Atesbocegi - Firefly (2017) | Review Turkish Drama

Atesbocegi - Firefly (2018) | Review Turkish Drama

Title : Atesbocegi (Firefly)
Production : Mia Yapim
Director : Baris Yos
Screenwriter: Ebru Hacioglu
Network : Star TV
Release Date : 29 June 2017
Episodes : 17
Cast : Seckin Ozdemir, Nilay Deniz, Sevda Guven, Cagri Citanak, Durul Bazan, Gozde Cigaci, Sebnem Dilligil, Alicia Kapudag, Umur Yigit Vanli, Berkay Tulumbaci, Lal Tayra Bahar

SINOPSIS:
Baris is a very successful, attractive, divorce lawyer who feels far from love and also that nothing in life could ever surprise him again. Asli is a beautiful young girl who is full of life, intelligent, and entertaining, but must work as a taxi driver to help her family. They and her close friends call her Firefly.


actually dah lama aku tengok drama ni tapi terpaksa stop sebab tak jumpa subtitle. pastu ada satu lagi drama Seckin yang aku tengok so selalu confius ingatkan Atesbocegi drama pasal revenge tapi bila tengok balik baru ingat actually drama ni light rom-com, memang best layan.


Atesbocegi mengisahkan Baris Buka (Seckin Ozdemir) seorang penguam yang menguruskan kes penceraian. Suatu hari, suami kepada client Baris mengugut untuk menyebarkan video yang menunjukkan kereta Baris melanggar lari seorang budak.

Kereta Baris sebenarnya dipandu oleh sepupunya, Hakan (Umur Yigit Vanli). Hakan mendakwa kereta tersebut dicuri pada waktu kejadian tapi dikembalikan semula. Malangnya Hakan tidak ingat apa yang berlaku pada malam itu dan mereka tidak mempunyai bukti untuk menunjukkan kereta Baris dicuri dan Hakan tidak bersalah.

Hal ini boleh menjatuhkan kerjaya Baris sebagai penguam oleh sebab itu dia mengarahkan pembantunya, Teo (Cagri Citanak) untuk menyiasatkan kes kemalangan tersebut. Dia kemudiaannya mengetahui budak tersebut adalah Cicek (Lal Tayra Bahar) yang kini lumpuh, doktor yang merawat memberitahu Cicek memerlukan masa enam bulan untuk berjalan semula. Baris cuba mencari jalan membantu Cicek dan keluarganya.

Atesbocegi - Firefly (2017) | Review Turkish Drama

Asli (Nilay Deniz) merupakan ibu saudara kepada Cicek, dalam diam telah menyiasat kes tersebut tapi usahanya agak sukar apabila banyak pihak tidak memberi kerjasama.

Asli bekerja sebagai pemandu teksi selepas ayahnya meninggal dunia dan tonggak utama mencari rezeki untuk keluarganya. Baris yang mengetahui latar belakang keluarga Asli menawarkan Asli untuk menjadi pemandu peribadinya dan akan mengambil kes Cicek tanpa sebarang bayaran. 

Tujuan utama Baris mengambil Asli bekerja dengannya supaya dapat melenggahkan Asli dari terus menyiasat. Teo dan Baris cuba menyelesaikan kes ini secepat mungkin dan barulah Baris akan menceritakan hal sebenar kepada Asli.

Atesbocegi - Firefly (2017) | Review Turkish Drama

Emak Asli tak suka anak perempuan bekerja sebagai pemandu teksi, bila tahu Asli dapat offer kerja dan company tersebut nak mengambil kes Cicek tanpa bayaran terus emak dia gembira sebab nasib Cicek akan terbela dan ingatkan Asli dapat kerja pejabat.

Asli akhirnya bersetuju menerima tawaran Baris tapi merahsiakn dari keluarganya yang dia bekerja sebagai pemandu peribadi.

satu hal juga, bila emak Asli buang semua seluar dan nak anak dia pakai dress dan skirt ke tempat kerja tak pasal Asli terpaksa cari tempat ganti baju sebelum mengambil Baris.

