Review Drama | Black Malaysia (VIU)

Review Drama | Black Malaysia (VIU)

Drama : Black (Malaysia)
Produksi : Alpha47 Films
Pengarah : Razaisyam Rashid, Kyroll Azri
Penulis Skrip : Bernice Low
Siaran : VIU
Tayangan : 17 Disember 2019
Episod : 8
Pelakon : Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Rahman, Zoey Rahman, Rashidi Ishak, Zahim Akbakri, Pablo Amirul, Riz Amin, Josiah Hogan, Mimi Lana, Azman Hassan

Review Drama | Black Malaysia (VIU)

Black diadaptasi dari drama korea dengan menggunakan judul yang sama mengisahkan Sofea (Siti Saleha) yang mempunyai keistimewaan melihat bayang-bayang hitam yang menandakan kematian dan apabila menyentuh bayang-bayang tersebut, dia dapat melihat bagaimana kematian tersebut berlaku.

Walau bagaimanapun, Sofia menganggap kelebihannya itu satu sumpahan kerana tidak menyelamatkan mereka walaupun cuba membantu. Oleh sebab itu, Sofia menggunakan cermin mata hitam sepanjang masa bagi mengelak dirinya melihat bayang-bayang tersebut.

Suatu hari, Sofia bertemu dengan detektif Malik (Kamal Adli) yang percaya dengan keistimewaan dimilikinya. Mereka bekerjasama menyelamatkan orang yang mempunyai bayang-bayang hitam. Malangnya, usaha mereka gagal apabila Malik terkorban dalam satu insiden tebusan dan Sofia terus menyalahkan diri atas kematian Malik.

Review Drama | Black Malaysia (VIU)

444 atau Black (Rashidi Ishak) pergi ke dunia manusa untuk menangkap 419 yang telah melanggar undang-undang kaum Bhava. Bhava  ni kiranya macam kaum bunian. Untuk menjalankan misi tersebut Black perlu meminjam badan kaum manusa.

Malik yang disahkan meninggal dunia telah hidup kembali apabila Black menggunakan badan Malik. ramai yang terkejut apabila Malik hidup kembali so masing-masing assume yang Malik hilang ingatan akibat tembakan di kepala padahal Black sudah take over badan Malik.

Misi Black adalah menangkap 419 dan hal yang berkaitan hidup Malik dia tak ambil peduli sehinggalah suatu hari dia dapat tahu ada orang yang cuba membunuh Malik. tembakan yang berlaku pada Malik dalam insiden tebusan bukan satu kebetulan tapi memang ada orang sengaja menembak Malik.

Black menyiasat kes lama yang dia dapat tahu Malik memang dah lama siasat kes tersebut secara sembunyi. Black menggunakan keistimewaan Sofia untuk menjejaki 419 dalam masa yang sama mencari dalang di sebalik kematian Malik.

Review Drama | Black Malaysia (VIU)

Versi Malaysia lebih ringan sikit dan jalan ceritanya masih menarik sebab penuh dengan misteri dan penuh dengan persoalan. tapi episod akhir agak tergantung dan masih banyak lagi benda belum terungkai so kena tengok musim kedua untuk tahu pengakhirannya.

Post a Comment

0 Comments