Drama : Bawah Blok
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Amin Shakib, Raja Azidah Raja Jaafar
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 5 Januari 2023
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 13
OST/ Lagu Tema : Cinta Hati (Suff Ahmed & Hullera)
Pelakon : Harissa Adlynn, Faiz Izzat, Amelia Christie, Ahmad Adly, Preti Kaur Gill, Luqman Faiz, Syafiq Putra, Maria Farida, Rusdi Ramli, Aida Aris, Yasmin Hani, Aliza Rafar, Ariel Izz, Rosli Ahmad Adam, Shakira Stephen, Hisham Zainal, Zahir Deck, Norlia Ghani
Saksikan drama Bawah Blok bersiaran mulai 5 Januari 2023, setiap hari rabu hingga sabtu jam 9.00 malam di slot Lestary TV3.
Review Drama Bawah Blok Episod 1
Bawah Blok mengisahkan persahabatan lima remaja yang tinggal di flat yang sama iaitu Alana (Harissa Adlynn), Kamil (Faiz Izzat), Zain (Ahmad Adly), Natrah (Amelia Christie) dan Devi (Preti Kaur Gill). Mereka berjanji untuk saling menjaga dan tidak jatuh cinta antara satu sama lain.
Mereka berlima mempunyai pelbagai latar belakang dan masalah tersendiri. Alana mempunyai konflik dengan ayahnya, Hassan (Rusdi Ramli) yang tidak suka melihat dia melepak membuang masa dengan budak flat yang lain. Kamil bekerja sebagai penghantar makanan mempunyai ibu bapa yang kerap bergaduh. Zain pula mahu menyambung pelajaran tetapi mempunyai masalah kewangan.
Manakala Natrah dan Devi dibesarkan oleh ibu tunggal. Natrah tidak suka dengan ibunya, Nazimah (Yasmin Hani) yang bekerja di kelab malam. Devi bercita-cita mahu menjadi pemuzik tapi tidak direstui oleh ibunya.
dari jalan cerita tak banyak sangat benda yang fresh sebab konflik berkisarkan masalah remaja dengan konflik yang berlaku dalam keluarga dan kawan, so tak hairan kalau jumpa komen ramai yang cakap Bawah Blok ada vibe Budak Tebing sebab konflik lebih kurang je tapi baru first episod, masih terlalu awal untuk buat kesimpulan.
setakat ni watak Natrah agak annoying sebab suka cari gaduh. Adakah sikap negatif Natrah yang menjadi punca keretakan dalam persahabatan mereka berlima?
Sinopsis Drama Bawah Blok
Mengisahkan persahabatan sekumpulan lima remaja iaitu Alana, Kamil, Natrah, Zain dan Devi yang tinggal di rumah pangsa kos rendah dan sentiasa menjadikan kawasan bawah blok itu sebagai ‘port’ pertemuan mereka.Di bawah blok rumah flat mereka, mereka sering berbincang dan berkongsi masalah, suka dan duka dan berjanji akan mengekalkan persahabatan yang telah dibina sejak kecil. Mereka juga berjanji tidak akan bermain cinta antara satu sama lain. Namun, dalam diam, Kamil menyayangi Alana, manakala Natrah (ketua kumpulan) menyayangi Kamil.
Baca juga :
0 Comments