Telefilem : Ara
Produksi : Padi Picture Sdn Bhd
Pengarah : Tam Suhaimi
Siaran : TV3
Tayangan : 26 Mei 2020
Pelakon : Mimi Lana, Adam Lee, Hafidz Roshdi, Ruhanies, Aida Aris, Josiah Hogan, Fatin Afifah
SINOPSIS:
Ara merupakan personaliti TV dibawa kekasihnya Arman bertemu bakal mertuanya, Pn Adibah. Kewujudan anak kecil di rumah Ara bernama Mila membuka peluang kepada Raudah
Mengisahkan Ara lakonan Mimi Lana seorang personaliti TV sebuah program terkenal bercinta dengan Arman (Adam Lee) dan selepas setahun mereka bercinta, Ara bertemu dengan ibu Arman iaitu Puan Adibah (Aida Aris).
Pada mulanya, Puan Adibah senang menerima kehadiran Ara sebagai teman istimewa anaknya walaupun dia mengetahui latar belakang Ara kurang jelas dan dibesarkan di rumah anak yatim.
Puan Adibah mempunyai seorang pembantu peribadi bernama Raudhah (Ruhanies) yang kebetulan pernah membuat latihan praktikal di tempat Ara. Jadi, Puan Adibah nak kenal lebih mengenai Ara melalui Raudhah.
Malangnya Raudhah membuat cerita buruk mengenai Ara sehingga Arman dan Puan Adibah percaya dengan cerita yang dibawa Raudhah padahal Raudhah bukan kenalan rapat Ara pun setakat intern di tempat kerja Ara lepas tu sibuk nak bawa cerita buruk mengenai Ara yang dia sendiri tak tahu kesahihan cerita tersebut.
Kehidupan Ara juga diuji dengan fitnah yang dibuat oleh Raudhah. Arman dan Puan Adibab bukan sahaja tidak dapat menerima Ara malah siap menghina lagi. Wartawan dan netizen juga turut mengecam Ara dan kerana gosip tersebut juga, Ara telah ditukarkan dari pengacara utama kini menjadi wartawan lokasi.
agak annoying dan geram juga dengan perangai manusia dalam cerita ni yang terlalu cepat menghukum tanpa memberi peluang kepada Ara untuk menjelaskan perkara sebenar.
tapi apa yang berlaku ada hikmah juga sebab selepas kejadian tersebut, Ara berazam mahu berubah menjadi lebih baik tapi bukan mudah juga sebab masih ada lagi manusia yang memandang serong pada Ara walaupun dia sudah berhijab.
Suatu hari, Ara mendapat peluang untuk menemuramah seorang pendakwah bebas bernama Taufik (Hafidz Roshdi). Pada mulanya Ara tidak berkenan dengan attitude Taufik sebab Taufik selalu mengelak dari interview, lepas tu bila bercakap langsung tak pandang muka perempuan.
tapi kemudiannya Ara tersedar yang dirinya tak suka dengan sikap suka melabel dan judge orang sesuka hati tapi dia buat benda yang sama pada Taufik tanpa mengenali diri Taufik terlebih dahulu. so dari situ Ara belajar untuk menjadi lebih baik, daripada Taufik juga Ara dapat belajar lebih banyak perkara.
Telefilem Ara bukan sebuah kisah cinta tapi jalan ceritanya menarik dan penuh pengajaran. walaupun Ara diuji dengan banyak benda tapi kalau kita bersabar dan berserah kepada Allah, pasti segala urusan kita akan dipermudahkan-Nya. orang yang kuat juga ialah orang yg dapat menguasai dirinya ketika marah. nice ending walaupun nampak simple sangat.
Baca juga :
0 Comments