila hero buat dek je takde feeling nak tawan hati heroin. KUt dia jadi romantis emm baru le heroin tertawan balik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki..mula tu macam dia tak boleh move on lagi xtau kenapa senang sangat nak kahwin. bila kali kedua ingatkan nak berubah tapi tak juga. penat tengok sampai 10 episod pun takde progress dengan hero, terus malas nak sambung..haha

      Delete
  2. letih tengok genre mcm ni...mmg x suka kalau pompuan je yg asyik kejar hero..

    ReplyDelete