Bukan Syurga Pilihan Paparkan Realiti Perkahwinan Penuh Kehancuran

Bukan Syurga Pilihan Paparkan Realiti Perkahwinan  Penuh Kehancuran

Astro Prima membawa pertaruhan terkini mereka dalam sebuah drama adaptasi novel iaitu ‘Bukan Syurga Pilihan’, menampilkan kisah seorang wanita yang sering terperangkap dalam perkahwinan yang penuh onak duri. Slot Tiara kali ini memberi penekanan terhadap isu penderaan domestik serta kesannya terhadap sesebuah hubungan suami isteri yang pada awalnya dibina atas kasih sayang.

Penceritaan 40 episod ini memaparkan kehidupan Tihani yang sedang hangat dilamun cinta bersama Zaid yang menjanjikan bahagia buat selamanya. Janji manis ini mungkir apabila Zaid yang rupanya seorang kaki pukul melafazkan talak tiga ketika mereka sedang bergaduh. Tihani kemudian didatangi Megat Ariff yang ingin meminangnya, tanpa mengetahui yang Megat Ariff juga sedang melarikan diri daripada dikahwinkan dengan Sofea, gadis pilihan ibunya Dato’ Ilya.

Perkahwinan yang pada awalnya tiada apa-apa makna, kemudian dihadiri perasan cinta. Namun malang buat Tihani, perkahwinan kedua ini turut dipenuhi onak duri apabila diganggu oleh Zaid dan Sofea yang merancang untuk menjatuhkan Tihani dengan pelbagai khianat. Dalam mengejar kebahagiaan dalam hubungan perkahwinannya, Tihani sekali lagi terperangkap dalam kehidupan yang lebih sengsara apabila Megat Ariff sendiri mempercayai fitnah mengenainya dan berubah menjadi kasar.

Drama ini merupakan hasil arahan pertama pelakon Ungku Ismail Aziz dalam slot Tiara yang diadaptasi daripada novel bertajuk ‘Gantung’ oleh AH Clans di samping menjadi salah satu pelakon utama bersama-sama dengan Nadiya Nisaa sebagai Tihani, Fezrul Khan sebagai Zaid, Aishah Ilias sebagai Sofea dan Azizah Mahzan sebagai ibu kepada Megat Ariff, Dato’ Ilya. Runut bunyi untuk drama rantaian ini termasuk lagu ‘Tersakiti’ oleh Fai Ramli yang dihasilkan oleh KRU Music.

‘Bukan Syurga Pilihan’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 2 Januari 2023, jam 6.00 petang secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

Bukan Syurga Pilihan Paparkan Realiti Perkahwinan  Penuh Kehancuran

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Prima

“Drama slot Tiara kami sentiasa menjadi penungguan para penonton yang minat akan penceritaan yang dramatis. Untuk menyambung slot ini daripada bahang ‘Jesnita’, kami bawakan drama bersiri bertajuk ‘Bukan Syurga Pilihan’ dengan plot yang lebih mengasyikkan.

‘Bukan Syurga Pilihan’ memaparkan kisah seorang wanita yang kehidupannya dibelenggu keperitan dalam perkahwinan. Dalam melepaskan diri daripada hubungan yang terselit penderaan domestik, dia berkahwin dengan lelaki yang tampan serta kaya mengikut kehendak bapanya. Namun, perkahwinan keduanya juga menjadi sengsara apabila dalang-dalang daripada hubungan lampaunya kembali menggugat kehidupannya.


Drama ini merupakan adaptasi novel hasil nukilan AH Clans yang dibintangi pelakon-pelakon hebat yang kami pasti ramai akan teruja. Kemunculan Nadiya Nisaa sebagai watak utama bukan sahaja memberi aura baharu dalam slot Tiara kami, namun pembawaan karakter Tihani juga menunjukkan mengapa dirinya antara pelakon wanita dramatis yang disegani ramai. Gandingannya bersama Ungku Ismail Aziz membuktikan betapa menakjubkan chemistry mereka.

Tambahan lagi, Ungku Ismail Aziz juga mengarah drama pertama untuk slot Tiara Astro Prima. Malah, kami juga meminta dia menerajui watak Megat Ariff kerana kami percaya bakat yang dimilikinya akan melonjakkan lagi naskah ini dengan ekspresi yang tepat, setanding dengan apa yang kami inginkan daripada watak tersebut.

Kami berharap drama ini bukan sahaja dapat memenuhi hati para penonton dengan lakonan hebat oleh barisan pelakonnya tetapi juga dapat memberi pengisian mendalam dan pengajaran berimpak tinggi kepada para penonton.”

Bukan Syurga Pilihan Paparkan Realiti Perkahwinan  Penuh Kehancuran

Ungku Ismaiz Aziz - Pelakon & Pengarah Drama ‘Bukan Syurga Pilihan’

“Drama ini menceritakan tentang seorang perempuan yang pertama kali jatuh cinta dengan seorang lelaki yang dia percaya boleh bawakan kebahagiaan. Tetapi rupanya dia bertemu keperitan di mana ia berlanjutan sehingga hubungan itu menjadi lebih teruk.

Pada awalnya saya memberitahu pihak MIG dan stesen televisyen yang saya hanya ingin mengarah drama ini tetap mereka harap saya berlakon sekalijadi saya menunaikan hasrat mereka dan mengambil peluang ini untuk membuat latihan dan timba pengalaman.

Sebagai pengarah, saya perlu mengawal pasukan kerja, mengambil kira semua perkara dan mendapatkan kesepakatan pasukan kerja. Cabaran apabila menjadi pengarah dan pelakon pula, saya perlu lepaskan ‘pengarahan’ saya kepada team bila saya perlu berlakon. Pertukaran pengarah kepada pelakon itu adalah satu cabaran kepada saya tetapi inilah yang saya ingin buat.

Rakan-rakan pelakon yang lain sangat membantu dalam saya menjadi pengarah untuk drama ini cumanya drama ini membabitkan chemistry yang huru hara. Plot ceritanya agak taboo yang saya rasa  Nisaa adalah pelakon yang saya ingin bekerjasama dan menerusi drama ini, kami dapat berganding sebagai watak utama.

Drama ini mempunyai banyak pengisian tentang masalah rumah tangga terutamanya penderaan domestik yang saya pasti akan memberi sedikit pengajaran kepada para penonton. ‘Bukan Syurga Pilihan’ juga merupakan drama pertama yang saya dapat berlakon dan juga mengarah jadi saya harap para penonton dapat menyokong sepenuhnya pada setiap episod.”

Post a Comment

1 Comments