Drama : Terima Kasih Cinta
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Azri Azhar
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 30 November 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 28
OST/Lagu Tema : Sufi Rashid - Jangan Lepas Tanganku
Pelakon: Amar Baharin, Anna Jobling, Azrel Ismail, Rita Nadira, Wan Sharmila, Syafnida Shuhaimi, Faez Malek, Aida Khalida, Azhar Amir, Noniswara, Kiky Hannah
Saksikan drama Terima Kasih Cinta yang diadaptasi dari novel karya Aisya Sofea, bersiaran mulai 30 November 2022 pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.
Pelakon & Watak Drama Terima Kasih Cinta
- Amar Baharin sebagai Dr Harris
- Anna Jobling sebagai Wan Raihana
- Azrel Ismail sebagai Razlan
- Rita Nadira sebagai Dr Nora
- Aida Khalida sebagai Ummi
Baca juga : Episod Akhir Drama Terima Kasih Cinta
Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta
Dilema menyelimuti Raihana ketika cintanya dinanti dua jejaka. Sedang hatinya gelisah, dia dikejutkan pula dengan lamaran Harris terhadapnya. Dapatkah bahagia tercipta atas kerelaan atau paksaan?
Razlan yang bakal mengahwini wanita pilihan keluarga datang menagih cinta lama dan mahu memperisterikan Raihana. Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan Raihana demi anak-anaknya yang sudah menjadikan Raihana seperti ibu mereka.
Mampukah kebahagiaan jadi miliknya jika kasih sayang datang dari Yaya dan Lea sahaja? Benar, cinta bukan segalanya. Tetapi penting dalam membina rumahtangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya?
0 Comments