The Sand Princess (2019) | Review Drama Thailand

The Sand Princess (2019) | Review Drama Thailand

Title : The Sand Princess
Director : Pin Kriengkraisakul
Screenwriter : Tinna Simapaisal
Network : GMM TV
Release Date : 24 August 2019
Episodes : 14
Duration : 45 minutes
Genre : Romence, Comedy
Cast : Baifern Pimchanok, Dan Worrawech, March Chutavuth

SINOPSIS:
Kodnipa is an orphan who went to the city to pursue her education. There, she met a wealthy heir, Jirapat, whom she began to work for by performing routine tasks for him. Things get complicated when Jirapat impregnates a girl that Kodnipa knows, who later abandons the baby at Kodnipa's house. 

Unable to claim the child as his own, Jirapat proposes to Kodnipa that she could take the child. He offers her two million baht, a condo, and a monthly wage in exchange for her raising the baby. Should she decline, the child would be sent to an orphanage. Kodnipa reluctantly accepts as she’s totally against sending the child to the orphanage. 

In time, she starts to love Mochi, as her own. When her life becomes entangled with that of Jirapat’s older brother Kirakorn, a complicated relationship results between the two men.

The Sand Princess (2019) | Review Drama Thailand

The Sand Princess mengisahkan Kodnipa atau Kot (Baifern Pimchanok) yang berkawan baik dengan Jirapat (March Chutavuth) semasa di universiti. Kot seorang anak yatim piatu dan sanggup melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupannya.

Jirapat pula anak orang kaya jadi dia selalu mengupah dan menggunakan Kot untuk menyiapkan pelbagai kerja termasuk assignment dia. pendek cakap Kot ni macam mata duitan sikit, kalau ada duit semua kerja jalan.

The Sand Princess (2019) | Review Drama Thailand

Selepas tamat pengajian, masing-masing membawa haluan sendiri sehingga setahun kemudian Jirapat tiba-tiba kembali ke Thailand kerana bosan belajar di luar negara. Belum sempat Kot nak membebel, mereka dikejutkan dengan sebuah kotak yang diletak di hadapan rumah Kot, terkejut Jirapat bila tengok bayi dalam tu dan terus panik bila surat yang ditinggalkan mengatakan bayi tersebut adalah anaknya.

Jirapat mengupah Kot untuk menjaga dan ibu kepada bayi tersebut sebab tak nak ahli keluarganya tahu tentang bayi tersebut. last sekali Kot terpaksa bersetuju sebab tak sanggup tengok bayi itu dihantar ke rumah anak yatim.

Sepanjang dua tahu menjaga Moji, kehidupan Kot seperti seorang ibu tunggal apabila Jirapat bersikap lepas tangan dan dia perlu menguruskan segala berkaitan Moji. 

The Sand Princess (2019) | Review Drama Thailand

Kirakorn merupakan jiran Kot berasa kesian melihat Kot menguruskan anak seorang diri. Dalam satu insiden, hubungan Kirakorn dan Kot bertambah rapat tapi bila Kirakorn tahu yag adiknya iaitu Jirapat adalah ayah Moji terus dia mengamuk sebab sekarang Jirapat sudah bertunang dengan Aff yang merupakan model terkenal dan bapanya pula pelabur terbesar dalam syarikat Kirakorn.

sekiranya pelaburnya dapat tahu Jirapat mempunyai anak, ini akan memberi kesan kepada syarikat Kirakorn. Untuk menyelesaikan hal tersebut, Kirakorn mengajak Kot berkahwin dengannya kiranya kahwin kontrak dan memberitahu kepada semua orang yang Moji merupakan anak mereka berdua.

The Sand Princess (2019) | Review Drama Thailand

Selepas Kirakorn dan Kot berkahwin muncul masalah lain pula apabila Jirapat sedar hubungannya pada Kot mahu mendapatkan semula Kot. Aff pula yang dulu teman wanita Kirakorn juga mula mengacau rumah tangga Kirakorn dan Kot.

Hubungan Kirakorn dan Kot yang mulanya sekadar lakonan mula bertukar menjadi cinta. Adakah mereka dapat mempertahankan rumah tangga mereka?

tema kahwin kontrak bunyi macam klise tapi best juga tengok drama ni sebab kelakar. suka tengok chemistry Dan dan Baifern, nampak comel sangat pastu ada Moji lagilah comel. overall nice drama.

Post a Comment

0 Comments