Blind (2022) | Review Drama Korea

Blind (2022) | Review Drama Korea

Title : Blind
Director : Shin Yong Hwi
Screenwriter : Kwon Ki Kyung
Network : TVN/OCN
Release Date : 16 September 2022
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Genre : Mystery, Thriller
Cast : Ok Taecyeon, Ha Seok Jin, Jung Eun Ji, Jung In Ki, Park Ji Bin, Kim Bup Rae, Kim Ha Kyun, Jo Seung Yun, Baek Seung Hee, Oh Seung Yun, Choi Hong Il, Jo Kyung Sook, Chae Dong Hyun, Kim Min Seok, Kang Na Eon

SYNOPSIS:
Ryu Sung Joon, Ryu Sung Hoon and Jo Eun Ki become involved in a serial murder case involving jury members as the victims. These three individuals try to uncover the truth behind the deaths.

Blind (2022) | Review Drama Korea

Kisah bermula apabila berlaku satu kes pembunuhan yang digelar The Joker kerana pembunuh akan mendera dan kelar mulut mangsa seperti watak joker. Detektif Ryu Sung Joon (Ok Taec Yeon) yang terlibat dalam kes tersebut berjaya menangkap Jung Man Chul sebagai saspek utama. 

Hakim Ryu Sung Hoon (Ha Seok Jin) meluluskan permohonan tertuduh yang mahu kesnya dibicarakan melalui sistem juri. Namun pada akhirnya juri awam memutuskan Jung Man Chul bersalah.

Bermula dengan perbicaraan Jung Man Chul, satu persatu juri yang terlibat dalam kes tersebut diserang dan dibunuh menggunakan modus operandi yang sama dengan kes Joker. pihak polis buntu meneruskan siasatan apabila Jung Man Chul yang dituduh sebagai The Joker Killer mempunyai alibi.

Blind (2022) | Review Drama Korea

Ryu Sung Joon pula dituduh sebagai saspek utama pembunuhan Jung Man Chul dan keluarganya apabila ada saksi mengatakan dia orang terakhir menemui mangsa. dia kemudiannya diculik dan didera oleh Baek Moon Kang tapi berjaya melepaskan diri.

Untuk mengelak ditangkap pihak polis dan Baek Moon Kang, Ryu Sung Joon meminta bantuan Jo Eun Ki (Jung Eun Ji) dan abangnya, Ryu Sung Hoon. Mereka bertiga bekerjasama untuk menyelesaikan kes tesebut dan membersihkan semula nama Ryu Sung Hoon.

Blind (2022) | Review Drama Korea

Drama Blind ada dua timeline dalam setiap episod, satu lagi kisah penindasan kanak-kanak dalam Hope Welfare  Centre pada 20 tahun yang lepas, yang mana kanak-kanak ini dipaksa bekerja dan mereka akan dihukum jika melakukan kesalahan. Disebabkan tak tahan dengan penderaan yang berlaku, lima orang kanak-kanak ini membuat keputusan untuk melarikan diri. 

Baek Moon Kang merupakan ayah kepada anak gadis yang dibunuh oleh The Joker dan dia juga orang bertanggungjawab dalam rumah kebajikan tersebut. so dia percaya orang yang bunuh anaknya adalah salah seorang daripada budak tersebut yang mahu membalas dendam kepadanya.

Kesimpulannya, drama Blind ni pasal revenge. kau dera anak orang langsung tak ada hati perut tapi bila orang bunuh anak kau tahu pula nak mengamuk. Makanya Baek Moon Kang mahu membalas dendam dengan caranya sendiri dan dia percaya Ryu Sung Joon adalah Number 13.

Blind (2022) | Review Drama Korea

Masalah utama pada drama ni adalah ketidakcekapan pihak polis dalam menjalankan siasatan. aku rasa ada banyak tak kena dengan sistem polis dalam drama ni. walaupun dah ada empat kes yang dikaitkan dengan Joker, kenapa HQ tak turun pantau cara anak buah dia buat kerja.

Lepas tu Sung Joon dan team leader dia ada bukti yang ketua mereka, Yun Ki Nam terlibat dalam Hope Welfare Centre dan cuba menganggu siasatan mereka dengan menyembunyikan bukti. tapi tak ada seorang pun yang nak report kat pihak atasan. setakat nak perli tu apa la sangat. Pusing-pusing enam orang polis ni je yang ada dalam drama ni, pastu yang ada pun kemain slow patut la satu kes pun tak selesai. 

sepatutnya bila juri Kang dengan anaknya mati dah boleh cari connection antara semua kes ini dan bila tahu semua juri ni ada kena mengena dengan Hope Welfare Center sepatutnya Sung Joon dah boleh sambung dot dot dot dah macam mana mereka terpilih sebagai juri sedangkan undian secara rawak. siapa lagi orang yang boleh ganggu proses tersebut kalau bukan orang yang berkuasa dalam court tersebut.

Blind (2022) | Review Drama Korea

first episod drama Blind memang best sebab tu aku decide untuk tengok drama tapi bila sampai pertengahan, pening wei dengan jalan ceritanya yang sangat mengelirukan dan terlalu ramai watak pastu banyak betul flashbak. 

kadang tu rasa dah teka betul tapi dia twist kepada kes lain pula, kadang rasa dah dekat dengan jawapan tiba dia menyimpang jauh pula. pendek cakap, seorang pun tak boleh percaya sebab masing-masing ada motif tersendiri dan berbohong untuk menyembunyikan fakta sebenar. 

bila reveal pembunuh dia tak terkejut sangat sebab mostly pembunuh dalam drama korea mesti yang paling innocent dan terlebih baik tapi aku paling terkejut siapa mastermind dia walaupun awal tu dah syak dia sebab kes pemilihan juri.

Blind (2022) | Review Drama Korea

Drama Blind ada mesej yang menarik untuk disampaikan iaitu mengenai masyarakat yang menutup mata terhadap penindasan yang berlaku pada kanak-kanak dalam Hope Welfare Centre. sedih dan kesian juga bila nasib anak-anak ini sampai kesudah tidak dibela dan ada dapat kesan trauma seumur hidup. 

cumanya banyak sangat kelemahan pada jalan cerita maybe kalau difokuskan pada dendam antara Baek Moon Kang dengan Number 13 dan 11 lebih menarik daripada dragging dengan terlalu banyak kes pembunuhan just nak tunjuk betapa psikonya Number 13. kesian dengan orang yang tak bersalah dijadikan mangsa.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments