Review Drama | Yang Hilang Dalam Cinta (2022)

Review Drama | Yang Hilang Dalam Cinta (2022)

Drama : Yang Hilang Dalam Cinta
Pengarah : Yandy Laurens
Penulis Skrip : Yandy Laurens, Suryana Paramita
Siaran : Disney+Hotstar
Tayangan : 30 Julai 2022
Episod : 12
Durasi : 30 minit
Pelakon : Dion Wiyoko, Sheila Dara, Reza Rahadian, Dwi Sasono, Asri Welas, Arawinda Kirana, Zidane Khalid, Maisha Kanna, Maya Hassan

Review Drama | Yang Hilang Dalam Cinta (2022)

Yang Hilang Dalam Cinta mengisahkan Dara (Sheila Dara) dan Rendra (Reza Rahadian) sudah menjalinkan hubungan selama lima tahun terbang ke sebuah hotel di Jakarta untuk majlis perkahwinan mereka. Di hotel tersebut, Dara bertemu kembali dengan sahabat lamanya, Satria (Dion Wiyoko), pengurus besar di situ.

Dara dan Satria berkawan rapat waktu kecil dan terputus hubungan apabila keluarga Dara berpindah ke Surabaya. Jadi bila dapat bertemu kembali masing-masing saling bertanya khabar tapi hal ini menjadi isu besar buat Rendra. pada malam tersebut mereka bergaduh besar dan Dara tiba-tiba menghilangkan diri.


Rendra melaporkan kehilangan Dara ke polis tapi polis sendiri buntu nak menyiasat apabila mereka tidak menjumpai bukti Dara keluar dari biliknya mahupun diculik. So kemana Dara menghilang?

Sebenarnya roh Dara masih di situ cuma jasad dia yang hilang tidak boleh dinampak dengan mata kasar, tiada siapa yang nampak dirinya termasuk Rendra. yang anehnya apabila Satria sahaja yang boleh melihat dan sentuh Dara.

Review Drama | Yang Hilang Dalam Cinta (2022)

waktu baca sinopsis ingatkan cerita dia pasal affair rupanya fantasi gitu nak highlight mengenai toxic relationship antara Rendra dan Dara. Watak mereka berdua ni mengingatkan aku pada drama Andainya Takdir lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar.

watak Rendra yang terlalu dominan dan obsess dengan Dara, nak control semua benda dalam hidup Dara. Dara pula hilang keyakinan diri dan terlalu bergantung kepada Rendra bila Rendra selalu brainwash cakap benda yang dia buat salah dan tak ada masa depan. 

melampau juga bila Rendra sampai angkat tangan sebelum kahwin tapi Dara rasa benda tu normal sebab dia percaya semua itu salah dia dan Rendra tahu apa yang terbaik untuk dirinya. so bila dapat  'menghilangkan diri' maybe itu satu peluang untuk Dara belajar mengenali dirinya semula.

Review Drama | Yang Hilang Dalam Cinta (2022)

Satria pula nampak ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan mereka berdua ni. iyelah tunang hilang tapi Rendra tetap rileks dan sibuk dengan meeting.   bila Satria tanya boleh pula Rendra cakap 'kalau bukan saya, siapa lagi mahu menikah perempuan seperti Dara'

tapi Dara tak habis cakap Rendra baik dan sayang sangat dengan dia. sayang apa kalau gitu. susah juga nak tolong orang macam ni kalau dia sendiri tak nak keluar dari masalahnya. cakap tekad nak mula hidup baru tapi bila Rendra datang merayu mulalah cair.

memang patut pun Satria tak layan bila Dara minta tolong beritahu Rendra tentang keadaan dia sebenar sebab Rendra bukannya akan percaya last-last Satria pula kena marah dan dituduh menculik Dara.

sebenarnya kesian juga dengan Satria sebab dari kecil lagi dia sudah jatuh cinta dengan Dara. bila Dara dalam kesusahan, dialah juga yang bersusah payah membantu tapi akhirnya bukan Dara nak appreciate pun apa yang dia buat.

Review Drama | Yang Hilang Dalam Cinta (2022)

aduh bila tengok drama ni bengang je dengar dialog Rendra pastu sakit hati pula tengok lemahnya Dara depan Rendra. watak utama drama ni sebenarnya mempunyai isu psikologi padanlah tajuk dramanya Yang Hilang Dalam Cinta, disebabkan cinta masing-masing sampai tak kenal diri sendiri.

drama ni agak berat dan slow juga sebab jalan ceritanya banyak fokus pada Satria dan Dara, dan banyak juga flashback zaman Satria dan Dara waktu kecil. kalau flashback sikit macam mana Dara dan Rendra bertemu dan bagaimana Rendra mula berubah control hidup Dara maybe lagi menarik kot.

pengakhirannya bagi aku sangat menarik bila Dara menyedari yang dia perlu belajar mengenali diri dan cari kebahagiaan sendiri pastu baru cari cinta. overall nice ending, nice story.

Post a Comment

0 Comments