Drama : Budak Tebing 3
Produksi : Country Universal Sdn Bhd
Pengarah : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Shah Rizal Mashur
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 14 Disember 2022
Episod : 13
Durasi : 40 minit
OST/Lagu Tema : Zynakal - Beli Jiwa
Pelakon : Aedy Ashraf, Adam Lee, Nabil Aqil, Eyka Farhana, Firdaus Gufran, Izz Ilham, Nelissa Nizam, Nia Atasha, Azhar Sulaiman, Zarina Zainuddin, Alex Afian, Mazli Razali
Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar dan mempunyai haluan masing-masing. Arif (Adam Lee) kini semakin sibuk dengan perniagaannya yang semakin berkembang maju dan mengambil Talam (Firdaus Gufran) bekerja dan tinggal bersamanya.
Yoyol (Izz Ilham) sudah memasuki kolej dan masih lagi ketagih dengan gaming. Tongki (Aedy Ashraf) pula masih lagi selesa bekerja sebagai penghantar makanan walaupun Arif mengajak bekerja dan tinggal bersamanya.
Manakala Ira (Eyka Farhana) sudah berjaya membuka butiknya sendiri. Ira, Arif dan Yoyol sekarang sudah menjadi adik-beradik tiri apabila ibu bapa mereka berkahwin. Maria (Nelissa) pula seorang ibu tunggal menghantar anaknya kepada pengasuh dan sibuk mencari duit untuk menyara kehidupannya.
Baca juga : Drama Budak Tebing 2 (2021)
Arif semakin sibuk dengan perniagaannya dan stress melayan perangai Yoyol yang suka ponteng kelas dan menghabiskan duit untuk membeli gajet terbaru malah Yoyol juga semakin kurang ajar dan tidak menghormatinya sebagai abang.
Talam memberi amaran kepada Tongki supaya berhati-hati melepak di tebing itu kerana dia terlihat kelibat individu yang memerhati mereka dari jauh. Tongki tidak mengendahkan amaran Talam sehingga suatu hari, Tongki telah diserang sehingga cedera parah lalu meninggal dunia.
Kematian Tongki terlalu mengejut dan sukar diterima oleh budak tebing yang lain. Namun kemunculan Kylo (Nabil Aqil) yang mendakwa adik tiri Tongki tidak disenangi oleh Arif kerana dia sudah lama berkawan dengan Tongki tapi Tongki tidak pernah memberitahu tentang kewujudan Kylo.
Kylo sebenarnya baru sampai dari kampung dan Tongki sudah berjanji untuk membantunya bekerja sebagai penghantar makanan. Namun pada hari yang dijanjikan, Kylo menemui Tongki dalam keadaan cedera parah.
Kylo kini bekerja sebagai penghantar makanan dan menjadikan port budak tebing sebagai tempat lepaknya. Kylo juga semakin rapat dengan Talam dan Maria.
Talam memanggil semua budak tebing untuk berkumpul untuk memberitahu mereka supaya berhati-hati kerana dia syak Kent (Mazli Razali) yang merupakan orang kanan Pablo masih hidup. Talam juga syak Kent yang bertanggungjawab ke atas kematian Tongki namun mereka tidak tahu motif Kent mahu membalas dendam kepada budak tebing.
Kehadiran Badass (Azhar Sulaiman) yang memerhati budak tebing dari jauh menimbulkan tanda tanya. Adakah Baddass yang membunuh Tongki dan menjadikan budak tebing sebagai sasaran seterusnya, apakah motif sebenarnya?
suka tengok drama Budak Tebing ni sebab plot dan main cast dia best tapi bila dah masuk musim ketiga tak best pula sebab barisan pelakon asalnya dah takde. watak Laura lakonan Bella Dowanna dimatikan, Yoyol yang asalnya dilakonkan oleh Fariz Iskandar diambil alih Izz Ilham. Yang paling terkejut bila watak Tongki dimatikan dalam episod 2. seriuslah??!
aku tengok citer ni sebab suka dengan lakonan Aedy Ashraf sebagai Tongki, aduh terus takde mood nak tengok tak tahu lah kalau screenwriter ada plot twist yang lagi gempak lepas ni.
aku tak tahu nak komen apa dengan cast baru ni macam watak Maria dari musim kedua pun macam tak bagi impak yang besar dengan jalan cerita. Kylo pula budak baru nak up terjebak dalam permasalah budak tebing. cuma nak komen, Yoyol ni memang consistent dari musim pertama, bosan kot dah masuk musim ketiga still maintain kurang ajar tolonglah buat perubahan dan jadi matang sikit.
based on dua episod pertama ni, plot dan konflik lebih kurang dengan musim sebelum ini. tak habis bergaduh adik-beradik. lepas tu tertanya juga jahat sangat ke Arif dan Tongki dulu sampai lepas satu satu bapa gangster tak puas hati dengan depa.
aku suka follow drama Budak Tebing sebab jalan ceritanya banyak fokus pada isu sosial dan masalah yang berlaku dalam kalangan remaja. bila dah masuk musim ketiga actually aku lebih mengharapkan jalan cerita dan watak yang ada lebih matang dan bawa banyak mesej positif yang boleh bagi inspirasi kepada golongan remaja.
apapun layan je la kot-kot la lepas ni ada plot twist lebih gempak walaupun aku sebenarnya dan hilang mood nak teruskan tengok lepas apa jadi pada Tongki.
Baca juga :
1 Comments
Mesti jadi tak best bila watak yang digemari dimatikan..
ReplyDelete