Projek : High Council (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Projek : High Council (Astro Citra) | Sinopsis Drama

Drama : Projek: High Council
Produksi : Pasal Productions Sdn Bhd
Pengarah : Anwari Ashraf, Ika Zakaria
Penulis Skrip : Anwari Ashraf, Zulaikha Zakaria, Amira (Mya) Nasiruddin, Luqman Ghazali, Zaharin Zabir, Zulaikha Zulhaimi, Samuel Sin
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 14 Januari 2023 (Astro OnDemand & Astro GO), 
23 Januari 2023 (Astro Ria)
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Episod : 10

Saksikan Projek: High Council yang bersiaran mulai 23 Januari 2023 setiap hari isnin pukul 9.00 malam di Astro Ria, atau strim awal di Astro OnDemand dan AstroGo bermula14 Januari ini.

Astro Originals menerbitkan drama terbaru, Projek: High School yang diinspirasikan dari kisah benar kegiatan buli, diskriminasi dan perkauman dalam kalangan pelajar sekolah berasmara penuh yang berlaku di Malaysia  

High Council merupakan francais "Projek" selepas drama premium popular, Projek Anchor SPM (2020) berkisarkan tentang dua beradik, Fakri dan Naim yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak dan bertemu semula di KUDRAT, sebuah sekolah asrama berprestij tinggi.


Projek : High Council (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Pelakon Drama Projek : High Council

  • Nadhir Nasar sebagai Naim
  • Mierul Aiman sebagai Fakhri
  • Amir Ahnaf sebagai Kahar
  • Naim Daniel sebagai Ayam
  • Yusof Hashim sebagai Amirr
  • Daiyan Trisha sebagai Mia
  • Sazzy Falak sebagai Pn. Faniza
  • Ben Tan sebagai Mr. Sin
  • Sathisvaran M Magesvaran sebagai Prakash
  • Kahoe Hon sebagai Jay Tan
  • Fadhli Masoot sebagai Hakeem
  • Fazziq Muqris sebagai Zahrin
  • Ameer Asyraf sebagai Fahmi
  • Muzayyin Mahyuddin sebagai Ikhsan
  • Hazeeq Dean sebagai Ariz
  • Aida Aris sebagai Idah
  • Azhar Sulaiman sebagai Firdaus
  • Edika Yusof sebagai Harun


Projek : High Council (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Projek : High Council 

Demi niatnya untuk berubah pada usia 15 tahun, Fakhri, seorang pelajar yang bijak tetapi sering terlibat dalam pergaduhan, telah diterima untuk memasuki sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Namun, apabila Fakhri merungkai rahsia di sebalik tradisi sekolah tersebut, secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin memanjat heiraki “High Council”.

Nekad untuk menghentikan segala ketidakadilan dan salah guna kuasa yang berlaku di kalangan pelajar, Fakhri memasuki gelanggang “Pilihanraya”, pertandingan yang dilangsungkan secara sulit untuk menentukan “Kepala” di sekolah tersebut. Walaupun dia tahu pilihannya ini bakal berdepan dengan sesuatu yang terlalu sukar buatnya, berjayakah Fahkri merebut takhta menjadi "kepala"? Apakah yang kesukaran yang bakal dia depani demi mencapai matlamatnya?

Post a Comment

1 Comments