Telefilem : Qalbu
Produksi : Saphire Screen
Pegarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : K. Adlie
Siaran : TV3
Tayangan : 19 Mei 2018
Durasi : 1 Jam 30 minit
Pelakon : Faizal Hussein, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Aidil Aziz, Nur Qistina Raisah, Izuan Fitri, Wan Maimunah, Syaza Irwanie, Nadiya Rusli, Ghan Ismail, Hisham Bakar, Nik Alias, Rumaizi Ahmad
SINOPSIS:
Kamal bersama isterinya, Salina menguruskan perniagaan mereka sendiri. Kamal sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya Kasih dan Aiman. Jiwanya bergelora apabila mendapat tahu kehilangan anak-anaknya.
Telefilem Qalbu mengisahkan Kamal (Faizal Hussein) berjaya menjadi seorang usahawan dan menguruskan syarikat sendiri bersama isterinya, Salina (Fasha Sandha).
Walaupun sibuk dengan urusan kerja, Kamal cuba meluangkan masa bersama anak-anaknya iaitu Qaseh (Nur Qistina Raisah) dan Aiman (Izuan Fitri) dan begitu menyayangi mereka.
Berbeza pula dengan Salina yang begitu sibuk dengan hal kerja sampai tiada masa untuk anak-anaknya. Padahal semua itu alasan sahaja kerana Salina mempunyai hubungan sulit dengan Syukri (Aidil Aziz), yang merupakan akauntan syarikat mereka.
Dalam diam juga, Salina dan Syukri telah menggelapkan duit syarikat Kamal untuk kepentingan diri mereka. Sampai satu tahap kewangan semakin merundum, Salina mendesak Kamal supaya mendapatkan satu projek kononnya dapat menyelamatkan syarikat mereka.
Kerana terlalu percaya mereka, Kamal berusaha mendapatkan projek tersebut dengan menggunakan pelbagai cara termasuk bagi suapan malangnya perbuatan Kamal itu telah memakan diri sendiri apabila dia ditangkap dan dipenjarakan atas kesalahan rasuah.
Sepanjang Kamal di penjara, dia langsung tidak menerima kunjungan Salina dan anak-anaknya sehinggalah suatu hari Qaseh dan Aiman datang melawatnya. Kamal terkejut apabila mereka datang tanpa ditemani Salina dan masuk ke situ sebab mak Toyu yang kesian bawa mereka datang ke situ. Toyu (Fauzi Nawawi) ni kawan satu sel dengan Kamal.
Tidak lama selepas itu, Kamal menerima kunjungan Salina yang mahu meminta cerai daripadanya. Barulah Kamal nampak perangai sebenar isterinya tapi benda paling Kamal kesal dan marah bila Salina beritahu yang anak-anak mereka sudah hilang dan Salina sendiri tak ambil peduli keberadaan Qaseh dan Aiman.
Rupa-rupanya mak Toyu yang Qaseh dan Aiman panggil Nenek (Wan Maimunah) yang jaga mereka berdua bila emak sendiri seronok dengan teman lelaki sampai langsung tak ambil peduli hal anak-anak. Walaupun hidup susah, Nenek cuba pastikan Aiman dan Qaseh dapat makan dan belajar dengan baik.
Selepas Nenek meninggal dunia, Toyu cuba jaga mereka berdua dengan baik sebagai amanah dan janjinya pada Kamal sementara tunggu Kamal bebas dari penjara.
Jalan cerita telefilem Qalbu sangat menarik dan banyak pengajaran cuba disampaikan. Tentang kasih sayang ayah yang susah hati bila tahu anak-anaknya merempat tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana berada dalam penjara. Tentang seorang isteri dan ibu yang sanggup meninggalkan tanggungjawabnya kerana tergoda dengan nafsu dan harta dunia.
Lakonan barisan pelakonnya sangat mantap, banyak scene yang menyentuh hati dan rasa nak menangis bila tengok citer ni. Ending dia alahai lagi sedih wei, part Salina terima kifarah dia tu boleh accept lagi sebab padan muka sibuk dengan boyfriend last-last laki tu pun menipu dia juga curang dengan orang lain dan melingkup dalam penjara sebab pecah amanah.
Tapi part Kamal, anak-anak dia dan Toyu alahai kenapa buat ending sedih gamaknya. aku mengharapkan Toyu ada peluang kedua untuk memulakan hidup baru tapi dosa lama terus menghantuinya apabila geng along kejar dia balik tuntut hutang mereka. tapi itulah ending dia sedih bhai, kesian dengan Kamal dan anak-anak dia.
0 Comments