Orang Gaji Puaka (Astro Citra) | Review Telefilem

Orang Gaji Puaka (Astro Citra) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Orang Gaji Puaka
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 7 September 2019
Durasi : 1 jam 40 minit
Pelakon : Sasqia Dahuri, Marisa Yasmin, Riz Amin, Meor Mohd, Puteri Rafasya

Sinopsis:
Sara dikatakan hanya jatuh tangga, tapi kecederaannya yang membawa kepada koma menimbulkan tanda tanya. Tanpa mereka sedari, segalanya berpunca daripada orang yang sangat dekat dengan mereka.

Orang Gaji Puaka (Astro Citra) | Review Telefilem

Telefilem Orang Gaji Puaka diadaptasi dari novel seram terbaik anugerah buku negara 2017 karya Daisy Zahra mengisahkan Sara yang baru bekerja sebagai orang gaji berasa pelik apabila dia cuma berhubung dengan Kak Yam (Marissa Yasmin) tanpa bertemu dengan majikannya.

Dari hari pertama, Kak Yam sudah bagi warning supaya Sara duduk di dalam bilik dan keluar apabila dipanggil untuk melakukan tugasan rumah. Sepanjang bekerja di situ, banyak perkara aneh yang berlaku kepada Sara seperti ternampak kelibat dalam rumah tu dan juga perangai Kak Yam yang pelik dengan bau busuk di dapur dan sampah.

Kak Yam ada beritahu ada seorang lagi orang gaji dalam rumah tersebut tapi sampai kesudah Sara tak pernah bertembung dengan orang gaji seorang lagi. Perasaan ingin tahu Sara telah menjerat dirinya sendiri.

Orang Gaji Puaka (Astro Citra) | Review Telefilem

Kehidupan Irham (Riz Amin) tidak terurus sejak isterinya koma dan syarikatnya mempunyai masalah. Irham percaya sepenuh kepada Kak Yam untuk menjaga anaknya, Mia (Puteri Rafasya) dan segala urusan di rumah termasuk mencari pembantu rumah kerana orang gaji mereka sebelum ini semuanya hilang begitu sahaja melainkan Kak Yam yang paling lama bertahan bekerja di rumahnya.

Irham tidak pernah berasa curiga dengan sikap Kak Yam sehinggalah suatu hari dia diganggu, Shahrul (Meor Mohd) yang merupakan kawan baik dan rakan sekerjanya menasihatkan Irham mendapatkan bantuan penggamal perubatan islam.

Orang Gaji Puaka (Astro Citra) | Review Telefilem

Dr Fendi yang merawat isteri Irham juga menasihatkan Irham menggunakan perubatan islam sebagai alterntif lain merawat isterinya sebab Dr sendiri pelik bila isterinya koma lama sangat padahal cuma jatuh tangga seperti kata Irham malah tiada kecederaan yang serius pada isterinya melainkan luka pada dahi isterinya tak pernah kering.

Irham tak pernah ambil serius nasihat Dr Fendi dan Shahrul tambahan pula tak lama selepas itu isterinya pula sedar so Irham terus lupakan hal tersebut. apabila isteri Irham sedar dan kembali semula ke rumah tersebut, isterinya mula diganggu dengan benda aneh. ada apa sebenarnya dengan rumah tersebut?

Orang Gaji Puaka (Astro Citra) | Review Telefilem

tak rekomen sangat tengok telemovie ni waktu tengah malam kalau korang jenis penakut sebab boleh tahan seram juga citer ni terutama sekali scene Sara jadi orang gaji sebab banyak benda pelik kena kat dia dan scene Kak Yam pula buat aku betul-betul meremang sebab macam boleh agak benda apa yang dia masak dan bagi Irham makan.

tapi kalau baca novel maybe lagi best kot sebab plot twist dalam telemovie ni aku dah boleh teka so macam tak berapa nak saspen bila reveal muka isteri Irham ni.

watak Kak Yam boleh tahan juga dia punya psiko, first scene Kak Yam dengan Irham dah boleh teka motif dia sebab kalau dengan Irham, kemain lembut dan penuh sopan dia bercakap. muka pun senyum memanjang kalau dengan orang lain takde pula dia nak renyih macam tu.

Orang Gaji Puaka (Astro Citra) | Review Telefilem

aku suka elemen seram dalam telemovie ni, plot dan jalan ceritanya juga menarik tapi pacing agak slow. bila kat hujung-hujung macam dah bosan sikit sebab lambat betul masing-masing nak cari penyelesaian. 

Watak Irham lah paling tak function dalam ni maybe dah benak sangat kot sebab asyik makan benda yang Kak Yam bagi. langusng tak nampak benda pelik pada anaknya, bila isteri kena kacau pun still tak ambil tindakan padahal dari awal member dah ingatkan suruh cari ustaz untuk tengok apa yang tak kena dengan rumah dia tapi itulah percaya sangat Kak Yam tu.

kesimpulannya, jangan terlalu percaya sangat dengan orang luar sebab rambut sama hitam hati lain-lain. sebab gilakan suami orang sampai habis semua orang nak diperdajalnya.

Post a Comment

0 Comments