Title : Gurvecin
Release Date : 24 November 2022
Episodes : 16
Duration : 2 hour
Cast : Mehmet Ali Nuroglu, Almila Ada, Nursel Köse, Genco Ozak, Eslem Akar, Menderes Samancilar, Devrim Saltoglu, Idil Memi, Toprak Saglam, Bestemsu Özdemir, Berke Üsdiken, Gülen Karaman
SINOPSIS:
Zuluf Bedir Kavvi was thrown down a well in a deserted place where birds don't even fly. While she waits for death, she is rescued by a Kenan Cibranoglu, who appears in front of her like a miracle, but when she discovers who he is, she is shocked.
Guvercin mengisahkan konflik persengketaan antara dua keluarga, Zuluf Kavvi (Almida Ada) dan Kenan Cibranoglu (Mehmet Ali Nuroglu) terpaksa berkahwin untuk mengelakkan konflik keluarga mereka menjadi lebih buruk.
Ayah mereka iaitu Bedir Kavvi dan Ahmet Cibranoglu berkawan baik. Suatu hari Ahmet dibunuh, Bedir pula dipenjarakan atas tuduhan membunuh kawan baiknya dan dibebaskan 15 tahun kemudian.
Walaupun hal ini sudah lama berlalu, Okkes (Genco Ozak) yang merupakan adik Kenan masih lagi tidak dapat memaaf dan melupakan perbuatan Bedir dan keluarganya. Keadaan bertambah buruk apabila adik mereka, Nefise dan Muslum bercinta secara sembunyi telah melarikan diri.
Okkes bertindak menculik dan mencampak Zuluf di perigi buta. walaupun ada campur tangan polis, Okkes masih berdegil tidak mahu memberitahu lokasi Zuluf. Okkes ni be like kalau korang tak serah adik aku jangan harap nak dapat anak kau balik. psiko ok!
Kenan terpaksa meminta bantuan Big Uncle iaitu orang yang dihormati dua keluarga ini untuk menyelesaikan masalah ini. Big Uncle mencadangkan dua keluarga ini untuk mengahwinkan anak gadis mereka sebagai langkah pendamaian antara keluarga Kavvi dan Cibranoglu.
Dengan campur tangan Big Uncle, Okkes akhirnya terpaksa memberitahu lokasi perigi tersebut dan Zuluf berjaya diselamatkan.
Nefise memang tak ada masalah untuk berkahwin sebab bercinta dengan Muslum tapi kesian sangat dengan Zuluf. orang lain buat masalah, dia pula yang terpaksa berkorban kahwin dengan lelaki tak kenal.
Walaupun protes habis tapi last sekali Zuluf terpaksa juga bersetuju kahwin dengan Kenan sebab tak nak berlaku pertumpahan darah.
Kesian sebenarnya dengan Kenan sebab nak uruskan syarikat dan handle masalah Okkes, Nefise pastu dengan Zuluf tak habis protes tak nak kahwin dengan dia.
tapi sukalah watak Kenan ni sebab dia sangat matang dan rasional. memang dia masih marah perbuatan Bedir tapi nak berdendam pun tak guna sebab bapa mereka bukan boleh hidup semula tapi itulah Okkes tak pernah ambil peduli dengan nasihat Kenan.
Actually Kenan dan Zuluf pernah bertemu tapi tak sempat nak tahu nama masing-masing dan waktu tu juga Kenan dah jatuh hati pada Zuluf. bila tahu gadis yang dia jumpa tu Zuluf merangkap musuh keluarganya memang susah juga dia nak terima tapi Kenan tak pernah memaksa Zuluf untuk terima perkahwinan tersebut.
Okkes yang membuat segala onar dalam drama ni disebabkan dendam dia pada keluarga Bedir. lepas satu, satu masalah lagi dia buat memang tak pernah serik lepas tu emaknya pula tak habis backup macam mana tak melampau budak ni. harap muka je hensem tapi takde otak.
episod awal-awal menyampah sangat dengan Okkes ni tapi bila dia dah berubah dan mula menggunakan otak untuk berfikir baru best sikit tengok watak dia ni.
Kevsa (Nursel Köse) sangat bangga dengan harta dan keturunannya, dia masih lagi tak dapat lupakan dendam lama. Kevsa terpaksa setuju dengan perkahwinan ini sebab tak nak anak kesayangannya masuk penjara tapi sampai kesudah Kevsa tak dapat terima Zuluf sebagai menantunya.
first episode boleh nampak Kevsa sayangkan Okkes lebih dari Kenan sampaikan aku tertanya si Kenan ni anak angkat ke. rupa-rupanya ada rahsia yang disembunyikan Kevsa dari pengetahuan keluarganya. sebab tu juga dia tak kisah sangat pasal Kenan dan kalau boleh dia nak Okkes yang pegang segala harta keluarga mereka.
Dari awal lagi dah banyak hint yang pembunuhan Ahmet ada kena-mengena dengan pakcik mereka iaitu Celil dan Kasim Kavvi. tapi dalang di sebalik pembunuhan Ahmet akan terbongkar di hujung-hujung.
walaupun dah boleh agak siapa tak still terkejut juga sebab aku tak faham kenapa orang tu sanggup bertindak sampai macam tu. maybe sebab harta or maruah sampai sanggup bunuh ahli keluarga sendiri.
aku tengok drama Guvercin sebab youtube yang rekomen. mula-mula tak minat sangat sebab hero dia nampak tua tapi bila dah tengok, menarik juga plot dan jalan ceritanya tapi tipikal drama turki dengan watak-watak antagonis menggila.
great chemisty antara Zuluf dan Kenan, acting masing-masing memang best sampai aku pun sekali berangin rasa nak lempang je si Okkes dan Kevsa. overall, nice drama.
1 Comments
wah menarik ceritanya. Bila dah terbongkar maknanya bapa zuluf tak salah lah ye. Ye lah takkan kita nak bunuh sahabat sendiri. Tapi kesian anak jadi mangsa.
ReplyDelete