Sapai Import (2020) | Review Drama Thailand

Sapai Import (2020) | Review Drama Thailand

Title : Sapai Import
Network : Channel 7
Release Date : 28 January 2020
Episode : 17
Duration : 1 hour 30 minutes
Genre : Romantic Comedy, Family
Cast : Mik Thongraya, Min Peechaya, Jaibua Hidding,  Akrabhaj Bunnag, Savitree Samipak, Jukkaphan Wongkanit, Sirin Kohkiat, Rachaya Rakkasikorn, Sarut Vichitrananda

SINOPSIS: 
Don is the grandson of a very famous farm owner. When Don's grandfather died, he conditionally named Don as his successor. To receive the farm, Don had to marry and have a child within a year. Otherwise the farm would be awarded to his cousin's brother. 

Don's mother loved Lisa like a daughter, so she pushed them toward marriage. At first, both of them rejected the marriage. Then Don's mother announced that she was going to die soon, so Lisa accepted as a sign of gratitude. Since Don and Lisa don't love each other, they agreed to pretend to be married for 6 months.

Sapai Import (2020) | Review Drama Thailand

Sapai Import mengisahkan Don (Mik Thongraya) dikehendaki berkahwin dan mempunyai anak dalam tempoh setahun sebagai syarat untuk mewarisi ladang milik datuknya. jika tidak semua harta warisan datuknya akan diserahkan kepada sepupunya, Pitarn.

Hal ini agak sukar untuk Don sebab belum terbuka hati untuk berkahwin selepas kematian tunangnya. Jadi terpaksa ibu Don, khun Orn (Savitree Samipak) campur tangan dan merancang menjodohkan Don dengan Lisa (Min Peechaya).

Lisa pula baru sahaja pulang ke Thailand dikejutkan dengan berita ayahnya muflis dan berdepan dengan masalah. Khun Orn dapat tahu tentang masalah keluarga Lisa datang membantu menyelesaikan hutang ayahnya dengan syarat Lisa mesti berkahwin dengan anaknya.

Sapai Import (2020) | Review Drama Thailand

Khun Orn memang suka sangat dengan Lisa, mereka pernah berjumpa waktu dia melancong di luar negara dan terjatuh hati dengan kebaikan Lisa membantunya ketika itu.

tapi bukan mudah nak menjodohkan Lisa dan Don sebab masing-masing macam anjing dan kucing, pantang berjumpa mesti bergaduh. bila disuruh berkahwin lagilah kedua-duanya terus membangkang.

akhir sekali, Don dan Lisa setuju juga untuk berkahwin kerana helah Khun Orn yang kononnya dia sudah menderita sakit dan mempunyai masa enam bulan lagi untuk hidup. jadi terpaksalah mereka menunaikan hasrat terakhir khun Orn. kuat drama betul makcik ni!

Sapai Import (2020) | Review Drama Thailand

konflik dalam drama ni kebanyakkan datang dari orang sekeliling mereka yang mahu merampas harta pusaka dan memporak-perandakan rumah tangga dan Lisa.

Konflik pertama adalah Pitarn dan emaknya yang tidak berpuas hati dengan Don so mereka cara jalan supaya Don tidak memenuhi syarat dalam wasiat tersebut.

Manakala Ratree pula sudah lama menyimpan perasaan pada Don tidak berpuas hati apabil Don mengahwini Lisa. banyak rancangan jahat dan taktik kotor Ratree ni tambahan pula dia cucu angkat kesayangan nenek Don lagilah berani buat kerja jahat ni sebab depan nenek Don dia pusing cerita supaya Nenek Don akan backup dia. perempuan ni seriusly psiko giler.

Sapai Import (2020) | Review Drama Thailand

yang bestnya heroin dia jenis strong dan tak senang kena buli. Don nak buli Lisa pun tak dapat inikan pula Ratree. Lisa pula menantu kesayangan Khun Orn, walaupun nenek Orn tak habis back up Ratree tapi Khun Orn tak akan berdiam diri tengok menantunya ditindas.

best juga tengok Lisa sangat rapat dengan Khun Orn dan adik Don, Rin. Don pula yang macam anak angat dalam keluarga. bila mereka bergaduh mesti Don dipersalahkan dan disisihkan oleh khun Orn. kesian Don..haha

Sapai Import (2020) | Review Drama Thailand

suka tengok progress antara Rin dengan Doktor Mee yang merupakan kawan baik Don. Rin dah lama suka pada Dr Mee tapi dia cuma anggap Rin seperti adiknya. lagi pula stok girlfriend kemain ramai, macam manalah Dr Mee nak perasan Rin suka pada dia.

comel pasangan ni dan mereka ni juga selalu jadi orang tengah selesai masalah bila Don dan Lisa bergaduh.

Sapai Import (2020) | Review Drama Thailand

Walaupun Lisa dan Don rajin bergaduh tapi selalunya mereka bergaduh hal yang remeh temeh tapi bila orang luar mengacau automatik dua orang ni bergabung melawan musuh. kiranya bukan senang orang luar nak pisahkan mereka sebab kepercayaan antara mreka sangat kuat so mudah sangat nak menepis rancangan jahat orang luar.

Overall, plot agak klise tapi menarik juga sebab kelakar dan chemistry yang kuat antara Don dan Lisa menjadi penyeri utama drama Sapai Import.

Post a Comment

1 Comments

  1. wah bestnya dah macam citer cowboy dolu2. Tapi memang le kalau citer thai famili depa banyak no pengacau apa lagi kalau melibatkan harta.

    ReplyDelete