Telefilem : 3 Dukun Santet
Produksi : Dear Creative Media
Pengarah : Azhari Zain
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 17 Oktober 2020
Durasi : 1 jam 35 minit
Pelakon : Zahiril Adzim, Isyariana, Dayang Areeda, Umie Aida, Maria Farida, Zulhusni Zamir, Kween Keela, Silfeny Osman, Seni Bayan,
SINOPSIS:
Dua sahabat baik iaitu Emma dan Syaiful telah membuka sebuah studio seni persembahan. Namun, sebulan selepas itu mereka mula diganggu oleh perkara aneh yang menyebabkan hubungan baik mereka mula terjejas.
Diinspirasi dari kisah benar, 3 Dukun Santet mengisahkan Saiful (Zahiril Adzim) terpaksa menutup studionya selepas tidak mampu membayar sewa yang tertunggak selama enam bulan. Owner studio tersebut mencadangkan satu tempat di Batang Kali untuk Saiful membuka studio persembahan.
Pada mulanya, Saiful tidak berminat kerana tempat tersebut agak jauh tapi atas desakan kawan baiknya, Emma (Isyariana) dan Syasya (Dayang Areeda), Saiful setuju pergi melihat tempat tersebut dahulu.
Selepas masuk ke sebuah bilik yang mempunyai peralatan muzik lama, Saiful tertarik dan mahu membuka studio persembahan di situ. Emma pula menjadi rakan kongsi Saiful apabila melihat tempat itu mempunyai potensi untuk dijadikan kafe dan mereka mengambil Syasya bekerja sekali.
masing-masing tak rasa pelik ke, tempat besar dan cantik tapi kena tutup sampai 2 tahun, pastu owner tu siap cakap tak payah bayar sewa, bayar bil air dan elektrik. waktu pergi tengok tempat tu lagi, mereka dah kena kacau tapi still insist nak buka juga kafe kat tempat.
dalam tempoh preparation nak buka kafe lagilah teruk kena ganggu. Emma bawa dukun bernama Mek (Umie Aida) untuk melihat apa yang tak kena dengan tempat tersebut.
Saiful tak setuju sebab nampak something wrong dengan Mek ni, berubat pun tak guna ayat al-quran. lepas Mek datang melawat pun, mereka still kena kacau so Saiful cuba panggil ustaz masalahnya ustaz terlalu busy tak dapat nak datang.
Dalam masa yang sama, Emma mempunyai masalah rumah tangga angkara orang ketiga. Syasya syak perempuan tersebut yang hantar benda untuk ganggu Emma dan kafe tersebut. tapi betul ke semua ini angkara orang yang sama cuba menghancurkan rumah tangga Emma?
dari segi visual, telefilem nampak sangat cantik dari tone color, cinematography dan elemen seramnya pun sangat mantap sampai bikin seram dan merinding.
banyak kelemahan dari jalan cerita yang bagi aku agak serabut dan mengelirukan. aku tak ingat nama tarian yang Emma ajar tapi aku confius juga apa kaitan tarian dan alat muzik yang ada dalam rumah tu dengan the whole story. aku pun confius juga apa masalah rumah tu sebenarnya. pasal orang ketiga relevan juga sebab cuba kelirukan penonton untuk teka pelaku sebenar.
bagi aku, plot dia menarik tapi tak dikembangkan dengan baik. actually plot dia simple je sebab dari awal lagi dah boleh teka yang perdajal diorang ni sebenarnya member sendiri juga. tak tahulah apa motif sebenar tapi sebab nak buat kawan sendiri sampai mati, sanggup guna 3 orang dukun last-last makan diri balik.
Baca juga :
1 Comments
Saya tak berani tengok🙈
ReplyDelete