Title : New Life Begins
Director : Zhao Qi Chen
Network : iQiyi
Release Date : 10 November 2022
Episodes : 40
Duration : 45 minutes
Genre : Historical, Comedy, Romance, Life
Cast : Bai Jing Ting, Tian Xi Wei, Chen Xiao Yun, Liu Guan Lin, Liu Ling Zi, Edward Zhang, Chang Long, Mikan Ryu, Fan Shuai Qi, Gao Shu Guang
SINOPSIS:
Because of a marriage selection, girls from all over the world gather in Xin Chuan. Yin Zheng, one of the six young masters of Xin Chuan, who keeps a low profile, and Li Wei, who just wants to work hard and not get selected, live comfortably in this hometown. They unexpectedly form a relationship, and together, start a new life where they encounter numerous situations and complement each other in overcoming them. As Yin Zheng sets up a government office and goes to court, the two gradually develop similar tastes as their hearts become in sync. They share three meals and four seasons together, and grow up with other brothers and sisters with different personalities and fates, living a warm, daily life as a Xin Chuan family together.
New Life Begins diadaptasi dari web novel bertajuk "Qing Chuan Ri Chang" mengisahkan 9 negeri yang bergabung dengan Xin Chuan bertindak sebagai ketua untuk mengekalkan kestabilan dan keamanan membentuk satu kerajaan. Setiap negeri ini akan menghantar seorang gadis untuk berkahwin dengan putera-putera raja Xin Chuan bagi mengekalkan hubungan diplomatik.
Li Wei (Tian Xi Wei) terpilih bagi mewakili negerinya tapi Li Wei tak pernah berangan nak kahwin dengan putera raja sebab hidup dia selama ini pun sangat bahagia dengan keluarganya. Waktu temuduga, permaisuri tak berkenan sangat dengan Li Wei sebab dia tiada background keluarga yang kuat dan personaliti dia juga kurang menarik.
baru sahaja Li Wei nak happy ingatkan dah gagal dan boleh balik kampung tapi dia terkejut bila mengetahui dirinya terpilih untuk berkahwin dengan putera keenam iaitu Putera Yin Zheng (Bai Jing Ting).
Dalam diam, Yin Zhen merancang untuk terlibat dalam politik dan tarik perhatian raja tapi dia tak nak isu kahwin sebagai batu loncatan dalam rancangannya.
Kalau putera raja lain akan pilih isteri based on background yang kuat sebab nak membantu kedudukan mereka di kemudian hari tapi Yin Zheng tak pernah kisah semua itu. bila putera lain menolak Li Wei, Yin Zheng minta kepada raja untuk berkahwin dengan Li Wei.
Permulaan kisah memang best, Li Wei tak suka kena kahwin paksa lepas tu dia dengar putera keenam selalu sakit dan ada sebulan lagi untuk hidup. Li Wei happy sebab dia assume lepas sebulan dia boleh balik kampung so dalam tempoh sebulan tersebut dia cuba penuhi semua permintaan terakhir Yin Zheng. rupa-rupanya bukan Yin Zheng ada sakit tenat tapi dia ada sebulan lagi nak prepare untuk exam besar. so nak tak Li Wei kena teruskan juga kehidupan dalam istana.
kalau nak dibanding dengan gadis lain, boleh dikatakan Li Wei sangat bertuah sebab Yin Zheng tak pernah strict atau marah bila Li Wei buat silap. kehidupan Li Wei pun happy dan ramai orang dalam istana yang selesa untuk berkawan dengannya.
drama New Life Begins baru tayang sampai episod 18 di iQiyi so susah juga aku nak tembak the whole story sebab selalunya direction drama china akan berubah di pertengahan cerita. setakat episod yang aku tengok, jalan ceritanya so far agak ringan dan konflik pun tak terlalu berat.
kalau ada konlik pun maybe datang dari putera sulung, Yin Song (Edward Zhang) sebab Yin Song nampak agak desperate untuk mengekalkan kedudukannya so dia macam tak puas hati bila Yin Zheng yang selama ini low profile masuk dalam politik dan tarik perhatian raja.
banyak juga watak dan side story dalam drama ni tapi aku lebih tertarik dengan kisah Li Wei dan Yin Zheng, nampak comel sangat mereka berdua. overall, plot dalam New Life Begin tak cukup kuat tapi agak menarik juga untuk ditonton kalau korang mencari drama yang ringan dan santai.
Baca juga :
6 Comments
hahaha alaaaa kesian Li Wei harapan dia hancur lepas sebulan tu. comel lah lead pairing ni, tengok visual pun macam cantik je
ReplyDeletelagi kesian dengan Yin Zheng sebab dah jatuh hati pada Li Wei tapi bini dia tak habis fikir pasal cerai dan balik kampung..haha
DeleteFollow jg drama ni, kesian kat Yin Zheng...yg x boleh blah abg dia yg ada 24 org gundik tu, giler betul...haha..ingatkan hensem sgt...hampeh..hihi..
ReplyDeleteindah khabar dari rupa..hahaha
DeleteLepas baca review sis, gigih langgan iQiyi semata cerita ni. Best rupanya. Tengok banyak kali pun best sebab unsur humor tu. Susah nak move on lepas tengok cerita ni.Teruskan buat review CDrama sis.
ReplyDeleteterima kasih sis sudi singgah dan baca my blog :)
Delete