Atesbocegi - Firefly (2017) | Review Turkish Drama

Drama Turki selalunya selain percintaan banyak fokus juga pada kekeluargaan dan persahabatan. Dalam Atesbocegi, suka dengan family Asli sebab tak ada watak annoying macam drama yang aku tengok sebelum ni. semua family dia sangat supportive walaupun awal-awal tu kakak dan abangnya tak kerja tapi lepas tu mereka membuka kafe untuk jana income family mereka.

Family Baris pun sama juga, macik-macik dia juga sangat supportive walaupun macik dia seorang ni berubah sebab terpengaruh dengan Ilayda. tapi mostly watak dalam drama ni banyak bagi positive vibe dan menceriakan keadaan.

Atesbocegi - Firefly (2017) | Review Turkish Drama

Kehidupan Baris sebelum ini agak membosankan sebab masanya banyak dihabiskan dengan kerja. Kemunculan Asli telah banyak mengubah hidup Baris, tanpa sedar Baris sudah jatuh hati pada Asli. 

tapi ada salah faham berlaku bila Baris ingatkan Asli suka pada Teo sebab tengok mereka berdua sangat rapat. tambahan pula ada rahsia yang wujud menyebabkan Baris sukar berterus-terang tentang perasaannya.

Asli juga sudah jatuh hati pada Baris, hero hensem depan mata siapa tak cair. tapi biasalah drama, mesti ada orang ketiga yang cuba menganggu hubungan Baris dan Asli.

Atesbocegi - Firefly (2017) | Review Turkish Drama

Ilayda (Seda Guven) seorang penguam dan juga rakan kongsi Baris. Ilayda dah lama sukakan Baris kira macam obsess juga  tapi Baris langsung tak pandang dia lebih daripada seorang kawan.

Cahide (Derya Alobara), mak cik Baris berkenan dengan Ilayda untuk dijadikan calon isteri Baris. Cahide sudah terpengaruh dengan hasutan Ilayda menyebabkan dia mencari jalan untuk memisahkan hubungan Baris dan Asli.

Watak Ilayda yang aku rasa paling annoying sebab ada saja plan jahat dia pada Asli dan Baris. tapi actually bukan konflik besar pun sebab benda yang dia buat tu sebenarnya yang merapatkan lagi hubungan Asli dan Baris.

Atesbocegi - Firefly (2017) | Review Turkish Drama

paling suka kawan baik Asli, Gul (Guzde Cigaci) sebab watak dia sangat comel dan ceria selalu. scene dia mengorat Teo comel betul tapi kesian sebab Teo slow sangat nak balas perasaan Gul.

Asli dan Teo rapat sebab Teo selalu hantar Asli balik lepas kerja tapi sebenarnya nak jumpa Gul juga. pastu Asli selalu bagi barang dekat Teo padahal Gul yang bagi, itu yang Baris salah faham ingatkan Asli suka Teo. comel betul scene Baris cemburu.

ada satu lagi couple iaitu kakak Asli dan Abang Gul. Arzu dan Barbaros sudah lama bercinta tapi emak mereka tak berkenan sebab Barbaros tak ada kerja tetap. so abang Asli yang selalu jadi penyelamat menyelesaikan masalah adik-adiknya.

Atesbocegi - Firefly (2017) | Review Turkish Drama

Overall, jalan ceritanya sangat menarik dan menghiburkan, konflik Atesbocegi sebenarnya tak berat sangat. barisan pelakon dan watak mostly sangat best dan fun. strong chemistry antara Seckin dan Nilay antara kekuatan drama ni., kita yang tengok ni pun dah rasa berbunga-bunga bila tengok scene mereka berdua. 

aku suka betul dengan hero dia. mata dia cantik, dari renungan mata dan senyuman..cair wei. lain macam dia punya aura..haha. btw siapa yang suka tengok drama turki memang rekomen sangat untuk korang tengok Atesbocegi. antara rom-com turkish drama yang best selain Kiralik Ask.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments