Review Movie | Spilt Gravy : Ke Mana Tumpahnya Kuah (2022)

Review Movie | Spilt Gravy : Ke Mana Tumpahnya Kuah (2022)

Filem : Spilt Gavy: Ke Mana Tumpahnya Kuah
Produksi : ZSA Production
Pengarah : Zahim Albakri
Siaran : Netflix
Tayangan : 9 Jun 2022
Durasi : 1 jam 55 minit
Pelakon : Rahim Razali, Rahim Albakri, Sean Ghazi, Na’a Murad, Bernice Chauly, Juliana Ibrahim, Bernie Chan, Carliff Ridzwan Carleel, Joelah Charles, Junji Delfino, Amerul Affendi, Nam Ron, Harith Iskander, Dara Othman, Ida Nerina, Melissa Saila, Sabrina Hassan, Diana Danielle, Nanu Baharudin

Review Movie | Spilt Gravy : Ke Mana Tumpahnya Kuah (2022)

Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah mengisahkan Bapak (Rahim Razali) yang mahu mengadakan makan malam bersama lima orang anaknya tapi mengubah masa ke malam tersebut juga pada saat akhir apabila mengetahui dia tidak mempunyai banyak masa lagi.

Bapak mahu membincangkan mengenai wasiat iaitu rumah keluarga mereka yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Adakah anak-anaknya menerima mesej dan menghadiri makan malam keluarga yang berlaku secara mendadak?

Review Movie | Spilt Gravy : Ke Mana Tumpahnya Kuah (2022)

Kelima-lima anak bapak dari hasil perkahwinannya dengan lima orang isteri, kecuali ibu Zak yang meninggal dunia, mereka semuanya tinggal serumah. setelah dewasa masing-masing membawa haluan sendiri dan mempunyai masalah tersendiri.

Zak (Zahim Albakri) hidup tidak menentu dengan masalah hutang. Darwish (Na'a Murad) seorang pensyarah dan tinggal dengan bapak di rumah keluarga mereka setelah bercerai. Husni (Sean Ghhazi) pula anak paling berjaya antara semua tapi mempunyai hubungan songsang dan mahu berubah.

Kalsom (Bernice Chauly) seorang pengulas filem dikritik hebat apabila dia cuba menerbitkan filem pertamanya. Manakala Zaitun (Juliana Ibrahim) anak yang paling bongsu merupakan seorang isteri dan ibu banyak menghabiskan masanya dengan melepak bersama kawannya.

Review Movie | Spilt Gravy : Ke Mana Tumpahnya Kuah (2022)

Penggambaran filem Split Gravy tamat pada tahun 2011 so agak lama juga filem ini diperam. kalau ditayangkan waktu itu maybe akan terima kritikan sebab watak grim reaper lakonan Harith Iskandar dan Jit Murat.

Keluarga bapak secara realitinya memang wujud dalam masyarakat cuma jarang diketengahkan tapi pengarah ni nak bawakan isu sensitif berkaitan sosial dan kepercayaan ke dalam filem beliau. so kena tengok filem ini dengan hati baru boleh enjoy the whole story.

walaupun filem ni dah lama shoot tapi penceritaannya masih relevan, visual dan cinemtography dia menarik dan cantik.

Review Movie | Spilt Gravy : Ke Mana Tumpahnya Kuah (2022)

bagi aku, durasi filem ini agak panjang dan penceritaan di first half agak serabut dengan masalah kelima-lima anak Bapak. tapi flow penceritaan dia sebenarnya agak menarik dan smooth sebab dari sini kita tahu apa sebenarnya masalah yang terjadi antara kelima-lima beradik ini dan ada rahsia gelap yang disimpan oleh bapa mereka.

penceritaannya lebih fokus kepada hubungan bapak dengan anak-anaknya yang berbeza perwatakan. Walaupun tahu anak-anaknya bersaing untuk mendapatkan hak milik rumah tersebut tapi sebelum kepergiaannya, bapak cuba menyatukan kembali hubungan lima beradik ini. 

overall, nice movie untuk ditonton sebab banyak pengajaran dan mesej yang cuba disampaikan dalam filem Spilt Gravy.

Post a Comment

0 Comments