Poong, The Joseon Psychiatrist (2022) | Review Drama Korea

Poong, the Joseon Psychiatrist (2022) | Review Drama Korea

Title : Poong, The Joseon Psychiatrist (Season 1)
Director : Park Won Gook, Kang Hee Ju
Screenwriter : Lee Bom
Network : TVN
Release Date : 1 August 2022
Episodes : 12
Duration : 1 hour 15 minutes
Genre : Historical, Mystery, Romance, Medical
Cast : Kim Min Jae, Kim Hyang Gi, Kim Sang Kyung, Yoo Sung Joo, Jung Wong Chang, Kim Soo An, Ahn Chang Hwan, Oh Kyung Joo, Kim Hak Seon, Jeon Guk Hyang

SYNOPSIS:
Yoo Se Poong’s legendary abilities as a physician are well-known in the royal palace. Nonetheless, he was expelled from the royal court when his involvement in a conspiracy against the royal family came to light. He moves and begins work in the strange but beautiful Gyesu Village. 

There he meets Kye Ji Han, Sorak Village’s grumpy old doctor with a heart of gold. Upon the encounter with Yoo Se Poong, Kye Ji Han is motivated to transform the young doctor into one who heals hearts.

Poong, The Joseon Psychiatrist (2022) | Review Drama Korea

Poong, The Joseon Psychiatrist mengisahkan Yoo Se Yeop (Kim Min Jae) seorang tabib muda yang berbakat besar dan mempunyai kemahiran menggunakan akupuntur sehingga Maharaja memberikan jawatan ketua akupuntur paling atas kepadanya. 

Suatu hari, Maharaja diserang penyakit misteri dan meminta Se Yeop merawat dirinya kerana tidak tahan lagi menanggung kesakitan tersebut. Malangnya rawatan tersebut gagal, baginda mangkat dan Se Yeop dipenjarakan kerana dituduh membunuh raja.

Menteri Yoo (Jang Hyung Sung) yang merupakan bapa kepada Se Yeop cuba menyiasat misteri sebalik kemangkatan baginda untuk membersihkan nama anaknya. Akan tetapi Menteri Yoo juga turut dibunuh ketika dalam perjalanan untuk memberitahu New King tentang bukti yang dia baru temui.

Poong, The Joseon Psychiatrist (2022) | Review Drama Korea

New King (Oh Kyung Joo) meletakkan semua kesalahan pada kematian Menteri Yoo dengan menarik balik semua pinggat beliau dan Yoo Se Yeop pula dihukum buang negeri.

sebenarnya Raja tahu semua ini permainan politik pembesar dalam istana yang cuba meletakkan semua kesalahan pada Yoo Se Yeop lagi pula Se Yeop merupakan kawan baik baginda. tapi Raja tiada bukti untuk menangkap pembunuh sebenar so terpaksa meletakkan segala hukuman pada keluarga Yoo dengan harapan dapat melindungi Se Yeop.

dalam tempoh tersebut, Raja cuba menyiasat secara rahsia pembesar yang berkomplot untuk memberontak dan meracun ayahnya.

Poong, The Joseon Psychiatrist (2022) | Review Drama Korea

Selepas dibuang negeri, Yoo Se Yeop mengembara bersama orang suruhannya, Man Bok (Ahn Chang Hwan) sehingga sampai ke sebuah kampung bernama Sorak dan bertemu dengan seorang tabib di situ iaitu Kye Ji Han (Kim Sang Kyung).

actually kematian raja sangat meninggalkan kesan pada Se Yeop sampai dia trauma dan tangan dia akan mengigil setiap kali pegang jarum. Se Yeop hampir mahu berputus asa untuk menjadi tabib tapi Kye Ji Han ada trick sampai boleh buat Se Yeop tinggal di situ dan menolongnya merawat orang kampung.

Walaupun tak dapat menggunakan jarum, Se Yeop menggunakan kepakarannya untuk menyelesaikan pesakit yang mempunyai masalah hati seperti kemurungan dan anxiety.

Poong, The Joseon Psychiatrist (2022) | Review Drama Korea

Se Yeop kemudiannya bertemu dengan Seo Eun Woo (Kim Hwang Gi) anak gabenor di situ yang mengalami depression yang teruk selepas berkahwin kerana dituduh membawa malang oleh ibu mertuanya apabila suaminya meninggal dunia pada malam perkahwinan mereka.

Tidak lama kemudian Eun Woo semakin pulih lalu membuat keputusan untuk meninggalkan keluarga mertuanya dan belajar perubatan dengan tabib Kye Ji Han sebab sebelum berkahwin lagi, Eun Woo berminat membedah mayat jadi dia nak belajar lebih lagi untuk menjadi tabib wanita.

Se Yeop dan Eun Woo semakin rapat dan selalu bekerjasama merawat masalah pesakit mereka supaya mereka dapat menemui kebahagiaan masing-masing. Se Yeop juga bagi galakan dan sokongan pada Eun Woo untuk belajar akupuntur.

Poong, The Joseon Psychiatrist (2022) | Review Drama Korea

first episode best sebab berkait dengan konflik politik dan pembesar yang cuba menggulingkan kerajaan. episod selepas itu lebih kepada Yoo Se Yeop cuba menyelesaikan masalah pesakitnya seperti anak yang didera dalam diam, pasangan bercinta yang terhalang kerana darjat, isteri yang mengalami tekanan rumahtangga dan banyak lagi.

so setiap episod ada hint sikit kes misteri kemangkatan maharaja. Yoo Se Yeop kemudiannya dapat tahu ada menteri hantar orang untuk membunuh sebab nak halang rahsia mereka terbongkar. Mastermind dia agak licik tapi ada watak jahat yang bodoh-bodoh mendominasi setiap episod, jadi nyampah sebab liat betul nyawa dia nak mati.

Poong, The Joseon Psychiatrist (2022) | Review Drama Korea

aku tengok drama ni sebab nampak pendek dengan 12 episod, sampai kat ending aku jadi blur kejap sebab ending dia tergantung habis. bila google baru kutahu rupanya ada musim kedua. maybe musim kedua lebih kepada Se Yeop jadi tabib kepada maharaja dan masalah yang berlaku dalam istana.

bagi aku, plot dia menarik tapi tak cukup kuat sampai nak kena ada sambungan, setiap episod lebih kepada masalah pesakit tapi pelik juga bila Yoo Se Yeop sebagai psychiatrist tak pernah try hard nak rawat masalah sendiri. 

overall, not bad tapi bolehlah nak layan secara santai-santai, orang cakap sebagai healing drama gitu.

Post a Comment

1 Comments

  1. Nr layan season 1...gigih nak habiskan..x sabar nk.msk season 2 plk hehe

    ReplyDelete