Cocuk - The Boy (TV2) | Sinopsis Drama Turki

Cocuk - The Boy (TV2) | Sinopsis Drama Turki

Drama : Cocuk (The Boy)
Siaran : TV2
Mula Tayangan : 30 Disember 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 5.00 Petang
Episod : 62

Sebagai pembuka tirai, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadirkan berita gembira buat penggemar drama bersiri dari Turki mengisi slot Lavender On 2 mulai 30 Disember ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5.00 petang di TV2.

Drama bersiri dengan tajuk “Cocuk” ini menerusi 62 episod siarannya menonjolkan pelbagai konflik kekeluargaan yang dibintangi oleh Merve Cagiran, Ismail Hacioglu, Nazan Kesal, Serhat Teoman dan Mehmet Emin Guney.

Baca juga : 

Cocuk - The Boy (TV2) | Sinopsis Drama Turki

Akca terpaksa menyerahkan anak kandung yang disayanginya kepada keluarga Kerasu yang kaya demi memberikan masa depan yang lebih baik kepada anaknya itu.

Sule, menantu keluarga Kerasu yang baru kehilangan anak ketika bersalin berjanji untuk menjadi ibu dan mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada Efe, bayi Akca seumur hidupnya.

Namun, janji hanya tinggal janji. Sule yang kemudiannya berjaya melahirkan anak kandungnya sendiri mula mengabaikan Efe yang ketika itu amat memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Sementara itu Hasan Cetin yang merupakan bapa kandung kepada anak Akca, Efe, mengetahui bahawa Efe adalah anaknya teleh berusaha untuk mendapatkan kembali anaknya daripada jagaan keluarga Karasu. Namun malangnya Akca tidak memberikan kerjasama yang baik kepada Hasan Cetin dalam menuntut haknya sebagai ayah kepada Efe.

Ia diambah dengan konflik berlaku antara Asiye dengan anaknya serta Akca dan Hasan disebabkan rahsia yang telah disimpan sekian lama iaitu tentang pembunuhan ayah Hasan, Ali serta rahsia bahawa Hasan adalah anak Asiye bersama Ali.

Dapatkah segala konflik berakhir dengan penyatuan seluruh keluarga ini kembali hidup aman damai seperti permulaannya?

Post a Comment

0 Comments