Dinasari (TV2) | Sinopsis Drama

Dinasari (TV2) | Sinopsis Drama

Drama : Dinasari
Produksi : Sixbase Resources Sdn Bhd
Pengarah : Hasnul Hadi
Penulis Skrip : Haswida Abu Bakar
Siaran : TV2
Mula Tayangan : 20 Februari 2023
Masa : Isnin-Selasa | 8.00 Malam
Episod : 8
Pelakon : Zera Haris, Muaz Fitri, Hanna Aqeela, Azman Jantan, Dilla Ahmad, Syean Mokhtar, Han Budak Cina, Lenny Jemat, Tengku Tieya

Saksikan drama Dinasari lakonan Zera Haris dan Muaz Fitri yang bersiaran mulai 20 Februari 2023, pada setiap hari isnin dan selasa jam 8.00 malam di tv2.

Dinasari (TV2) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Dinasari

Kerana terlalu skeptikal tentang sejarah legenda Mahsuri, seorang gadis secara misteri telah kembali ke tahun 1700-an dan hidup sebagai Dinasari, gadis Langkawi yang sedang dipersiapkan untuk diserahkan kepada Raja Siam sebagai isteri ke-11.

Bermula dengan setelah hampir terkena panahan petir, Tian seorang siswi bidang sejarah yang tidak yakin dengan kebenaran sebahagian sejarah Mahsuri, malah menganggapnya sebagai mitos, ‘dihantar’ mindanya ke tahun 1700-an di Pulau Langkawi sebagai Dinasari, gadis yang sedang dipersiapkan untuk diserahkan kepada Raja Siam, pemerintah kerajaan Ayuthia, sebagai isteri ke-11.

Jajahan takluk kerajaan Ayuthia sangat luas, sampai ke Kedah dan kerajaan Kedah terpaksa membayar bunga ufti emas setiap tiga tahun, sebagai pelindung.

Ketika terlantar tidak sedarkan diri dihospital, minda di bawah sedar Tian berfikir dan bertindak sebagai Dinasari. Dia harus menyekat Deramang dan Mahsuri daripada menjadi mangsa fitnah Wan Mahora, isteri Dato’ Pekema Jaya, wakil Sultan Kedah di Pulau Langkawi atau dia ‘tidak dapat kembali’ semula ke tahun 2022. Ikuti kesudahannya di TV2.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments