Title : Familiar Wife
Director : Lee Sang Yeob
Screenwriter : Yang Hee Seung
Network : TVN/Netflix
Release Date : 1 August 2018
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Genre : Romance, Comedy, Fantasy
Cast : Jisung, Han Jimin, Kang Hanna, Jang Seungjo, Cha Hakyeon, Jang Seung Jo, Son Jong Hak, Park Won Sang, Kim So Ra, Park Hee Bon
SINOPSIS:
Cha Joo Hyuk works at a bank and has been married to Seo Woo Jin for five years. When a strange incident happens one day, Joo Hyuk makes a decision that impacts his life and those around him in unexpected ways. Suddenly, the life he had with Woo Jin and his best friend, Yoon Joong Hoo are gone and he is leading a very different life. How will his first love, Lee Hee Won, factor into his new life? And will it be possible to get his old life back?
Familiar Wife mengisahkan Cha Joo Hyuk (Ji Sung) dan Seo Woo Jin (Han Ji Min) yang telah berkahwin selama lima tahun dan mempunyai dua orang anak. Joo Hyuk bekerja di bank manakala Woo Jin bekerja di spa.
Apabila masuk tahun kelima perkahwinan, Woojin makin tertekan menguruskan rumah tangga dan anak sambil bekerja menyebabkan mereka kerap bergaduh. Joohyuk merasakan isterinya sudah banyak berubah, makin garang dan tak mesra seperti dahulu sampai dia dah jadi takut dengan isterinya sendiri.
Suatu hari, Joohyuk dapat satu duit syiling yang membolehkan dia merentas masa kembali ke masa lalu. Joo Hyuk ambil peluang tersebut untuk mengubah kehidupannya.
Bila dapat time travel ke masa lalu, first thing yang Joo Hyuk buat adalah mengelak dari bertembung dengan Woojin dan kejar balik cinta junior yang diminatinya waktu zaman kolej dulu iaitu Lee Hye Won (Kang Han Na).
bila bangun dari tidur, bahagialah Joohyuk apabila semua benda berubah termasuk isterinya. happy dapat isteri kaya pastu tak kena deal dengan Woojin yang garang lagi dah.
Walaupun masih bekerja di bank yang sama tapi kehidupan dia kira bertuah sebab Hyewon anak orang kaya, walaupun gaji ciput tapi masih lagi boleh hidup mewah disebabkan keluarga Hyewon.
paling kelakar bila Joohyuk dah cuba lari jauh dari Woojin tapi tetap juga bertemu dengan Woojin yang tiba-tiba ditukar ke cawangan bank tempat Joohyuk bekerja. Woojin tiada lagi memori perkahwinan mereka tapi Joohyuk yang tak habis gelabah sampai dia cara jalan supaya Woojin bertukar ke cawangan yang lain.
Seo Woojin sekarang ini sangat berbeza masa dia jadi isteri Joohyuk dulu, selalu tersenyum dan sentiasa positig walaupun banyak masalah yang dia terpaksa hadap bila kerja di situ.
Adakah Joohyuk buat keputusan yang betul dan bahagia dengan kehidupannya sekarang?
masalah utama perkahwinan Joohyuk dan Woojin adalah mereka berkahwin dalam usia muda dan Joohyuk walaupun lebih tua dari Woojin langsung tak matang nak handle masalah dalam rumah tangganya.
Woojin berubah pun sebab dia juga sebab tak pernah kisah atau ringan tulang menolong isteri jaga anak dan uruskan rumah tangga padahal masing-masing bekerja. yang dia tahu main game, bila isteri marah tahu sakit hati nak merungut bagai tapi langsung tak pernah fikir perasaan isterinya.
drama Familiar Wife sangat sesuai ditonton oleh orang yang dah berkahwin sebab banyak pengajaran yang boleh diambil supaya lebih menghargai pasangan sendiri. overall, nice drama.
1 Comments
Ji sung kalau berlakon memang mantap. Pening agaknya ingatkan boleh elak dari wife dia eh asyik terjumpa.
ReplyDelete