Review Movie | Ghost Writer (2019)

Review Movie | Ghost Writer (2019)

Title : Ghost Writer
Director : Bene Dion Rajagukguk
Screenwriter : Bene Dion Rajagukguk, Nonny Boenawan
Release Date : 4 Jun 2019
Duration : 97 minutes
Genre : Horror, Comedy
Cast : Tatjana Saphira, Ge Pamungkas, Deva Mahenra, Asmara Abigail, Endy Arfian, Slamet Raharjo

SYNOPSIS:
An old diary containing dark secrets is found by Naya, a novelist who has been on a writer's block for 3 years. This book contains great materials for her latest novel, but something unexpected starts to happen.

Review Movie | Ghost Writer (2019)

Naya (Tatjana Saphira) seorang penulis novel bestseller menghadapi masalah untuk terbitkan buku keduanya apabila berada dalam fasa writer block. Dalam masa tiga tahun itu, dia terpaksa bergantung kepada royalti buku pertamanya untuk menyara diri dan adiknya, Darto (Endy Arfian) yang masih bersekolah.

Wang simpanan semakin menyusut menyebabkan Naya membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang lebih murah sewanya. Darto mempertikaikan keputusan Naya menyewa rumah banglo tersebut sebab dia sendiri pelik, banglo yang besar boleh dapat sewa rumah. 

Review Movie | Ghost Writer (2019)

Naya dan Darto mula diganggu sejak hari pertama berpindah ke situ. Darto pula jenis yang penakut, rasa tak selesa untuk terus tinggal di situ tapi Naya terpaksa berkeras dengan keputusannya sebab tak ada duit untuk sewa rumah yang lain.

Masalahnya Naya ni agak ego sebab teman lelakinya, Vino (Deva Mahendra) mahu membantu dengan meminjamkan duit tapi Naya tolak. pastu Vino siap tolong cari kerja dengan gaji bulanan yang tetap tapi Naya tetap juga menolak sebab dia nak berdikari dan tak perlu bantuan orang lain.

Review Movie | Ghost Writer (2019)

Suatu hari, Naya terjumpa sebuah diari di atas syiling biliknya dan tertarik untuk dijadikan kisah dalam novel terbarunya. Teruk juga Naya kena ganggu sebab dah ambil diari tersebut tanpa izin tuannya so nak tak nak terpaksa Naya bersemuka dengan hantu tersebut untuk meminta izin.

Diari tersebut sebenarnya kepunyaan Galih (Ge Pamungkas) yang juga pemilik asal banglo tersebut. Galih bersetuju dengan permintaan Naya dan dia juga turut membantu Naya menulis novel tersebut.

Sepanjang tempoh tersebut, hubungan Naya dan Galih semakin rapat tapi keadaan jadi semakin meruncing apabila ada hantu lain yang menganggu Naya dan Darto kerana tidak mahu cerita Galih diterbitkan.

Review Movie | Ghost Writer (2019)

permulaan movie Ghost Writer ni sangat menarik, elemen mistik dan seram digarap dengan baik tapi ceritanya lebih santai bila sampai scene Galih dan Naya berkerjasama untuk menyiapkan novel tersebut. banyak dialog dalam movie ni yg kelakar tapi paling terhibur scene Darto dengan kawan baiknya Billy. 

ending Ghost Writer sangat menarik dengan mesej dan elemen kekeluargaan yang diselitkan di penghujung cerita.

Post a Comment

0 Comments