Calon Syurga (TV3) | Review Telefilem

Calon Syurga (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Calon Syurga
Produksi : Rashbir Media Sdn Bhd
Pengarah : Rashid Sibir
Penulis Skrip : Rashid Sibir, Basri Musa, Nora Sham, Hajis Sipir
Siaran : TV3
Tayangan : 11 Jun 2016
Pelakon : Shukri Yahaya, Jalil Hamid, Norlia Ghani, Oktovia Manrose, Nazrief Nazri, Adam Shahz, Razali Abd Ghani, Nur Amisah, Asrizal Jais

Calon Syurga (TV3) | Review Telefilem

Calon Syurga mengisahkan Aliff (Shukri Yahaya) yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya sehingga membesar jadi anak tak guna. Aliff tidak mempunyai pelajaran dan juga kerja, masanya banyak dihabiskan dengan berlumba haram pada waktu malam.

Pak Abu (Jalil Hamid) dan Mak Tom (Norlia Ghani) kecewa dengan anak mereka yang langsung tidak berubah. Walaupun sudah tua tetapi Pak Abu dan Mak Tom terpaksa membanting tulang mencari rezeki untuk mereka tiga beranak. Pak Abu bekerja sebagai nelayan manakala Mak Tom pula suri rumah dan menjual nasi lemak secara kecil kecilan.

Suatu hari, Pak Abu memarahi Aliff kerana mengambil duit modal berniaga Mak Tom. Hal ini menyebabkan mereka bergaduh besar sehingga Aliff membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan tinggal di rumah kawannya, Mail (Adam Shahz).

Calon Syurga (TV3) | Review Telefilem

Biasalah bila bapa bergaduh dengan anak, emaklah yang paling susah hati. Bagi Pak Abu, dia malas nak pujuk Aliff balik sebab nak bagi Aliff rasa susah hidup kat luar sana. Tapi Mak Tom pula, hari-hari rindukan Aliff dan menyuruh suaminya mencari Aliff.

Tidak lama kemudian, Mak Tom diserang angin ahmar menyebabkan sebelah kakinya lumpuh menyebabkan dia tidak dapat berniaga. Pak Abu menjaga isterinya dengan baik tapi dalam masa yang sama perlu turun ke laut untuk mencari rezeki.

Calon Syurga (TV3) | Review Telefilem

Aliff duduk dengan Mail pun masih juga tak berubah sebab Mail tu pun geng rempit dia. Suatu hari, Dina (Octovia Manrose), teman wanita Aliff datang berjumpa Aliff beritahu yang ada orang masuk meminang.

Dina minta Aliff segera belikan cincin pertunangan untuknya sebab bapa dia dah bagi syarat kalau Aliff dapat sediakan cincin dalam tempoh satu hari, bapanya akan tolak pinangan tersebut dan terima Aliff.

Aliff kan kerja tanam anggur so boleh ke Aliff cari duit dalam masa sehari untuk beli cincin pergi meminang Dina?

Calon Syurga (TV3) | Review Telefilem

Masalah si Aliff ni terlalu dimanjakan dan salah memilih rakan. Ada je rakan dia yang baik macam Ali (Nazrief Nazri) tapi ada je benda yang dia tak puas hati pasal Ali. bila Ali offer kerja di kandang kambingnya, pelbagai alasan yang diberi oleh Aliff.

Yang Dina pun satu hal juga, jenis desperate sangat nak kahwin dengan Aliff apahal? betullah mak bapa dia cakap, Aliff satu kerja pun takde esok lusa siapa nak tanggung bini. sepatutnya kalau kau cinta mati sangat dengan Aliff cuba nasihat sikit boyfriend tu suruh cari kerja dan berubah jadi manusia berguna sikit. ini tak habis sembang bab kahwin, aku pula yang rimas dengan perempuan ni.

Dipendekkan cerita hidup Aliff tak berkat then dapat hidayah untuk berubah dan balik jaga mak dan ayah dia. ayah dia pun sakit juga sampai tak mampu nak turun laut. Emaknya gembira sangat dengan perubahan Aliff tapi ayahnya masih lagi dingin. Adakah ayahnya dapat menerima semula dan mengampunkan segala dosa Aliff?

Calon Syurga sebuah telefilem arahan Rashid Sibir, tengok drama ni rasa macam versi lain cerita Pondok Buruk. Pondok Buruk, mak dan ayah hidup naif tak dipedulikan oleh anaknya yang berjaya. Calon Syurga lebih kurang je bezanya anaknya dahlah malas cari kerja tak berguna pula tu. Overall, nice story dan penuh dengan pengajaran. 

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments