Kultus (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Kultus (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Drama : Kultus
Produksi : Konxeps Production
Pengarah : Muhammad Mahfuz
Siaran : MediaCorp/ Astro Prima
Tayangan Asal : 7 Februari 2019
Episod : 13
Pelakon : Syarif, Lydia Asyiqin, Suhaillah Salam, Dan Berkey, Alexandra Chelaru, Asraf Amin, Farhana M. Noor, Hana Rosli, Jasmani Basri, Nadia Othman, Shahin, Khairul Amin

Kultus sebuah drama Singapura yang menggantikan drama Thailand, ATM 2 mula ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat pukul 7.00 malam di slot Drama Asia Astro Prima.

Kultus (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Pelakon Drama Kultus

  • Syarif sebagai Syafik
  • Lydia Asyiqin sebagai Syakilla
  • Suhailah Salam sebagai Maria 
  • Dan Berkey sebagai Mason
  • Alexandra Chelaru sebagai Angel
  • Asraf Amin sebagai Amin
  • Farhana M. Noor sebagai Fara
  • Jasmani Basri sebagai Syafie

Sinopsis Drama Kultus

Syakilla seorang gadis Singapura yang belajar di New York telah diperangkap oleh kawannya dan terlibat dalam kultus atau kumpulan ajaran sesat bernama ELIXR diketuai oleh Mason. Syakilla cuba melarikan diri dari tempat tersebut namun ditangkap semula oleh Mason dan anak buahnya.

Syafie di Singapura mula risau apabila tidak dapat menghubungi anaknya, Syafik percaya Syakilla sibuk dengan kelas dan study dan meminta bapanya supaya tidak memikirkan yang bukan-bukan.

Kultus (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Sehinggalah suatu hari Syakilla menghantar video mesej  meminta abang dan ayahnya supaya tidak risau dengan keadaannya di New York. Syafik merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan adiknya dan cuba menghubungi kawan Syakilla untuk mengetahui keadaan sebenar adiknya.

Dari kawan serumah Syakilla, Syafik mendapat tahu adiknya sudah beberapa minggu tidak pulang dan menghadiri kelas selepas bercuti ke Upstate. Syafik segera ke New York untuk menjejaki Syakilla.

Post a Comment

0 Comments