Drama : Luka Di Hati Diya
Produksi : Millenium Megamas Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 28 November 2022
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Episod : 26
OST/Lagu Tema : Nabila Razali - Peluang Kedua
Pelakon : Isyariana, Niezam Zaidi, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sherry Ibrahim, Shiela Mambo, Fikhree Bakar, Lia Natalia, Azlan Kamiran, Kodi Rasheed, Nonny Nadhirah, Fahmy Reza, Amira Maslan, Rashdan Baba, Liza Rafar, Shahreza, Faris Fitri
Luka Di Hati Diya diadaptasi dari novel karya Hasliza Ismail mengisahkan Diya (Isyariana) mengalami post traumatic stress disorder (PTSD) setelah mengalami pengalaman pahit pada masa lalu.
Diya membuat keputusan untuk bekerja semula kerana kesian melihat ibunya yang terpaksa bekerja demi dia namun Diya agak sukar menyesuaikan diri dengan pesekitaran tempat kerja barunya.
Oleh kerana sikapnya pelik dan tidak bergaul dengan orang lain menyebabkan Diya dibuli oleh rakan sekerjanya yang mencari kesempatan atas kelemahannya.
Diya berkenalan dengan Remy (Niezam Zaidi) sejak hari pertama bekerja di syarikat tersebut. Sikap naif dan pelik Diya dengan dunianya sendiri membuatkan Remy tertarik untuk terus mendekati dan mendalami hati Diya sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindungi gadis itu.
Remy menjadi pembantu peribadi kepada Ariani, seorang ketua yang cerewet dan kepala angin. Namun pekerja di situ tidak mengetahui Remy sebenarnya merupakan anak Datuk Mikail (Fauzi Nawawi) dan Datin Dian (Lisdawati), pemilik syarikat tersebut.
Remy mempunyai konflik dengan ayahnya. Datuk Mikail marah apabila Remy tidak menghabiskan pengajian master di luar negara dan kembali pulang ke Malaysia tanpa pengetahuannya. Remy membuat keputusan untuk hidup berdikari.
Datin Dian menyimpan rahsia dari suami dan anaknya tentang penyakit kanser yang dihidapinya. Datin Dian mahu melihat Datuk Mikail memaafkan Remy dan hubungan ayah dan anak kembali pulih.
Namun tanpa diduga apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.
Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan. Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy?
0 Comments