Drama : Ijab Kabut
Produksi : Jazzy Pictures
Pengarah : Faliq Sharif
Idea Asal : Nadia Khan
Penulis Skrip : Mamu Vies, Nadia Khan, Azhar Amirulhisyam, Syarul Akmal, Baizura Kahar, Qawiem
Siaran : VIU
Tayangan : 13 Oktober 2022
Episod : 10
Durasi : 30 minit
Pelakon : Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Sarancak, Ezzaty Abdullah, Hana Nadira, Sharifah Aleysha, Megat Sharizal, Khatijah Tan, Dilla Ahmad, Sobri Anuar, Lizart Rashid, Fathie Shafie, Kodi Rasheed
Ijab Kabut sebuah drama romantik komedi mengisahkan Diana (Azira Shafinaz) yang sudah membuat perancangan untuk mendirikan majlis perkahwinannya di Dewan Magika idaman ramai bakal pengantin dengan tema ala fairytale.
Namun perancangan musnah apabila tunangnya, Saiful (Kodi Rasheed) tiba-tiba mahu memutuskan pertunangan mereka kerana tidak tahan dengan sikap Deanna yang suka mengawal semua benda mengikut kehendaknya.
Deanna malu nak beritahu keluarganya sebab selalu bersaing dengan sepupunya, Athirah (Ezzaty Abdullah). Dari kecil lagi, Deanna selalu menang dalam akademik tapi kalah dengan Athirah dalam masakan dan sepupunya itu yang naik pelamin dahulu.
So dia malu nak cakap yang Saiful minta putus disebabkan perangainya yang control freak plus family dia tak kenal sangat Saiful. sis pun confius juga macam mana Deanna bertunang dengan Saiful kalau keluarganya tak pernah jumpa Saiful.
Oleh sebab itu, Deanna beritahu keluarganya yang perkahwinannya akan diteruskan dan dia ada masa lagi lapan bulan untuk cari pengganti tempat Saiful.
Calon pertama kena reject sebab cuba scam jual insurans pada Deanna. So calon kedua adalah Khai (Fadlan Hazim) merangkap perunding perkahwinan Deanna dan juga kawannya. semuanya perancangan berjalan lancar sehinggalah Mat (Iedil Dzuhrie Alaudin) masuk ke dalam plan mereka dan menghuru-harakan keadaan.
Mat merupakan pekerja Deanna, mostly lagu ciptaannya kena reject dengan Deanna yang merupakan produser music terkenal so Mat berangan untuk menyanyikan lagu ciptaannya di majlis perkahwinan Deanna. Deanna pernah hint tunangnya pakai jam silver, Mat pelik kenapa Deanna post gambar tangan tunang di social media pakai jam lain.
Disebabkan perangai Mat yang menyibuk tak bertempat membuatkan ramai yang curious siapa sebenar tunang sebenar Deanna atau semua itu sekadar rekaan Deanna untuk menutup cerita putus tunang.
Keadaan makin kelam kabut apabila boss Deanna minta reveal tunangnya di majlis pelancaran single Andi sebab cerita skandal Deanna tengah hot dan boleh naikkan marketing mereka. Masalah terjadi bila Khai tak dapat datang, Mat terpaksa menyelamatkan keadaan dengan memperkenalkan dirinya sebagai tunang Deanna kepada umum.
Deanna tiada pilihan apabila dia perlu menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku dan rancangan bertukar apabila Mat perlu berlakon sebagai tunangnya. Tugas Khai pula masih kekal sebagai wedding planner Deanna dalam masa yang sama mereka bertiga perlu mencari idea untuk merosakkan perkahwinan tersebut.
bila ternampak klip drama Ijab Kabut di ig, aku suka dengan watak Mat sebab jenis yang sempoi dan kelakar tapi bila dah tengok dramanya sorilah, rasa annoying pula sebabnya Mat yang merosakkan keadaan lepas tu nak berlagak depan Khai padahal kau yang kacau plan dan take over tempat Khai.
actually awal-awal tu, Mat tak nak wedding Deanna cancel sebab nanti tak boleh nak perform tapi seriuslah, zaman dah makin maju kot. kalau Deanna reject tak nak dengar lagu kau kenapa tak guna media sosial untuk tunjuk talent kau kepada dunia. tapi oklaa at last dia buat juga WeTube dan busking sebab nak cari duit kahwin.
dari awal dah suka dengan Khai sebab dia sangat cool dn matang walaupun awal tu Deanna nak perangkap dia tapi lepas tu terus dia setuju untuk tolong Deanna. kiranya plan awal tu dah ok sebab dalam tempoh tersebut mereka dah setuju untuk berkenalan dan tak rushing. cuma silap Khai, dia tak muncul dalam event tu. so kesimpulannya, sis Team Khai!
walaupun ada watak yang buat sis annoying tapi masing-masing kelakar juga. dialog pun best, tak ada cringe macam drama cintan melayu. suka tengok chemistry Azira dengan Iedil Putra dan Fadlan Hazim. overall jalan cerita Ijab Kabut sangat menarik untuk hiburan santai.
dari putus tunang terpaksa pula cari pelakon semuanya demi sebuah perkahwinan idaman. mulanya sekadar lakonan tapi apa yang terjadi apabila cinta tiga segi berlaku antara Deanna, Khai dan Mat. siapakah yang akan menjadi plihan Deanna? Adakah perkahwinan Deanna akan terjad? kalau korang nak tahu jawapannya silalah tonton drama Ijab Kabut di aplikasi VIU.
Baca juga :
2 Comments
Okey nanti saya tonton di VIU
ReplyDeleteNak tengok jugak drama ni tapi tak sempat lagi. Tertarik sebab barisan penulis dia mantap hehe tapi tengok review macam hmmm ada part tak syok kat situ
ReplyDelete