Drama : Hilang
Produksi : The Media Hustler
Pengarah : Ghaz Abu Bakar, Sein Qudsi
Penulis Skrip : Sein Qudsi, Ghaz Abu Bakar, Omar Yunuf, Qamarul Hassan
Siaran : VIU
Mula Tayangan : 17 November 2022
Episod : 10
Durasi : 55 minutes
Pelakon : Khir Rahman, Siti Saleha, Aqasha, Jasmine Suraya, Azhar Sulaiman, Farah Ahmad, Radhi Khalid, Rosdeen Suboh, Fared Amirul, Taqim Zaki, Mimi Ernida, Aloeng Silalahi, Akmal Ahmad, Ellyza Azizi, Khayrisyah Kemal, Bavishan, Syed Irfan, Rayyan Ho, Bibiana Anthony, Arel Azimi, Ravin Rao
Hilang mengisahkan Inspektor Munir (Khir Rahman) kembali ke kampungnya di Seri Daik untuk menyiasat satu kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan.
Munir pernah tinggal di Seri Daik pada 17 tahun yang lepas tapi keluarganya berpindah dari situ setelah adiknya Maira meninggal dunia. Munir masih tidak dapat melupakan insiden tersebut dan menyalahkan Pak Akob dan Yusof.
Setibanya di situ, Munir ditugaskan bersama Inpektor Chen Ai Yun atau Cay (Jasmine Suraya) dan mereka bekerja menyelesaikan kes tersebut. Tidak lama selepas itu berlaku kes kehilangan budak lelaki menyebabkan penduduk semakin tidak tenteram dan menyalahkan kewujudan kampung pendatang haram yang menjadi punca segala jenayah yang berlaku di situ.
Yusof (Aqasha) belajar agama dan terus menetap di Mesir dan pulang ke Seri Daik selepas 10 tahun kerana berlaku salah faham dengan ayahnya, Pak Akob (Rosdeen Suboh).
Hal ini disebabkan Yusof tidak suka dengan pekerjaan Pak Akob sebagai bomoh yang dirasakan perbuatan syirik dan jauh menyimpang. Pak Akob tetap dengan pendiriannya menggunakan ilmu yang dia ada untuk menolong orang yang memerlukan.
Dalam drama ni, Yusof ada kelebihan dapat melihat bayangan dari masa hadapan. Hal ini juga menyebabkan dia kembali semula ke Seri Daik. Yusof percaya dia dapat menghalang perkara buruk dari berlaku jika dapat menyelamat semua orang yang muncul dalam bayangannya.
Wangi (Siti Saleha) seorang gadis buta dan juga anak angkat Pak Akob. Bagi Yusof, Wangi seorang gadis yang naif tapi terkejut bila mengetahui Wangi mewarisi ilmu bapanya untuk mengubati orang.
Macam Pak Akob, Wangi pun tegas dengan pendiriannya untuk menggunakan ilmu yang dia ada untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Semua kes yang berlaku di Seri Daik mempunyai kaitan dengan projek lebuhraya yang diuruskan oleh Dato Jamil (Azhar Sulaiman). Datuk Jamil mengubah laluan asal kononnya nak memelihara hutan tapi sebenarnya mahu melindungi perniagaan pendatang haram miliknya.
Ada penduduk kampung yang bertegas tidak mahu menjual tanah mereka. Hal ini menyebabkan Dato Steven (Farid Amirul) tidak berpuas hati dengan Jamil yang telah banyak membuang masa menukar plan asal tanpa berbincang dengannya.
Dato Jamil mengarahkan anaknya, Kamil (Taqim Zaki) untuk menyelesaikan hal ini secepat mungkin. Namun Kamil telah melakukan sesuatu di luar pengetahuan Jamil sehingga akhirnya membawa masalah kepadanya.
Di Seri Daik ini ada satu busut besar yang mempunyai pelbagai cerita mitos berkaitan dengannya. Ada yang membuat kerja-kerja khurafat dengan memuja busut tersebut untuk mendapatkan nombor ekor. Tapi siapa yang menjangka ada yang menggunakan korban manusia untuk menjadi lebih kaya.
Benda yang menjadi misteri bila wujud ilmu hitam dalam kes tersebut. Munir pada mula tak percaya tapi dia semakin buntu mencari jalan keluar dan slepas satu demi satu bayangan Yusof menjadi kenyataan, dia terpaksa meminta bantuan Yusof untuk mencari dalang di sebalik kekecohan yang berlaku.
Actually banyak juga watak dalam drama ni so agak complicated dan juga nak teka siapa pembunuh sebab setiap watak da motif mereka tersendri. Jamil nak melindungi bisnes PATI dia, Steven pula nak pastikan projek lebuhraya tersebut membawa keuntungan dan Tuan Ghaffar (Radhi Khalid) perlu pastikan kepentingan Jamil dan Steven di Seri Daik tidak diganggu.
lakonan Siti Saleha sebagai gadis buta tak menyerlah sangat dan aura dukun yang dia bawa tu tak cukup kuat dan psiko. pastu penat juga dengar Khir Rahman deliver dialog dia sepatah-sepatah kalau penguam ok la cakap macam tu, ini polis kot cakap dengan anak buah sendiri buat rileks sudah.
bagi aku drama ni agak slow sikit sebab agak berselirat dan complicated, kadang ingatkan dah makin dekat dengan pembunuh tapi menyimpang kepada kes lain tapi overall memang best dan menarik plot drama Hilang sebab tak expect apa yang akan jadi dan susah nak tembak siapa pembunuhnya sebab ramai sangat suspek dengan motif tersendiri.
nak cerita lebih tak boleh sebab nanti takut spoiler pula so korang kena tengok sendiri kesudahannya.
Baca juga :
1 Comments
drama ni cam best jalan cite, sebab tengok separuh baru
ReplyDelete